Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Parkir Pintar TimeTec 1/12: Lebih Daripada Sekadar Parkir
Diterbitkan:  Jul 7, 2021 2:20 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

“Parkir tidak pernah menjadi aktiviti yang berdiri sendiri.

Sistem Parkir Pintar TimeTec, dilengkapi dengan ciri tanpa tiket, tanpa tunai dan tanpa sentuh diperkasakan oleh aktiviti yang dilakukan seterusnya samada membeli-belah di pusat membeli-belah, lawatan perniagaan, aktiviti terkait kerja, balik ke rumah, dan sebagainya, diperluas sepenuhnya, membantu pemilik bangunan mencapai pengalaman parkir yang lebih baik untuk kedua-dua parkir kasual dan parkir bermusim.

Sistem Parkir Pintar TimeTec juga menawarkan pelbagai kaedah parkir dan pembayaran di bahagian depannya, seperti kad Touch 'n Go, pengenalan plat nombor, kod QR, eWallet, kad kredit dan debit, dan lain-lain lagi, dilengkapi di kios canggih tanpa pengawasan, TimeTec TPK, di lorong kenderaan masuk dan keluar, untuk memudahkan proses akses dan pembayaran.

Untuk bahagian belakang sistem, Sistem Parkir Pintar TimeTec berasaskan teknologi cloud menyediakan kemas kini tempat letak kenderaan pada masa nyata untuk pentadbir, sesuai untuk parkir tunggal sehingga ke parkir berbilang lokasi yang berskala besar. Ciri-ciri komprehensif Sistem Parkir Pintar TimeTec seperti peraturan parkir flexi, pemantauan terminal jarak jauh, aplikasi parkir, parkir valet, modul penguatkuasaan, pemeriksaan tapak kosong, cari kereta saya, tempah tempat, kod promo, pengesahan pelbagai peniaga dan peraturan masing-masing, papan pemuka analitik dan laporan yang digabungkan dan banyak lagi, mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti untuk operasi parkir dalam pengurusan bangunan moden. Ini juga memberi peluang kepada pemilik bangunan untuk menjana pendapatan lebih dengan modul TimeTec i-Ad dan Near Field Commerce.

Dengan Ekosistem Bangunan Digital TimeTec sebagai tunjang, kami merevolusikan industri parkir dan membawa Sistem Parkir Pintar TimeTec lebih daripada sekadar parkir untuk menjadi pintu masuk digital ke bangunan moden dalam memastikan aliran data parkir yang lancar dan menghubungkan pengguna ke aktiviti seterusnya; dan untuk mencetuskan kemungkinan yang tidak berkesudahan dalam era transformasi digital. ”

Penulisan di atas merupakan skrip yang diambil dari video pemasaran Sistem Parkir Pintar TimeTec yang menerangkan penyelesaian parkir yang ditawarkan oleh TimeTec dengan tepat dan menjelaskan objektif TimeTec memasuki pasaran, untuk mempercepat proses digitalisasi industri parkir.

Menurut Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, "Bayaran tanpa sentuh pantas dipilih menjadi arus utama untuk kaedah pembayaran parkir, dan bayaran tanpa sentuhan akan menjadi trend seterusnya; tetapi keduanya adalah kaedah pembayaran dan kaedah akses, bukan inti digitalisasi. Kita harus menekankan aliran data untuk digitalisasi, terutama untuk sistem parkir; aliran data adalah lebih penting daripada sistem lain kerana parkir bukanlah satu tujuan mana-mana pemilik kereta. Aktiviti seterus semestinya lebih penting berbanding parkir. Oleh itu, sistem parkir tidak boleh berhenti sekadar meletak kereta. Kesinambungan sistem parkir ke sistem yang berkaitan adalah untuk memastikan aliran data bebas yang mampu mewujudkan nilai yang lebih baik untuk pengguna parkir dan juga pemilik bangunan."

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

"Pengalaman parkir yang lebih baik untuk pengguna, aliran pendapatan yang baharu untuk pemilik bangunan," jelas Teh Hon Seng dalam wawancara pertamanya untuk Siri Parkir Pintar. Nantikan maklumat lanjut mengenai Siri Parking Pintar TimeTec 2/12 pada Rabu depan.

Sila hubungi Kelvin Lim, Pengurus Jualan, di [email protected] atau 012-6891180 untuk temu janji untuk pembentangan dan demonstrasi produk. Anda juga boleh menghubungi talian am 03-80709933 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec: TimeTec Cloud, TimeTec Building, TimeTec Parking.

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.

ADS