Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian meriah dengan juadah enak, ProDiet turut menyeru rakyat Malaysia berkongsi rezeki dan kebaikan bersama kucing-kucing di pusat perlindungan haiwan PAWS. Sebanyak lebih 250 ekor kucing yang terbiar dan hilang tempat berteduh yang berada di pusat perlindungan ini membuatkan PAWS sentiasa memerlukan makanan kucing yang mencukupi bagi memastikan perut mereka terisi.

Melalui sumbangan amal #kongsiRezeki Raya “Anda Beli, ProDiet Menyumbang”, bagi setiap pembelian 1.5kg atau 8kg ProDiet Dry Cat Food, ProDiet akan turut menggandakan kepada 3kg atau 16kg makanan kucing yang akan disumbangkan.

Sumbangan amal ini akan dijalankan dari 18 April – 17 Mei 2023 melalui pembelian yang dibuat di laman rasmi Shopee ProDiet. Layari https://bit.ly/ProDietRaya dan hanya dengan beberapa langkah mudah, sumbangan anda bersama sumbangan daripada ProDiet akan dihantar terus ke PAWS.

Sumbangan amal ini turut disokong dalam filem animasi pendek yang berdurasi 3 minit dengan kerjasama agensi kreatif terkemuka Muma, yang menceritakan tentang hubungan kasih sayang antara manusia dan si comel kucing dalam suasana Malaysia yang unik. Kisah menyentuh hati ini memberi satu peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berbuat baik sesama makhluk meskipun dengan haiwan yang tidak mampu berbicara.

Elemen CSR turut melengkapi usaha kempen Raya ProDiet iaitu “Lebaran Baru, Penuh Keberkatan” yang Meraikan hari kemenangan dengan penuh keberkatan walaupun tanpa insan-insan yang tersayang disisi, seiring dengan bulan Ramadan yang penuh kemuliaan. Sepanjang kempen ini, pembeli boleh menikmati tawaran menarik ProDiet di kedai-kedai yang turut serta. Terdapat juga bungkusan Raya istimewa untuk 8.5kg ProDiet Dry Cat Food.

Menurut Choy Peng Yew, Ketua Pegawai Eksekutif Pet World “Kami percaya bahawa setiap haiwan berhak menerima layanan yang baik dan penuh kasih sayang. Adalah tanggungjawab kami untuk memaklumkan kepada masyarakat agar menjaga haiwan tidak berdosa ini dengan baik kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan dan kasih sayang. Oleh yang demikian, ProDiet komited menyediakan makanan penuh bernutrisi untuk haiwan peliharaan agar lebih banyak memori indah tercipta bersama haiwan peliharaan tersayang mereka”.

“Dalam masa yang sama, kami juga tidak melupakan mereka yang tidak mampu berbicara ini dan kami berusaha membantu rumah perlindungan bagi haiwan-haiwan yang tidak bernasib baik. Untuk itu, kami memanggil semua rakyat Malaysia yang pemurah untuk menyertai sumbangan amal ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna buat kucing-kucing di PAWS.”

Sebagai syarikat pencinta haiwan peliharaan, kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan PETWORLD. Yayasan Bank Makanan PETWORLD telah menyumbang lebih 1.6 juta makanan haiwan bernutrisi kepada haiwan yang berjaya diselamatkan dan akan sentiasa meneruskan dengan usaha ini.