Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) mengumumkan kadar dividen bagi saham biasa sebanyak 6.5 peratus dan saham keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pembayaran dividen telah dilakukan sebaik sahaja tamatnya Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) yang diadakah pada 30 Jun 2024 dan para anggota boleh membuat semakan akaun simpanan melalui aplikasi HELOCBP.

Agihan peruntukan RM63.97 juta akan beri manfaat kepada 93,798 anggota CBP dan pemegang saham yang layak

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata pengumuman dividen bersih bagi tahun 2023 itu membabitkan agihan peruntukan sebanyak RM63.97 juta selepas ditolak zakat yang akan memberi manfaat kepada 93,798 anggota CBP dan pemegang saham yang layak.

"Kadar dividen ini adalah yang tertinggi dicapai CBP dalam tempoh lima tahun ini disumbang oleh keuntungan tertinggi dalam sejarahnya sebanyak RM120 juta yang dicatat pada tahun lalu.”

“Dengan prestasi yang cemerlang ini, CBP berada di landasan yang tepat seperti Pelan Perancangan Strategik 5 Tahun 2022–2026 dan CBP dalam perancangan untuk menerbitkan sukuk bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan yang pesat.”

Tambah Khairil Anuar lagi, “Perancangan CBP pada peringkat seterusnya dalam pelan strategik adalah untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan bukan organik dan pengembangan dalam perkhidmatan digital.”

Dalam masa yang sama atas permintaan yang tinggi, langganan saham CBP bagi penambahan atau permohonan baharu kini dibuka semula kepada semua yang layak (maksimum RM5 juta bagi individu dan 20% dari jumlah saham CBP bagi koperasi) bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024.

"Selain daripada itu CBP juga turut dalam perancangan bagi membuka semula bagi langganan saham Keutamaan (iRCPS) seperti sebelum ini sebahagian daripada pelan pengurusan modal CBP,” jelasnya.

Mengenai prospek perniagaan CBP tahun ini, Khairil Anuar berkata, beliau menjangkakan ia terus kekal mencabar dan merancang untuk mengurangkan kos pembiayaan bagi mengekalkan prestasi seperti tahun lalu.


Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my.