Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise bakal melancarkan pembangunan berorientasikan transit pertamanya, The Connaught One
Diterbitkan:  Jun 28, 2023 1:35 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), akan memperkenalkan The Connaught One, pembangunan berorientasikan transit (TOD) pertamanya di Taman Connaught, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 24 Jun. Terletak berdekatan dengan Stesen MRT Taman Connaught, projek TOD Syarikat yang bakal dilancar ini akan memberi kemudahan serta fleksibiliti kepada para penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam di samping menawarkan pelbagai pilihan keluasan rumah untuk semua segmen pasaran.

Bermula daripada RM290,000*, projek TOD pegangan bebas pertama UEM Sunrise ini meliputi keluasan 1.4 hektar (3.4 ekar) dan terdiri daripada dua menara, setiap satu berketinggian 53 tingkat dengan jumlah 1,334 unit. Setiap tingkat terdiri daripada 9 hingga 16 unit, dengan lima jenis susun atur berkeluasan daripada 42 m² (452 kaki²) sehingga 118 m² (1,270 kaki²). Susun atur ruangan adalah fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut reka bentuk, memberikan kebebasan kepada pemilik untuk menyesuaikan rekaan dengan keperluan gaya hidup semasa mereka. Unit Jenis A dilengkapi dengan satu ruang tempat letak kereta, Jenis B dengan satu atau dua ruang tempat letak kereta (tandem), manakala Jenis C, D dan E datang dengan dua ruang tempat letak kereta.

The Connaught One direka bagi memenuhi pelbagai keperluan pasaran pasca pandemik COVID-19, seperti ruang kerja bersama bagi penghuni yang bekerja dari rumah, kawasan khusus untuk penghantaran barangan berdekatan dengan pondok pengawal serta pelbagai kemudahan rekreasi terbuka, termasuk trek joging dan lorong basikal, taman permainan pelbagai generasi, jakuzi, kolam renang dan kolam randuk, serta kawasan membaca, semuanya bagi memupuk gaya hidup yang lebih sihat dan aktif di dalam satu tempat. Kawasan umum juga sebahagiannya dikuasakan oleh panel solar manakala pengecas EV disediakan bagi kegunaan awam.

“The Connaught One merupakan sebuah produk istimewa dengan konsep yang menggabungkan kemudahan akses dan integrasi dengan sistem pengangkutan awam, sesuai bagi memenuhi permintaan golongan profesional muda serta keluarga yang bekerja di bandar atau sekitarnya, serta melengkapi keperluan gaya hidup norma baharu, semuanya ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Reka bentuk The Connaught One menekankan DNA produk kami yang melengkapi gaya hidup semasa serta masa hadapan pembeli rumah kami secara fleksibel.

Oleh itu, kami teruja untuk melancarkan projek TOD pertama kami pada hujung minggu akan datang ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Pembangunan kediaman ini sesuai untuk pembeli rumah kali pertama serta golongan profesional yang bekerja berhampiran dengan pusat bandar. Ianya juga merupakan kediaman menarik buat mereka yang mempunyai ahli bilangan keluarga kecil hingga sederhana serta kepada yang masih ingin tinggal di Cheras, berhampiran Stesen MRT Taman Connaught.

Bagi mereka yang menggunakan kereta, The Connaught One mempunyai akses terus ke Lebuhraya Cheras-Kajang, Jalan Cheras dan anda hanya memerlukan pemanduan singkat bagi ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) untuk pergi ke pelbagai kawasan di bandar.

Penduduk kediaman ini akan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan di dalam lingkungan radius 5km, termasuk hospital bertaraf dunia seperti Hospital Pantai Cheras; dan Universiti UCSI, sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka dengan 12,000 bilangan pelajar.

Dengan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan awam yang tersedia serta pelbagai kemudahan di dalamnya, Cheras menjadi salah satu kawasan kediaman sewa yang paling dicari dalam kalangan pembeli rumah dan pelabur, dengan stesen MRT Taman Connaught hanya enam hentian dari ‘Tun Razak Exchange’, yang bakal menempatkan beberapa syarikat perkhidmatan kewangan dan hab perniagaan bersepadu.

The Connaught One dijangka siap pada suku terakhir 2027.

Dengan Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM747 juta, The Connaught One juga adalah pembangunan pertama dalam Siri RISE di bawah rangkaian produk Happy+, sebuah inisiatif UEM Sunrise untuk mengklasifikasi produk kediamannya kepada segmen mengikut keperluan gaya dan peringkat hidup pembeli rumah. Kediaman di bawah Siri RISE menawarkan ruang yang fleksibel dan serba guna yang mudah disesuai dan diadaptasi mengikut gaya hidup para pemiliknya beserta pelbagai nilai tambah. Kediaman mampu milik ini mempromosi kehidupan praktikal dengan persekitaran yang mencerminkan kesederhanaan, rekreasi dan kemudahan.

Untuk maklumat lanjut tentang projek TOD pertama UEM Sunrise, The Connaught One, layari uemsunrise.com atau lawati galeri jualan The Connaught di ‘191-01-01, 1st Floor, Wisma CKE, Jalan Lanchang, 56100 Cheras, Kuala Lumpur’.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS