Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sistem Tenaga Kerja TimeTec (4/6): Sistem Pengambilan Pekerja Cloud memastikan calon berkualiti
Diterbitkan:  Mar 17, 2021 4:01 PM
Dikemaskini: 8:01 AM

"Ketika saya mengemukakan idea untuk membangunkan sistem pengambilan pekerja empat tahun lalu, kakitangan saya kelihatan keliru dan bertanya, mengapa ingin membina satu lagi Jobstreet? Saya jelaskan, ini bukanlah satu lagi platform pengambilan pekerja online luaran, tetapi ianya akan menjadi sistem pengambilan pekerja berteknologi cloud lengkap yang pertama di Malaysia, dan sistem ini akan berada di dalam syarikat sebagai sistem dalaman." Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, mengimbas kembali saat pertama kali idea tersebut dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec mengambil masa tiga tahun untuk membangunkan penyelesaian Sistem Pengambilan Pekerja sebelum melancarkannya ke pasaran. Pembangunan tersebut melibatkan pelbagai kajian sistem serta perbincangan yang mendalam, termasuk beribu reka bentuk web UI sebelum segalanya bermula.

Teh Hon Seng mengetengahkan modul ATS bagi TimeTec Hire. Menurut beliau, “ATS atau Applicants Tracking System adalah salah satu modul utama untuk Sistem Pengambilan Pekerja kami. Ini membantu melancarkan dan menyeragamkan proses pengambilan pekerja yang memberi manfaat kepada syarikat serta para calon. Perisian pengambilan pekerja ini menyepadukan pelbagai langkah proses pengambilan pekerja dan menjalankan berbagai fungsi seperti pengesanan, pemeringkatan, penilaian, komunikasi, dan lain-lain. Ia membolehkan syarikat mempercepatkan proses dalam memastikan keberkesanan pengambilan pekerja, dengan menyesuaikan butiran calon serta keperluan syarikat, dan mengautomasikan proses saringan untuk mengenal pasti calon berkualiti terbaik dengan cepat. "

“Kedua-dua syarikat kecil dan besar boleh menggunakan sistem ATS kami, dan mereka boleh menetapkan kecenderungan berdasarkan keperluan mereka. "

"Untuk membina perniagaan berjaya, kita harus mengumpulkan bakat atau tenaga kerja yang berfikiran mantap dan mempunyai cara pemikiran yang serupa untuk bekerjasama dalam mencapai tujuan yang sama. Bayangkan jika seorang ketua jabatan memohon seorang pekerja baru, dan beliau perlu melalui proses panjang yang merumitkan seperti mendapatkan kelulusan ketua, mengiklankan kekosongan, menyaring resume calon, mengaturkan temujanji, menilai calon, menguruskan kemasukan dan sebagainya. Akhirnya, tanpa sistem yang baik, usaha tadi mungkin akan mengakibatkan pembaziran masa, wang dan tenaga. Lebih parah, jika ianya tidak memberikan hasil yang diingini. Oleh itu, Sistem pengambilan pekerja TimeTec diwujudkan sebagai ambang untuk membantu menyaring calon yang tidak sesuai dengan cepat dan berkesan." Jelas Teh, yang juga memilik 23 paten di bawah namanya.

"Satu lagi kelebihan TimeTec Hire adalah, setelah anda mengambil pekerja baru, adalah lebih senang untuk menetapkan jadual kerja mereka di dalam TimeTec TA, Sistem Kehadiran Waktu teknologi cloud; dan anda boleh memasukkan butiran cuti terus ke dalam sistem pengurusan cuti TimeTec Leave, untuk membentuk sistem tenaga kerja yang pintar dalam organisasi anda."

"Perlu diingat bahawa platform pencarian kerja online hanyalah jambatan untuk menghubungkan majikan dengan calon, dan sesetengah perkhidmatan ATS yang tersedia tidaklah begitu profesional seperti sistem pengambilan pekerja yang sebenar. Masalah paling besar ialah, ianya eksklusif dan tidak inklusif sebagai sebahagian daripada ekosistem dalaman anda."

“TimeTec Hire ialah sistem pengambilan pekerja berasaskan teknologi cloud; fungsi interaktif dan komunikatifnya yang mantap akan memudahkan calon dan menaikkan imej majikan."

Tonton Video TimeTec Hire di sini: https://youtu.be/MOIKFv2jd8g

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Marcus Tng, Pengurus Jualan dan Pemasaran TimeTec Cloud Sdn. Bhd. di [email protected] (016-9608348) atau Encik Syed Mohd Firdaus Syed Mohd Fuzi di [email protected] (012-9478907). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel ketiga siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/565999

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

ADS