KiniEvents memaparkan pendapat belia dan ahli politik tentang Ganja Perubatan.
Kuala Lumpur, Malaysia - Episod ke-2 "GenZ @ The Podium," akan tertumpu pada topik penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan di Malaysia. Acara ini, yang disusun khas untuk individu muda berumur di antara 18-25 tahun, bertujuan untuk menyediakan platform bagi membincangkan isu berkenaan dan memperkasakan suara generasi akan datang.
Program ini dijadual akan berlangsungkan melalui web dengan menggunakan platform metaverse. "GenZ @ The Podium" akan disertai oleh 20 belia dari seluruh Malaysia serta YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan YB Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang, untuk mereka bersama-sama mendalami perkara penting mengenai penggunaan kanabis dalam bidang perubatan. Memandangkan Malaysia sedang mempertimbangkan perubahan yang berpotensi terhadap undang-undang ganja, perbahasan ini bertujuan untuk memudahkan penerokaan menyeluruh berkenaan subjek ini dari pelbagai perspektif.
Acara perbahasan akan dimulakan dengan para belia membentangkan kenyataan mereka, diikuti dengan pendapat ahli politik tentang sama ada Malaysia wajar atau tidak wajar dalam membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan. Berikut adalah beberapa fakta mengenai ganja perubatan dari negara lain:
Di Amerika Syarikat, 36 negeri telah membenarkan ganja perubatan, dengan 18 negeri membolehkan juga penggunaan secara rekreasi. Pengesahan ini telah didorong oleh penyelidikan meluas yang menunjukkan potensi manfaat kanabis dalam merawat pelbagai keadaan perubatan, seperti sakit kronik, epilepsi, multiple sclerosis dan loya yang disebabkan oleh kemoterapi.
Kanada membenarkan ganja perubatan di seluruh negara pada tahun 2001, seterusnya membawa kepada akses yang lebih baik untuk pesakit dan merangsang penyelidikan tentang keberkesanan perubatannya. Sejak itu, negara ini telah menyaksikan hasil yang positif dari segi penjagaan pesakit dan kualiti hidup.
Israel telah muncul sebagai peneraju global dalam penyelidikan ganja, merintis kemajuan dalam bidang itu dan mempamerkan potensi terapeutik ganja perubatan dalam rawatan bagi keadaan seperti penyakit Parkinson, penyakit Crohn dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
Perbahasan ini akan menyediakan platform untuk golongan muda menyuarakan pendapat mereka mengenai isu penting ini dan terlibat secara langsung dalam dialog yang bermakna dengan pembuat dasar. Selain itu, ia juga merupakan peluang bagi pendebat belia untuk mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu kritikal yang mempengaruhi kehidupan mereka.
Sebagai platform yang didedikasikan untuk memperkasakan belia, KiniEvents mengiktiraf kepentingan bagi penglibatan generasi akan datang dalam perbincangan yang memberi kesan kepada masa depan mereka. "GenZ @ The Podium" menjemput individu muda untuk memainkan peranan aktif dalam proses demokrasi, memupuk pemikiran kritis, dan mempromosikan pembuatan keputusan yang berpengetahuan.
Sertai kami di "GenZ @ The Podium" pada 24 Jun 2023, jam 2.30 petang melalui siaran langsung Facebook, Twitter dan Youtube untuk menjadi sebahagian daripada acara transformatif ini.
Dianjurkan oleh KiniEvents dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, International Republican Institute (IRI) sebagai Rakan Kerjasama, Malaysian Institute of Debate and Public Speaking (MIDP) sebagai Rakan Kemahiran Latihan Insaniah, Experiential Design Team (EDT) sebagai Rakan Metaverse. Menyertai kami tahun ini sebagai Rakan Bersama, UNDI 18, Institute for Research & Development of Policy (IRDP), Malaysian Youth Association of Diplomacy and Policy (MYADP), UNDI Sabah, The Risers, The Malaysian Hub, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), IIUM Student Union, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Angkatan Mahasiswa UM, Suara Siswa Universiti Malaya, Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Taylor's University Student Council. Akhir sekali, Rakan Media kami, Malaysiakini, KiniTV, Cilisos Media, Astro Awani dan SAYS.
Penggunaan persekitaran maya 3D melalui idea utama platform Spatial adalah untuk menyediakan pengalaman yang inovatif dan menarik untuk peserta dan penonton. Acara itu akan disiarkan secara langsung di pelbagai platform media sosial, membolehkan penonton yang lebih meluas untuk menyertai perbincangan.
"GenZ @ The Podium" ialah acara yang tidak boleh dilepaskan, dan semua orang digalakkan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam perbualan penting ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GenZ @ the Podium.
Hubungi:
Email: enquiry@kini.events
Laman Web: https://kini.events/genz/
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/a30859ecdfe9c494dd96dd0ab6d818d1.jpg)
