Biasiswa bernilai RM640,000 disediakan kepada warga Malaysia untuk Program Usahawan Digital
Pendidikan dan pembangunan profesional dalam persekitaran pasca-COVID kini tidak lagi seperti dahulu. Disrupsi dalam penafsiran maklumat, latihan secara praktis, dan prestasi pasaran pekerjaan global telah menimbulkan kegusaran buat sebahagian besar para graduan serta penganggur. Berdepan akses terhad kepada peluang pembelajaran, generasi COVID-19 harus menyesuaikan diri dengan dunia digital bagi mendapatkan peluang-peluang bermakna. Kemunculan ekonomi digital berpotensi mengatasi kekangan mendapatkan pekerjaan, justeru membolehkan golongan muda kita meraih pendapatan. Oleh itu, bagaimanakah harus kita mencipta generasi abad ke-21 yang berkemahiran untuk berjaya dalam pekerjaan masa depan?
Me.reka bersama rakan-rakan kongsinya, kini sedang memperkasa bakat-bakat warga Malaysia agar berdaya tahan dalam persaingan pasaran pekerjaan digital melalui program Usahawan Digital Me.reka. Program ini menyasarkan penglibatan 10,000 individu seluruh Malaysia.
Program Usahawan Digital Me.reka ini mengetengahkan pendidikan inovatif melalui kombinasi isi kandungan abad ke-21 yang transformatif dan juga bimbingan karier selama tempoh 4 minggu. Para peserta program juga akan dilatih melalui gig simulasi bagi memahami secara mendalam kemahiran yang harus dimiliki tenaga kerja digital. Permohonan kemasukan program untuk Kohort Julai kini dibuka. Daftarlah sekarang di https://ms.mereka.my/digital-entrepreneur
Pengarah Program Me.reka, Ambika Sangaran, berkata bahawa program Usahawan Digital merupakan program pekerjaan dan peningkatan kemahiran paling komprehensif yang dijalankan oleh Me.reka. “Kami telah menstruktur program ini agar intensif dan transformatif, di mana para peserta akan mempelajari kemahiran teknikal dan insaniah yang penting dalam pasaran pekerjaan abad ke-21,” kata beliau. Lebih 500 biasiswa bernilai lebih RM640,000 disediakan untuk warga muda Malaysia daripada komuniti B40 oleh rakan-rakan impak Me.reka iaitu Yayasan Hong Leong dan Geran SIM MaGIC Penjana.
Menurut Quek Sue Yian, Pengarah Eksekutif Yayasan Hong Leong, program ini mengutamakan pengalaman dunia sebenar dan juga pemupukan sifat daya tahan dalam kalangan para peserta. Pendekatan ini juga selaras dengan fokus Yayasan Hong Leong pada latihan kemahiran dan vokasional yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan menerapkan kemahiran baru melalui kombinasi latihan teknikal, digital, perwatakan dan keusahawanan. “Kami berharap program ini dapat membuka pelbagai peluang kerjaya untuk para pelajar, di samping membantu mereka menyesuaikan diri kepada pekerjaan masa depan dan juga memenuhi keperluan budaya kerja yang sentiasa berubah,” kata beliau.
“Antara impak yang disasarkan melalui program Geran SIM adalah untuk meningkatkan pendapatan komuniti melalui pendidikan berkualiti, latihan berasaskan kemahiran, dan pewujudan sumber pendapatan baru. Kami teruja melihat pelancaran program ini oleh Me.reka hasil daripada Geran SIM. Program ini akan membantu penggarapan kemampuan ekonomi digital dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti kita,” kata Amiruddin Abdul Shukot, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC.
Sejurus penyempurnaan program 4 minggu ini, para peserta disalurkan kepada Inisiatif Kemahiran Global Microsoft bagi membuka peluang pembelajaran berterusan melalui LinkedIn Learning. Microsoft Malaysia telah melancarkan inisiatif Bersama Malaysia bagi membantu dalam pewujudan peluang sosioekonomi yang inklusif untuk rakyat. Inisiatif ini mempunyai komitmen untuk meningkatkan kemahiran 1 juta warga Malaysia menjelang Disember 2023. “Kolaborasi kami bersama Me.reka merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk memperkasa setiap warga Malaysia agar dapat terus berjaya dalam zaman digital,” kata K. Raman, Pengarah Pengurusan Microsoft Malaysia.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi yang mengetuai transformasi digital negara, telahpun menyokong dan mempromosikan kerja bebas digital (digital freelancing) sebagai alternatif kepada pekerjaan lazim sejak 2016. Hingga kini, sejumlah 10,200 peserta telah menyempurnakan dengan jayanya program terkini MDEC, GLOW PENJANA (Tenaga Kerja Atas Talian Global). Program Usahawan Digital adalah konsisten dengan sasaran MDEC untuk memperkasa lebih ramai ‘freelancer’ dalam kalangan warga Malaysia. MDEC menyokong pertubuhan-pertubuhan seperti Me.reka yang menyumbang ke arah objektif Malaysia 5.0 iaitu memperbolehkan pengintegrasian penuh negara dengan teknologi serta mewujudkan peluang digital saksama kepada rakyat.
“Kejayaan program ini terletak pada kebolehan peserta untuk mewujudkan sumber pendapatan yang lestari melalui perkhidmatan digital berkualiti tinggi. Selaras dengan matlamat ini, kami memasti para peserta mendapatkan pengalamanan projek gig dan juga memprofil diri mereka pada platform-platform digital tersedia ada bagi ‘freelancer’. Di samping itu, kami bermatlamat untuk memadan pelatith-pelatih Program Keushawanan Digital dengan perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat korporat bagi mendapatkan pengalaman projek gig. Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat sumber manusia dan pengambilan pekerja seperti People Hired dan CORE-munity bagi memastikan objektif kami tercapai,” kata Rashvin Pal Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Biji-biji Initiative dan Me.reka.
Program ini juga adalah rakan strategik Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), selaras dengan fokus mereka pada pemupukan kemahiran digital dan peluang keusahawanan untuk rakyat Sarawak, dan juga Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC) yang bertujuan untuk membina komuniti kreatif, inovatif, dan berdaya tahan buat rakyat Sabah. Matlamat besar dalam hubungan-hubungan rakan ini adalah untuk memastikan pembangunan inklusif dan holistik buat rakyat seluruh Malaysia.
Potensi yang dapat dicapai melalui kerjasama bersama rakan-rakan kongsi sememangnya tampak dalam struktur program Usahawan Digital Me.reka. Bekerjasamalah dengan Me.reka
Me.reka dan rakan-rakan kongsinya menawarkan biasiswa penuh dan separa kepada komuniti-komuniti B40 yang berminat dengan program kami! Kami komited dalam memastikan setiap insan berpeluang mendapatkan pengalaman serta kemahiran yang diperlukan. Kami juga berhasrat menjadikan keusahawanan digital lebih mudah dikecapi oleh komuniti-komuniti kita.
Mohonlah sekarang bagi program Usahawan Digital Me.reka!
Hubungi: Ambika Sangaran
Pengarah Program Me.reka dan Rakan Kongsi Biji-Biji Initiative
+60 14 925 7203 / digitalentrepreneur@mereka.my

