Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Malaysia bekerjasama dengan GivingHub untuk memperkasakan tiga Organisasi Sosial terpilih pada 2024
Diterbitkan:  Jan 8, 2024 4:53 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Kuala Lumpur, 8 Januari 2024 – Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bekerjasama dengan GivingHub, sebuah platform yang membantu organisasi dalam melakukan tujuan amal dengan lebih berkesan, untuk melancarkan program “Level Up Your Organisation!” 

Ini ialah program pembinaan kapasiti selama setahun, bertujuan untuk mengubah organisasi yang berimpak kepada menjadi lebih berkesan dan mampan melalui satu siri sesi latihan dan bimbingan. 

Tiga organisasi sosial akan dipilih untuk program ini. Kriteria pemilihan termasuk pengalaman minimum selama dua tahun dalam bidang sosial, rekod prestasi kerja impak sosial yang sejajar dengan visi dan misi organisasi sosial, motivasi untuk mengembangkan pasukan dan organisasi, serta sikap keterbukaan kepada perubahan dan sistem baharu. 

Tiga bidang yang akan dilatih ialah Keberkesanan Kepimpinan, Pengurusan Projek serta Sistemisasi dan Transformasi Digital. 

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata “Banyak organisasi sosial yang luar biasa dalam menyelesaikan isu sosial di lapangan tetapi mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti untuk melakukannya kerana kekurangan sumber dan kewangan untuk melabur dalam kemahiran, pengetahuan dan proses yang betul. Oleh itu, program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kemampanan mereka sambil mencipta intervensi yang memberi kesan di lapangan." 

Untuk memohon projek "Level Up Your Organisation!", layari bit.ly/levelupyourNGO2024 hari ini!


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS