Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Perak Produktif Pemangkin Kesejahteraan Rakyat
Diterbitkan:  Jul 7, 2020 3:23 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

IPOH: Dalam memudahkan cara untuk peniaga-peniaga tempatan di Perak, beberapa inisiatif telah dirancang antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan agensi-agensi berkaitan di negeri ini.

Ketua Pengarah MPC Dato’ Abdul Latif Abu Seman berkata ,kesepakatan itu dicapai dalam sebuah mesyuarat yang berlangsung di Bangunan PTTC di Ipoh Perak pada hari Khamis , 2 Julai 2020 baru-baru ini.

"Antara inisiatif kerjasama MPC dan kerajaan negeri yang telah dipersetujui ialah untuk memudah cara perniagaan (ease of doing business) di negeri ini dengan menyediakan pakej sedia untuk berniaga (ready to business/R2B) atau pakej pra-lulus perniagaan untuk peniaga-peniaga di negeri ini untuk membolehkan mereka menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Beliau juga berkata kerjasama ini turut melibatkan agensi negeri seperti Invest Perak dan juga UPEN Perak.

Dato’ Abdul Latif berkata selain itu MPC juga akan meyediakan platform online virtual advisory clinic untuk peniaga yg terkesan dari pandemic Covid-19 sebagai salah satu usaha kerajaan membantu mereka secara "one to one" dan sekaligus membantu mereka untuk bangun kembali dan mengenal pasti kesukaran yg dialami.

Selain itu, wadah pengiktirafan dan anugerah untuk sektor awam dan swasta di negeri Perak juga akan diperkenalkan untuk mengiktiraf mereka yang aktif dan juga produktif dalam mempermudahkan peraturan dan prosedur untuk peniaga tempatan menjalankan perniagaan mereka.

Dato’Abdul Latif juga menjelaskan bahawa program seperti ini bukan sahaja akan dilakukan di negeri Perak tetapi juga negeri-negeri lain di seluruh negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Dato’ Shahrul Zaman Datuk Yahya juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Sayed Shariffuddin Sayed Shamsuddin, CEO InvestPerak ,Pengarah MPC Wilayah Utara dan juga wakil dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) negeri Perak dan juga Digital Perak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS