Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Acer Malaysia menerajui kelestarian tanpa jejaskan pengalaman pengguna
Diterbitkan:  Sep 29, 2022 2:10 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Acer Malaysia hari ini mengumumkan spesifikasi baharu laptop Aspire  Vero yang mesra alam, dengan lebih banyak tawaran kepada pengguna sambil menambah keupayaan  produk dengan teknologi terbaru. 

“Kelestarian tidak perlu memakan kos yang tinggi, dan kami percaya pengalaman gaya hidup yang mesra  alam hanya boleh dilakukan apabila kami menghasilkan produk hijau yang mampu dimiliki. Matlamat kami  adalah untuk menghasilkan kesedaran alam sekitar menerusi reka bentuk yang bermutu tinggi dan  prestasi yang tidak diragukan dalam satu peranti yang boleh dimiliki semua. Dengan ini, kami boleh  meningkatkan impak positif terhadap alam sekitar bersama pelanggan kami,” menurut Johnson Seet,  Pengarah Perniagaan Pelanggan, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia.  

Acer Aspire Vero baharu yang dikuasakan oleh pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 menawarkan  prestasi dan penjimatan tenaga yang lebih baik. Diiktiraf oleh platform Intel Evo bermakna Acer Vero  memberi pengalaman penggunaan yang premium, seperti ‘wake from sleep’ kurang dari 1 saat, jangka  hayat bateri lebih 4 jam daripada tempoh pengecasan 30 minit, dan lebih 10 jam penggunaan bateri dunia  sebenar.

Lengkap dengan 8GB RAM dan 512GB SSD yang tentunya mencukupi untuk penggunaan harian, ia  mempunyai rekaan yang memudahkan naik upaya dan pembaikian dan juga memanjangkan jangka hayat  peranti tersebut. Aspire Vero baharu telah ditambah baik daripada versi sebelum ini dan menggunakan  plastik yang dibuang ke laut untuk pad sentuhnya. Aspire Vero menyediakan pengalaman peka-sentuhan  kepada pengguna melalui kaedah ‘surface treatment’ baharu untuk menawarkan rasa ala kaca.  

Aspire Vero baharu turut hadir dengan aplikasi VeroSense untuk pengguna memantau skrin peranti dan  mod penjimatan tenaga bagi memanjangkan jangka hayat bateri. Mewarisi rekaan edisi sebelumnya, 99%  daripada panel paparan 15.6 inci itu boleh dikitar semula manakala 30% dan 50% chasis dan topi kekunci Aspire Vero diperbuat daripada post-consumer plastic (PCR). Kekunci “R” dan “E” yang diterbalikkan  menggemakan seruan untuk ‘reduce, reuse and recycle’; turut dibawakan pada edisi baru.  

Dengan usaha pasukan Acer Research and Design, pembungkusan Acer Aspire Vero masih memberi  perlindungan tanpa memerlukan plastik dan pembalut span. Pemikiran inovatif itu telah memenangi Red  Dot Design Award 2022. Diperbuat daripada 90% kertas dikitar semula, pembungkusan itu boleh dikitar  semula jika tidak dihantar ke pusat pelupusan bio. Ini merupakan usaha berterusan Acer untuk  menyokong dan berkembang bersama rantaian bekalan bahan-bahan boleh dikitar semula. Sebagai  tambahan, pembungkusan itu boleh menjadi stand laptop ergonomik, tempat simpanan atau dulang  nurseri. Ini membolehkan pengguna memberikannya fungsi baharu bagi memanjangkan jangka hayat  bahan tersebut sebelum dikitar semula.  

Tersedia dengan segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan penjual semula yang sah,  Acer Aspire Vero bermula pada harga RM2,599 dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student  

2021. Sempena dengan pelancaran Acer Aspire Vero baharu ini, dan sebagai usaha menyokong matlamat  meningkatkan kesedaran alam, Acer Malaysia melanjutkan program trade-in sehingga 31 Disember 2022.


Kandungan ini disediakan oleh Jireh Consult Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS