Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Filem Anwar: The Untold Story (ATUS) mula ditayangkan di 120 pawagam seluruh Malaysia
Diterbitkan:  May 19, 2023 3:11 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Anwar: The Untold Story (ATUS) memfokuskan kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan rasuah yang turut menyentuh kes Perwaja, KPB dan tariff tol. Sikap tegas Anwar menolak dan melawan rasuah tidak disenangi oleh elit pemerintah dan cukong-cukong perniagaan ketika itu. Maka satu konspirasi mula diadakan bagi menjatuhkan Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Ia berakhir dengan dia dipecat, ditangkap, dipenjara dan dipukul di dalam lokap polis Bukit Aman pada 20 Sept 1998 dalam insiden "Black Eye."

Selama ini, mengenai peristiwa ini, rakyat dihidangkan dengan satu versi saja - iaitu versi pemerintah ketika itu - yang menyatakan bahawa Anwar memukul diri sendiri. Walaubagaimanapun, dalam filem ATUS, rakyat berpeluang mendapat pendedahan versi mangsa sendiri - iaitu dari perspektif Anwar. Juga penonton akan didedahkan mengenai sebab-sebab sebenar Anwar dipecat dan dipenjara.

Buat pertama kali adegan Anwar ditumbuk, ditampar, dikarate sebanyak tujuh kali di dalam lokap divisualkan secara detail. Ia diambil dari Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan pada April 1999.

ATUS mula digarap pada April 2021 dan pembikinan siap pada Januari tahun ini. Set masa untuk filem ini ialah dari 1991 hingga 1998. Filem ini merupakan naskah sejarah penting terutama untuk generasi muda hari ini. Ia juga merupakan satu naskah pendidikan menolak rasuah. 

Penerbit eksekutif dan idea asal, Zunar, berharap orang ramai dapat menyokong dengan membeli tiket di pawagam supaya mesej dalam filem ini dapat disebar luas. Ini penting kerana filem genre ini jarang dihasilkan oleh pengusaha tempatan.

Tangkap layar daripada Instagram Zunar

Judul: ANWAR, The Untold Story

Durasi: 108 minit

Pengarah: Viva Westi

Eksekutif Produser/Cerita asal: Zunar

Pelakon: Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau & Dewi Irawan.


Oleh Zunar


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS