Sempena Hari Malaysia, persatuan MITBA memainkan peranannya mewujudkan transformasi, dengan menggunakan dana yang dikutip untuk menyalurkan sebanyak 34 komputer riba kepada 10 rumah anak yatim di sekliling Lembuh Klang. Tujuan inisiatif ini adalah untuk menunjukkan sokongan persatuan tersebut untuk masa depan yang lebih cerah dari aspek pendidikan dan teknologi. 

The Malaysian Insurance and Takaful Brokers (MITBA) meraikan pertubuhan mereka selama 45 tahun sebagai servis profesional dan broker insurans di Malaysia dengan mengemukakan rancangan baharu sebagai pendorong inovasi industri. Dalam usaha menangani wabak pandemik, pelan tahun ini termasuklah usaha pengumpulan dana, di mana sebanyak RM86,500 telah berjaya dikumpul. Usaha ini diketuai oleh 28 ahli dari MITBA, pihak berkepentingan lain dari industri insurans, pengendali takaful dan sumbangan peribadi (Appendix 2) yang membantu menyalurkan 34 komputer riba kepada 10 rumah anak yatim. Kesemua komputer riba ini dibeli dengan harapan untuk beri peluang kepada golongan yang kurang mampu di bawah jagaan rumah-rumah anak yatim tersebut. Dengan adanya alat peranti ini, MITBA dan para penyumbang harap semua golongan anak muda boleh menghadiri kelas atas talian, di samping mendorong mereka untuk menerokai peluang di ruang digital dan kekal aktif dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya.

Dari kanan : Wakil dari Penyayang Nur Iman bersama dengan Bendahari MITBA, Phung Yoke Boo dan Pengerusi MITBA, Vicky Rajaratnam

‘Walaupun situasi Covid amat membimbangkan sehingga memberikan kesan kepada industri insurans di Malaysia, pihak berkepentingan daripada industri tersebut telah tampil untuk memberi sokongan padu kepada para pelajar yang terkesan akibat kekurangan peranti dalam pembelajaran atas talian. Sebagai Pengerusi MITBA, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua broker yang terlibat yang menyumbang kepada inisiatif ini, terutamanya broker insurans perumahan dan penyumbang lain dari industri berkaitan. Anda semua telah berganding bahu bersama MITBA dalam menjayakan inisiatif ini. Saya amat terharu dengan pencapaian yang telah melebihi sasaran sebanyak 23%, iaitu melebihi RM70,000 dan saya yakin ini telah membekalkan alatan keperluan untuk para pelajar untuk maju dalam era digital,” kata Encik Vicky Rajaratnam (Pengerusi MITBA).

Selaras dengan ketetapan SOP, kesemua 34 komputer riba akan diedarkan kepada House of Love, Yayasan Sunbeams Home, Penyayang Nur Iman, Shelter Home For Children, Praise Emmanuel Children’s Home, Lighthouse Children Welfare Home Association, Rumah Bakti Dato’ Harun, House of Joy, Rumah Aman, Desa Amal Jireh dan lain-lain.

Wakil dari Yayasan Sunbeams Home dan Praise Emmanuel Children’s Home

“Kita amat gembira dengan komitmen semua organisasi dalam membantu para pelajar untuk menyesuaikan diri mereka dalam pembelajaran dari aspek transformasi digital dalam masa pandemik ini. Alat peranti ini akan menjadi batu loncatan untuk para pelajar dalam menerusi masa depan yang cerah dan kami yakin bahawa mereka akan beri fokus yang tinggi ketika mengambil bahagian dalam forum dan pembelajaran atas talian. Semua ini akan pasti membantu mereka dalam masa pandemik ini,” kata Encik Christopher dari Praise Emmanuel Children’s Home.

Cik Yaw Sook Ngan dari Yayasan Sunbeams Home turut berkata, ‘kesemua komputer riba ini akan banyak membantu para pelajar kita kerana mereka dapat menerokai ruang digital untuk pembelajaran masing-masing secara kreatif. Ini juga akan membolehkan mereka untuk menghadiri bengkel-bengkel, sertai pertandingan atas talian dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan adanya alat peranti ini, para pelajar kita akan turut berinovasi seperti para pelajar lain.

Yang lebih penting, inisiatif ini bertujuan untuk beri harapan dan peluang kepada anak muda kita. Ini merupakan usaha kolektif untuk membantu mereka. Oleh itu, kita menggalakkan semua untuk tampil bagi memastikan tiada yang ditinggalkan dalam masa pandemik ini.

MITBA Managing Committee

Sebahagian daripada usaha transformasi persatuan tersebut, MITBA akan memperkenalkan Program Internship yang dipantau MITBA Academy, yang berfokuskan inisiatif untuk perjalanan kerjaya broker dengan pembelajaran dan pembangunan serta mewujudkan kumpulan bakat dan memupuk kesedaran mengenai peluang pekerjaan yang berleluasa dalam industri insurans. MITBA Academy meningkatkan tahap kemahiran broker yang sedia ada serta memperkenalkan kemahiran kepada ahli-ahli baru. Melalui program internship, individu-inidividu terlibat akan dihantar ke 28 kilang broker untuk memperolehi latihan yang berkesan untuk memastikan generasi broker baharu boleh maju dalam industri ini.

Kebangkitan semula MITBA Academy berlaku setelah mencatatkan kejayaan berterusan melalui siri webinar yang bermula sejak Mac 2021. Webinar bulanan ini dikendalikan secara maya dalam usaha membincangkan industri bermaklumat untuk memperkasakan orang Malaysia dan 1,4000 ahli broker dengan pandangan mengenai topik teknikal, pasaran dan peraturan tertentu. Dengan usaha bersama para persatuan industri berkaitan, universiti dan badan bukan kerajaan (NGOs), MITBA ingin terus mendorong transformasi dalam industri dan fasa-fasa yang akan datang dalam kehidupan ‘norma baharu’ ini.

Untuk peluang kerjaya, kolaborasi dan pertanyaan lanjut, sila menghubungi setiausaha MITBA di: mitba@mitba.org.my

#MITBA2021
MITBA LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/malaysian-insurance-and-takaful-brokers-association/
MITBA Facebook: https://www.facebook.com/MITBAMalaysia/
MITBA Website: http://www.mitba.org.my/


Kandungan ini disediakan oleh MTalent Asia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.