Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sistem pengurusan pelawat di Worldwide Holdings Berhad ditingkatkan oleh TimeTec
Diterbitkan:  Nov 18, 2020 8:01 PM
Dikemaskini: 12:01 PM

Pandemik Covid-91 telah berlanjutan selama hampir satu tahun, dan situasi semasa tidak memberi indikasi yang virus ini dapat dihapuskan dalam jangkamasa terdekat. Peningkatan kes positif Covid-19 yang berterusan di Lembah Klang telah menambah kebimbangan masyarakat umum serta komuniti perniagaan. Lantas, banyak syarikat telah mulai mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan pekerja dan pengunjung ke premis perniagaan mereka.

Mengambil serius isu keselamatan semua, Worldwide Holdings Berhad melanggan TimeTec VMS, Sistem Pengurusan Pelawat berasaskan teknologi cloud, disertai dengan satu unit pengimbas wajah lengkap dengan pengimbas suhu badan dan pelitup muka, TimeTec TA Smart AC1/TD, untuk memastikan pelawat yang berkunjung ke ibu pejabat mereka yang terletak di Shah Alam, Selangor, selamat dan tidak berisiko.

Sebagai peneraju perkhidmatan pengurusan persekitaran harta tanah, pegangan pelaburan dan pembuatan alat perubatan, Worldwide Holdings Berhad, konglomerat yang berkait dengan Kerajaan negeri Selangor, menerima pelbagai pengunjung ke ibu pejabatnya setiap hari. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan untuk menjamin keselamatan.

TimeTec VMS berjaya menangani empat isu utama yang diketengahkan Worldwide Holdings Berhad.

Isu 1: Mematuhi SOP kerajaan dalam menjejak kontak serta pemeriksaan kesihatan pengunjung

Penyelesaian TimeTec VMS: Ciri pemeriksaan kesihatan yang terdapat di TimeTec VMS mematuhi SOP kerajaan. Suhu badan pengunjung direkod secara automatik semasa mereka daftar masuk dengan TimeTec Smart AC1 / TD.

Isu 2: Kaedah mencatat rekod pelawat yang tidak teratur

Penyelesaian TimeTec VMS: Rekod pelawat diperoleh secara sistematik termasuk data daftar masuk, daftar keluar, rekod skrin kesihatan, orang yang ditemui, dan maklumat lain yang berkaitan.

Isu 3: Hanya terdapat pendaftaran walk-in untuk menguruskan pelawat

Penyelesaian TimeTec VMS: Tiga pilihan Pendaftaran Pelawat tersedia Walk-in, Pra-pendaftaran dan melalui Jemputan.

Isu 4: Laporan berdasarkan jabatan harus dilakukan secara manual

Penyelesaian TimeTec VMS: Data dapat disaring berdasarkan jabatan dan laporan lawatan pra-konfigurasi disimpan dengan selamat di dalam sistem, tersedia dalam pelbagai format untuk rujukan.

Seperti kata pepatah "Jangan sudah terhantuk baru tengadah", Worldwide Holdings Berhad mengambil satu langkah yang diperlukan untuk melindungi pekerja dan pelawatnya melalui penyelesaian berasaskan teknologi cloud, TimeTec VMS. https://bit.ly/timetec-vms

Tentang Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec menceburkan diri dalam teknologi biometrik pada awal milenium baru dengan pengkhususan di dalam bidang masa & kehadiran tenaga kerja dan sistem kawalan akses pejabat. Setelah menubuhkan jenama biometrik yang kukuh di seluruh dunia melalui jenama FingerTec, Kumpulan TimeTec meneroka teknologi seterusnya; Cloud, IoT dan AI. Mulai tahun 2014, Syarikat telah memperkenalkan pelbagai penyelesaian cloud untuk pelbagai industri di seluruh dunia. TimeTec merupakan jenama yang dipercayai dalam pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, penyelesaian kediaman pintar dan bandar pintar. Dengan pengetahuan yang luas mengenai industri dan kepakaran dalam teknologi canggih, TimeTec bertekad menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan masa hadapan.

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka.

ADS