Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Korea Rasmi Eksport Daging Lembu Halal Pertama ke Malaysia
Diterbitkan:  May 15, 2023 3:14 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Sejak 2016, selama empat tahun Korea telah terlibat dengan rundingan dengan Malaysia untuk mengeksport daging lembu Hanwoo ke Malaysia. Rundingan tersebut telah selesai di tahun 2020. Ia mengambil masa 3 tahun lagi untuk memastikan pusat penyembelihan memperolehi pensijilan halal. Proses pensijilan telah selesai pada Mac tahun ini. Dan hari ini kami akan menyaksikan sesi menandatangani kontrak pertama untuk eksport daging lembu Hanwoo halal ke Malaysia. Tahun ini juga merupakan sambutan ulang tahun ke-40 'Dasar Pandang ke Timur' antara Korea Selatan-Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Korea, Encik Chung Hwang Keun berkata daging lembu Hanwoo adalah unik dengan rasanya yang tersendiri dan hanya boleh didapati di Korea Selatan. Hanwoo ialah baka lembu asli Korea Selatan. Ia mempunyai corak lemak, dipanggil 'marbling' yang tersebar secara merata di dalam daging. Ia sangat lembut kerana corak lemak tersebut, dengan rasa yang tersendiri dan sedap. Ia sudah mendapat perhatian daripada media dan Youtubers antarabangsa yang tertawan dengan citarasanya yang berbeza dan luar biasa.

“Apabila lembu Hanwoo dilahirkan, kami memasang cip ICT di telinga untuk kebolehkesanan, dari masa kelahiran hingga masa penyembelihan. Sebelum daging dieksport, kami akan melakukan pemeriksaan keselamatan dan ia digredkan mengukut 5 tahap kualiti yang berbeza. Oleh itu, kami dapat menjamin rasa terbaik daging lembu Hanwoo kami. “

Negara-negara yang mengimport daging lembu Hanwoo ialah Hong Kong, Macao dan Cambodia pada masa ini. Hari ini, kami akan mengeksportnya ke Malaysia. Terdapat banyak negara yang berminat dengan daging lembu Hanwoo seperti UAE dan Indonesia. Malaysia akan menjadi pusat daging lembu Hanwoo Halal.”

“Dalam satu tahun, kami menyembelih kira-kira 1 juta lembu yang dianggarkan bernilai 6-7 bilion dolar. Untuk eksport, ia adalah sekitar 15 juta dolar. Memandangkan daging lembu Hanwoo mempunyai rasa yang hebat dan kami boleh menjamin pengurusan keselamatan yang terbaik, kami yakin tentang produk ini. Pada bulan Jun, pengguna Malaysia akan dapat merasainya dan jika mereka menyukainya, permintaan akan meningkat. Kita perlu tunggu dan lihat.”

Nova Innovation adalah pengimport daging lembu Hanwoo halal di Malaysia dan ia akan diedarkan oleh syarikat pengedaran besar dan boleh didapati di pasar raya dan restoran. Kami mempunyai perancangan untuk meluaskan lagi bekalannya pada masa hadapan. Daging lembu Hanwoo boleh digunakan dalam banyak hidangan seperti stik, goreng dan sup. Ia boleh dimakan dalam pelbagai cara. Contohnya, dalam filem Parasite, daging lembu Hanwoo digunakan untuk menyediakan mi segera Ram-Don. Orang Malaysia boleh menggunakan daging lembu Hanwoo dengan cara tersebut untuk nasi atau mi goreng, katanya.

Malaysia boleh menjadi pintu masuk dan jambatan untuk pasaran daging lembu Hanwoo yang halal ke rantau ini. Jika kita berjaya di Malaysia, kita boleh mengembangkan eksport ke Indonesia dan UAE. Kami berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah pasaran yang sangat baik dan besar. Memandangkan ini adalah kali pertama Korea Selatan mengeksport daging lembu Hanwoo ke Malaysia, promosi adalah sangat penting. Jadi, kami memerlukan semua bantuan daripada media Malaysia untuk mempromosikannya!”

Hanwoo ialah daging lembu premium yang selamat diternak di Korea di bawah pengurusan yang  ketat oleh sistem Kebolehkesanan Produk Haiwan,  (HACCP) dan pengurusan kebersihan dan  keselamatan yang menyeluruh. Sistem ini merekod dan menguruskan semua maklumat  daripada pembiakan kepada pengeluaran dan penjualan untuk mengelakkan kemajuan  kebersihan dan keselamatan serta melaksanakan sistem sejarah daging lembu untuk segera  bertindak balas kepada masalah dengan menjejaki sejarah.

Tambahan pula, Hanwoo kaya dengan koenzim Q10 yang mempunyai kesan antikanser dan juga  tinggi L-carnitine yang membantu dalam mengurangkan kolesterol darah. Kelembutan marbling dan tekstur yang kaya memberikan pengguna rasa yang seimbang dan  pengalaman menyenangkan ketika di dalam mulut. Untuk maklumat lanjut mengenai Hanwoo, sila log masuk ke www.halalhanwoo.com.  

ADS