Sebagai langkah untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan sewaktu ketidaktentuan ekonomi ketika ini, Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan Kempen PULIH, iaitu penjadualan semula pembayaran ansuran pelanggan-pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Annuar berkata, matlamat PULIH ini adalah bertujuan untuk membantu pelanggan menguasai situasi kewangan dan merangka pelan pembayaran semula pembiayaan secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan pelanggan.
”Menerusi Kempen ini, pelanggan-pelanggan yang memohon Cuma perlu membayar 50% daripada ansuran asal selama dua tahun. Kempen ini telah bermula dari 22 Mac 2023 sehingga 29 Jun 2023.
”Program PULIH ini mensasarkan pelanggan-peanggan yang mengalami masalah atau kekagnan kewangan iaitu pendapatan telah berkurangan sebanyak 25% dari gaji asal dan gagal untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan semasa layak memohon,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya lagi, ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh CBP dalam membantu pelanggan-pelanggan yang terkesan yang secara tidak langsung dapat membantu CBP memulihkan Pembiayaan Tidak Berbayar (PTB).
Pelanggan-pelanggan CBP yang ingin menyertai kempen ini boleh memohon menerusi emel ke Jabatan Kawalan dan Pemulihan, [email protected] atau hadir ke mana-mana cawangan CBP untuk mendapatkan borang dan diposkan ke Seksyen Pemulihan, Unit Penjadualan & Penstrukturan Semula, Jabatan Kawalan dan Pemulihan, C-03-05, Starparc Point, jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Mengenai Co-opbank Pertama
Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank. CBP mempunyai 29 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. CBP menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cbp.com.my.
