Sambutan Hari Bapa tentunya istimewa, kerana ia adalah hari yang diraikan untuk menghargai segala pengorbanan seorang ayah, dari usaha kerasnya mencari rezeki, memberikan pendidikan, hingga memberikan nasihat dan bimbingan dalam kehidupan.
Bagi Mukhsin, seorang pemandu van 7-kaki, pengorbanan adalah perkara lumrah dalam kehidupannya demi menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk isteri dan anak-anaknya. Berasal dari Johor, beliau bekerja sebagai pemandu Lalamove sepenuh masa di sekitar kawasan Skudai, manakala keluarganya tinggal di Mersing.
Walaupun jarak dan masa memisahkan mereka, ini tidak menghalang Mukhsin untuk terus membahagiakan keluarganya.
Feksibiliti untuk bekerja mengikut masa sendiri

Setiap pagi, beliau bangun awal untuk menunaikan solat dan mengambil sarapan sebelum memulakan harinya. Menggunakan aplikasi Lalamove Driver, beliau akan memulakan pencarian untuk tugas penghantaran.
Kebiasaanya, Mukhsin akan mengambil pesanan dari Skudai ke Ulu Tiram. Jika tiada pesanan di luar Johor, dia akan kembali ke rumah sekitar pukul 5:00 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Namun, apabila beliau menerima pesanan penghantaran jarak jauh ke Kuala Lumpur, Mukhsin akan pulang ke rumah pada pukul 11:00 malam. Walaupun lewat, beliau tetap berusaha untuk menyelesaikan penghantaran dengan selamat dan tepat pada masanya.
‘Jumlah Pesanan’ dan ‘Jarak Jauh’ penghantaran diambil dalam seminggu
“Dalam seminggu saya akan ambil dalam tiga atau empat pesanan jarak jauh. Kadang-kadang jika saya ambil pesanan jarak jauh ke Kuala Lumpur, saya akan berehat di sana dalam dua hari.”
“Saya suka ambil pesanan jarak jauh kerana di Kuala Lumpur memang job sangat meriah. Terlampau banyak. Paling tinggi pendapatan saya pernah dapat dengan penghantaran jarak jauh adalah RM500. Memang syok kerja!,” katanya.
“Pada awalnya saya akan ambil pesanan yang jauh dalam Johor kerana pesanan tersebut bernilai tinggi. Tetapi selepas beberapa bulan, saya mula hafal kawasan hotspot di Johor dan Kuala Lumpur. Ini menjimatkan masa saya daripada menunggu dan juga mendatangkan banyak keuntungan.”
Cabaran yang diharungi

“Dari dulu saya tak pernah berpisah dengan keluarga. Saya pernah bekerja di Singapura, tapi saya tetap bawa keluarga bersama dengan saya. Tapi bila sekarang saya duduk berjauhan dengan mereka, ia sememangnya mencabar. Saya memang rindu dengan keluarga.”
“Tapi yang best bila kita jadi rakan pemandu Lalamove ni, saya boleh balik jumpa keluarga bila-bila saya mahukan. Tidak perlu saya mohon cuti kerja dari bos. Saya nak cuti lama pun boleh.”
Siapa sokongan utama dalam hidup?
“Mestilah isteri dan anak-anak saya. Bila saya penat bekerja, saya suka tengok gambar keluarga saya untuk memberikan saya semangat. Kadang-kadang semasa buat job, saya akan telefon isteri untuk mendapatkan kata-kata semangat.”
Apakah impian Mukhsin dalam kehidupan?
“Saya nak berjaya dalam hidup agar saya boleh naik taraf hidup saya. Saya datang dari keluarga susah, jadi saya sentiasa nak berbakti untuk keluarga saya. Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya juga nak buat ayah saya bangga.”
“Untuk ibu bapa saya, saya harap mereka sentiasa sihat untuk lihat saya berjaya dalam hidup.
Untuk isteri dan anak-anak saya pula, saya nak mereka juga sentiasa bahagia dan sihat. Saya tak nak mereka sedih, biar saya sahaja yang sedih. Saya nak mereka sentiasa gembira.”
Tips kepada rakan pemandu Lalamove baru
Bagi Mukhsin, aktif dan berkonsisten adalah penting. Beliau sentiasa kekal 'online' dalam aplikasi Lalamove Driver. Ini kerana ada pesanan berjadual mungkin masuk dalam aplikasi pada waktu malam. Setiap malam sebelum tidur, dia akan terus terima pesanan berjadual.
“Jadi esok saya akan terus hantar pesanan tersebut. Tidak perlulah saya menunggu pagi-pagi untuk pesanan saya masuk,” katanya.
Berminat menjadi rakan penghantar Lalamove? Jom sertai kami hari ini! Klik SINI untuk maklumat lanjut.
Lalamove ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua ayah-ayah di luar sana! Semoga hari ini menjadi hari yang penuh berkat bagi semua ayah di seluruh dunia!
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].
