Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Acer lancar komputer riba OLED 16 inci, paling ringan di dunia
Diterbitkan:  Oct 12, 2022 8:02 AM
Dikemaskini: 12:02 AM

● Acer Swift Edge (SFA16-41) menyokong keperluan kerja golongan profesional yang selalu bergerak,  menggabungkan prestasi dan ketahanan dalam komputer riba ringan yang bersaiz 16 inci 

● Komputer secured-core yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen™ PRO 6000(1) Series, Microsoft  Pluton, dan pengesahan biometrik untuk melindungi data sensitif pengguna 

● Memaparkan visual pada paparan 4KOLED 16 inci dengan sokongan gamut warna 100% DCI-P3 dan  kecerahan pada kadar 500 nits(2).

Acer hari ini memperkenalkan Acer Swift Edge (SFA16-41), komputer riba OLED 16-inci yang paling ringan(3) di dunia. Direka untuk memaksimumkan produktiviti dan kehendak  kreativiti yang diperlukan tenaga kerja hibrid hari ini, komputer riba 16-inci itu dikuasakan oleh  pemproses AMD Ryzen 6000 selain pemproses keselamatan, Microsoft Pluton, bagi melindungi pengguna  daripada serangan siber yang semakin canggih. Acer Swift Edge juga hadir dengan paparan 4K OLED yang  menyokong gamut warna 100% DCI-P3 dan kecerahan 500 nits untuk visual yang bertaraf panggung  wayang.  

Acer Swift Edge telah menerima anugerah Red Dot 2022 dan anugerah 2022 Good Design untuk  rekaannya yang unik. 

Rekaan yang Menawan, Berani dan Ultraringan 

Komputer riba ringan 16 inci itu menawarkan rekaan yang ringkas tetapi menawan. Dengan hanya seberat  1.17 kg (2.58 lbs) dan ketinggian berukuran 12.95 mm (0.51 inci), Acer Swift Edge mempunyai chasis  magnesium-aluminum (Mg-Al alloy) yang nipis, menjadikannya lebih mudah alih dan tahan lasak. Konsep rekaan komputer riba itu memaparkan perincian struktural selari yang tepat, hujung yang tajam dan  estetika ringkas yang mewarisi gaya dan rasa premium siri-siri Swift sebelum ini. Digandingkan dengan  paparan yang mengasyikkan, rekaan engsel yang baik, dan potongan tajam bahagian depan, Acer Swift  Edge merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan professional yang perlu bekerja di mana sahaja. 

Ciri-Ciri Keselamatan dan Prestasi yang Canggih 

Ditunjangi pemproses AMD Ryzen™6000 Series, Acer Swift Edge dilengkapkan untuk menyokong prestasi  yang diperlukan oleh pengguna dan perniagaan mudah alih. Pengguna juga akan menikmati kelajuan  pemprosesan dan tindak balas lancar komputer riba itu yang meningkatkan produktiviti dan kerjasama,  dengan adanya 8 core “Zen 3+” berprestasi tinggi yang dibina dengan teknologi prosesan 6 nm yang  cukup canggih. 

Ia menawarkan pemproses keselamatan Microsoft Pluton tahap 2 yang direka oleh Microsoft bagi  memperkasakan PC Windows 11 baharu, dengan perlindungan tambahan untuk aset-aset sensitif seperti  maklumat dan kunci enkripsi. Bagi memudahkan lagi pengguna, pengesahan biometrik tambahan dan  slot Noble Wedge Lock menyediakan lapisan sekuriti tambahan untuk melindungi data pengguna dan  syarikat.  

Paparan Penuh Sensasi dan Ketersambungan  

Acer Swift Edge tampil dengan paparan 4K OLED (3840x2400) dengan sokongan gamut warna 100% DCI P3 bertaraf panggung wayang, kecerahan 500 nits, dan kurang 0.2 milisaat masa tindak balas, sekali gus  menyediakan julat warna seperti kehidupan sebenar dan kejelasan imej yang halus. Komputer riba 16-inci  itu turut tampil dengan bezel nipis dengan ratio 92% skrin-ke-badan dan mempunyai VESA DisplayHDR™ True Black 500 serta sijil paparan TÜV Rheinland Eyesafe® untuk pengalaman tontonan yang lebih lama  dan selesa.  

Acer Swift Edge serba baharu itu turut menyokong keperluan ketersambungan masa depan. Ia  menawarkan Wi-Fi 6E(4) untuk sambungan tanpa wayar berkelajuan tinggi dan perkongsian fail, serta  pengalaman penstriman lancar dalam format 4K. Kamera depan FHD menggunakan teknologi Acer’s  Temporal Noise Reduction untuk membolehkan pengimejan bermutu tinggi walaupun dalam  pencahayaan yang kurang baik. 

Ia turut menawarkan port-port utama yang banyak seperti HDMI 2.1, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-C  dengan keupayaan pengecasan cepat, dua port USB Type-A, dan satu audio jack, sekali gus membawa  produktiviti mudah alih ke tahap yang baru.  

Ketersediaan di Malaysia 

Acer Swift Edge (SFA16-41) hadir dengan dua varian yang mana AMD Ryzen 7 6800U dipasangkan dengan  1TB Gen4 NVMe SSD dan 16GB onboard LPDDR5 yang sangat pantas; manakala varian AMD Ryzen 5  6600U menggandingkan 512GB Gen4 NVMe SSD dan 8GB on-board LPDDR5. Hadir dengan Microsoft  Office Home & Student 2021 dan jaminan dua tahun dengan Jaminan Pengembara Antarabangsa tahun  pertama, harga runcit Acer Swift Edge dengan AMD Ryzen 7 dan AMD Ryzen 5 masing-masing pada  RM6,299 dan RM5,299. Kedua-dua varian boleh didapati di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan  Lazada bermula 8 Oktober 2022. 

Bersempena dengan ketibaan komputer riba OLED 16 inci paling ringan di dunia di Malaysia, 25 unit  pertama Acer Swift Edge yang dibeli turut disertakan dengan tetikus Logitech MX Anywhere 3 bernilai  RM431. 

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian infoline Acer  Produk di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emelkan kepada  [email protected].


(1) Spesifikasi mungkin berubah mengikut model dan/atau rantau. Semua model terhad kepada ketersediaan.  

(2) Menepati kriteria ujian standard VESA DisplayHDR™ True Black 500 (10% Center Patch Test – Minimum Luminance  Level (cd/m2)) 

(3) Berdasarkan analisis pasaran dalaman Acer pada 7 Oktober 2022 yang membandingkan dengan jenama lain  termasuk Asus, Apple, HP, Huawei, Lenovo, Microsoft, Dell, LG, dan Samsung. AMD masih belum mengesahkan perkara  ini

(4) Peranti yang sesuai dengan Wi-Fi 6E diperlukan untuk mencapai manfaat dan kelajuan yang dinyatakan untuk Wi Fi 6E (802.11ax).


Kandungan ini disediakan oleh Jireh Consult Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS