Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Mencipta nilai sebagai organisasi berdasarkan data
Diterbitkan:  Nov 4, 2020 3:47 PM
Dikemaskini: Nov 5, 2020 7:27 AM

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat menyedari nilai data dalam menjalankan perniagaan. Kadar penggunaan teknologi awan atau cloud technology telah meningkat secara stabil dan ini memantapkan fakta bahawa organisasi mula merujuk kepada data dalam menguruskan operasi harian mereka.

Menurut Laporan tahunan Right Scale State of the Cloud Report 2019, 91% perniagaan menggunakan teknologi cloud awam, menunjukkan bahawa penggunaan cloud awam sedang meningkat di dalam perniagaan.

Oleh itu, Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk memperkenalkan PRODUTK, Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja kepada semua IKS yang layak di negeri Selangor. Program ini menawarkan Sistem Kehadiran Pintar berasaskan teknologi cloud, www.timetecta.com, PERCUMA selama tiga bulan. Dengan TimeTec TA, syarikat boleh menjejak, merekod dan memproses data kehadiran tenaga kerja untuk tujuan operasi, pengurusan gaji, dan pengurusan tenaga kerja secara keseluruhannya. TimeTec TA merangkumi platform web serta aplikasi mudah alih khusus yang boleh digunapakai oleh syarikat tanpa sebarang caj selama tiga bulan untuk menilai keberkesanan sistem kehadiran pintar ini untuk syarikat mereka.

Apakah tawaran PRODUTK kepada syarikat di sepanjang langkah digitalisasi ini?

Proses Membuat Keputusan Yang Lebih Baik

Adalah mustahak bagi syarikat untuk membuat keputusan tepat setiap masa dalam mengurangkan risiko kepada perniagaan. TimeTec TA menawarkan alat digital untuk menguruskan kelewatan, kerja lebih masa, penjadualan, syif, ketidakhadiran dan pelbagai isu tenaga kerja yang lagi. Sesebuah perniagaan perlu tahu pembaziran jumlah jam kerja yang ditanggung setiap bulan dan bagaimana perkara tersebut terjadi. Syarikat juga perlu memastikan bahawa semua kerja lebih masa telah diberi kebenaran pihak pengurusan sebelum kerja lebih masa dilakukan. Di samping itu, perniagaan juga perlu jelas tentang bagaimana menggunakan tenaga kerja sedia ada secara optimal, dan menangani ketirisan, jika ada. Sekiranya syarikat masih kabur tentang isu-isu tenaga kerja ini, TimeTec TA mampu memberikan butiran dengan tepat.

TimeTec TA diperkasakan dengan ciri-ciri untuk merekod kehadiran tenaga kerja menggunakan telefon pintar melalui GPS, Wifi dan beacon. Syarikat juga boleh memilih untuk menggunakan sistem biometrik di premis serta jam Web di komputer untuk melapor kehadiran. Daripada semua peranti kehadiran ini, data akan dikumpul dan syarikat akan dipersembahkan dengan data yang menggambarkan kisah keseluruhan kehadiran tenaga kerja.

Meningkatkan Kecekapan Operasi

TimeTec TA merupakan sistem kehadiran yang fleksibel di mana syarikat bebas menetapkan sistem untuk memenuhi keperluan perniagaan. Sistem ini menyediakan 999 jadual kerja, 14 kolum kehadiran, dan 38 jenis laporan untuk digunapakai. Selain itu, sistem ini juga menghidangkan maklumat tentang lokasi pekerja lapangan apabila mereka menggunakan ciri GPS di telefon pintar. Kakitangan juga boleh mengambil gambar ketika di lapangan dan melampirkan gambar tersebut bersama data kehadiran untuk laporan yang lebih tepat ke ibu pejabat.

Menurut Nur Farhana Sukor, Pentadbir Sumber Manusia dan Pengurus Akaun ANF Global Resources, sebuah syarikat berasaskan pembinaan, TimeTec TA membantu memperbaiki proses operasi apabila tenaga kerja boleh melapor kerja dari mana sahaja melalui aplikasi mudah alih dan mereka tidak perlu hadir di pejabat dahulu untuk melapor kehadiran. Bukan sahaja itu, TimeTec TA juga dilengkapi dengan kalkulator jarak yang merekod data berdasarkan Google Map, dan syarikat boleh menggunakan data tersebut untuk tujuan tuntutan perjalanan dengan lebih tepat.

Peningkatan Kecekapan dan Keberkesanan

Transformasi digital disasarkan untuk menambahbaik proses operasi dan menjadikannya lebih cekap dan berkesan. TimeTec TA meningkatkan operasi dalam pelbagai segi, di antaranya ialah dengan menghapuskan proses kemasukan data kehadiran secara manual ke dalam sistem gaji, mengautomasi pengurusan jadual, dan memudahkan proses pemantauan. TimeTec TA juga telah siap diintegrasi dengan 6 sistem gaji terkemuka Malaysia iaitu Sage UBS, Wincom, Kakitangan, HR2000, SQL dan InfiniPay.

PRODUTK yang ditawarkan oleh Kumpulan TimeTec dan Kerajaan Negeri Selangor ini memberi syarikat IKS peluang mengalami bagaimana digitalisasi boleh dimanfaatkan oleh sesebuah perniagaan. Tawaran tiga bulan percuma memberi masa yang cukup untuk pengguna menentukan nilai data dalam pengendalian operasi harian. PRODUTK terbuka kepada semua syarikat IKS Selangor yang layak sehingga 31 Disember 2020. Syarikat yang mengambi bahagian dengan PRODUTK akan menerima 3 bulan lesen percuma bermula dari tarikh pendaftaran masing-masing. Untuk mengambil bahagian, sila ke pautan https://bit.ly/produtk-m untuk mendaftar.

Tentang TimeTec TA

TimeTec TA adalah sistem kehadiran berasaskan teknologi awan yang lengkap dengan ciri komprehensif yang menggabung- kan masalah kehadiran tenaga kerja dan pengurusan masa mereka yang berkait dengan gaji dan kos operasi lain. SME dapat menggunakan TimeTec TA untuk membantu mereka meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan. TimeTec TA boleh didapati di 2 platform, Web dan Aplikasi. Web TimeTec TA dapat diakses melalui mana-mana pelayar web bagi pentadbir melakukan tetapan pelbagai ciri, jadual dan laporan. Aplikasi pula ialah bagi pengguna untuk menyemak kehadiran dan bagi admin untuk menggunakan ciri yang tersedia seperti pemantauan, data kehadiran, dan laporan. Penjadualan kakitangan merupakan salah satu tugas yang membebankan syarikat, dan TimeTec TA menawarkan peningkatan proses dan automasi dengan pilihan 999 jadual dalam talian. Yang perlu dilakukan oleh pengurus adalah menetapkan jadual sekali sahaja dan menggunakannya sepanjang tahun.

Penyelesaian TimeTec TA telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan jenama tersohor seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain yang menggunakan TimeTec TA sebagai alat digitalisasi tenaga kerja. Tonton http://bit.ly/TA-video-my

ADS