Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital TimeTec sempurnakan bangunan moden
Diterbitkan:  Feb 9, 2021 4:01 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

Konsep Bangunan Pintar sering dikaitkan dengan satu soalan: Berapa tahap digitalisasi diperlukan untuk sesebuah bangunan itu dianggap pintar? Jawapannya mudah, "Lebih banyak digitalisasi di dalam bangunan, lebih pintar.”

Menguruskan bangunan moden di dunia digital adalah satu tugasan rumit. Pengurusan bangunan perlu menguruskan kemudahan dan manusia di sekitar bangunan sambil membentuk penyambungan yang lebih baik untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, atau menjadikannya sumber kewangan.

Kumpulan TimeTec, mempunyai 80 R&D yang kuat dengan pensijilan CMMI Tahap 3, telah membangunkan ekosistem teknologi hartanah berdasarkan teknologi cloud dan perkomputeran Edge yang boleh digunapakai di pelbagai jenis bangunan komersil dan kediaman.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec menjelaskan Sistem Pengurusan Bangunan TimeTec. "Sistem Pengurusan Bangunan selalunya dikenali sebagai sistem berasaskan komputer yang dipasang di bangunan untuk mengurus dan memantau peralatan perkakasan. Walau bagaimanapun, TimeTec mengambil pendekatan yang berbeza dan melihat sistem ini dari perspektif yang lebih luas. Kami menambah unsur manusia ke dalamnya, di mana ekosistem yang bersepadu harus boleh menguruskan para penyewa dan aktiviti utama yang terdapat di dalam bangunan."

Beliau menambah bahawa penyambungan merupakan tonggak Bangunan Digital. Selain manusia dan peralatan di bangunan, untuk bangunan yang mempunyai kemudahan yang disediakan untuk orang awam, orang luar boleh melayar dan menempah slot untuk semua kemudahan tersebut dan membuat bayaran di atas talian. Di masa akan datang, sistem ini boleh disambungkan dan mengautomasi kawalan akses seperti tempat letak kereta, pintu pusing, pintu dan lif ke tempahan slot.

Menjawab soalan bagaimana bangunan baru perlu dirancang di dalam era digital, Teh menawarkan pandangan beliau. "Pembinaan bangunan baru yang lazim selalunya dimulakan dengan struktur fizikal, diikuti dengan pemasangan Mekanikal dan Elektrikal, dan kemudiannya dilengkapi dengan lengkapan ELV (Extra Low Voltage) sebagai sebahagian daripada projek M&E. Di dalam perancangan Bangunan Digital moden, pendekatan yang diambil perlu berlainan, malahan, bertentangan dengan yang sedia ada. Kebanyakan produk ELV masa kini seperti parking, kawalan akses, alat penggera kebakaran, kamera IP, rondaan pengawal keselamatan, dan pengurusan pelawat menggunakan peranti kurang wayar IoT (Internet of Things) atau tanpa wayar. Fungsi peranti-peranti ini kebanyakannya ditentukan oleh perisian; oleh itu semuanya sangat bergantung kepada perisian. Jadi pemilik bangunan harus menentukan sistem atau ekosistem terlebih dahulu, berbanding cara sebelumnya.”

Beliau percaya jika bangunan menyambung lebih banyak komponen teknologi cloud, melancarkan aliran manusia, dan aliran data, pihak pengurusan boleh menggunakan data untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna dan menjana lebih pendapatan kepada pemilik bangunan.

Hubungi Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] atau 010-2211150 untuk temujanji.

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecparking.com

Pelbagai syarikat terkemuka telah melanggan pelbagai penyelesian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi mereka. 

ADS