Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pembiayaan terbaharu Kenderaan-i daripada KOPETRO beri peluang anggota miliki kereta idaman
Diterbitkan:  Jun 16, 2023 3:43 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), melancarkan produk pembiayaan inovatif terbaharu, Kenderaan-i untuk memenuhi keperluan anggota koperasi yang mencari penyelesaian pembiayaan kenderaan yang lebih mudah dan fleksibel.

KOPETRO menawarkan pembiayaan untuk kenderaan pemilikan baharu, kereta terpakai dan juga pembiayaan semula kenderaan untuk jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 pada kadar keuntungan kompetitif bermula 4.8%* setahun untuk tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Kenderaan-i adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha KOPETRO untuk terus menyokong pembangunan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup anggota koperasi berkenaan. Produk ini memberikan peluang kepada anggota untuk memperoleh pembiayaan untuk pembelian kenderaan baru atau terpakai yang fleksibel dan kompetitif.

"Dengan pelancaran Kenderaan-i, KOPETRO komited untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan kenderaan yang mudah dan fleksibel kepada anggota KOPETRO. Kami berharap produk ini akan memberikan peluang kepada lebih ramai individu untuk memiliki kenderaan impian mereka tanpa beban kewangan yang berlebihan," ujar Ahmad Shakir.

Tambahnya, Kenderaan-i adalah bukti kesungguhan KOPETRO dalam memenuhi keperluan dan permintaan anggotanya di mana koperasi berkenaan akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan inovatif yang memberikan nilai tambah kepada anggota KOPETRO dan masyarakat secara keseluruhan.

Pembiayaan Kenderaan-i ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk memiliki kenderaan impian mereka dengan proses permohonan yang lengkap dan efisien. Permohonan ini memerlukan butiran peribadi dan maklumat kewangan asas yang akan digunakan untuk menilai kelayakan pemohon. Dalam masa yang singkat, pemohon akan menerima keputusan pembiayaan dan dapat meneruskan langkah untuk memiliki kenderaan yang diimpikan.

Selain itu, Kenderaan-i juga menyediakan pelbagai tempoh pembiayaan yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan individu. Ini membolehkan pemilik kenderaan merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan menguruskan pembayaran dengan lebih efisien. Dengan penawaran pembiayaan yang kompetitif dan fleksibel, Kenderaan-i menjadi pilihan yang menarik bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan tanpa tekanan kewangan yang berat.

Lebih menarik, anggota KOPETRO yang memohon dan diluluskan permohonannya sebelum 30 Jun 2023 berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa rebat insurans kenderaan bernilai RM30,000 melalui kempen ‘Pembiayaan untuk Semua’.

Untuk memastikan anda layak memohon pembiayaan ini, sila emel ke [email protected] atau hubungi 019-2046146 melalui WhatsApp. Orang ramai juga boleh mengikuti KOPETRO di platform media sosial @kopetroberhad di Facebook, Instagram dan Twitter.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022.

KOPETRO turut merangkul dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020.

Baru-baru ini, KOPETRO melancarkan melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung, yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS