Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sepang Menjadi Tumpuan Selangor 1000 Digital: Lebih 400 Penyertaan Diraih
Diterbitkan:  Aug 1, 2024 11:27 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meneruskan Program Selangor 1000 Digital siri ketiga bertempat di Dewan Semarak, Sepang, Cyberjaya dari jam 9 pagi hingga 5 petang, hari ini.

Selangor 1000 Digital merupakan program anjuran Sidec bersama EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor dan agensi-agensi utama negeri termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Platform Selangor (PLATS), dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Program ini telah dibangunkan dengan memberi tumpuan untuk memperkasakan pendigitalan usahawan dalam dan luar bandar menerusi penyediaan sumber, latihan, dan sokongan penting kepada 500 usahawan e-dagang dan 500 hos penstriman langsung di seluruh Selangor.

Para peserta mendaftar kehadiran sebelum menyertai program.
Sebahagian daripada peserta dan pengunjung semasa program berlansung

Sepanjang program ini berlangsung sejak Mei lalu, jumlah penyertaan daripada para peserta begitu menggalakkan. Sambutan luar biasa ini dapat dilihat melalui penyertaan bagi ketiga-tiga siri program dimana telah mencapai 1000 lebih peserta terdiri daripada usahawan pelbagai daerah di Selangor.

Seiring dengan pembangunan teknologi digital, pentingnya bagi para usahawan ini mengambil peluang untuk mempelajari teknik-teknik untuk mencipta kandungan digital dan melakukan penstriman langsung, serta cara untuk mengembangkan perniagaan daripada perkongsian daripada pemain industri seperti AFFIN, Fiuu, Pos Malaysia, TikTok Shop, Shopline,Touch N Go eWallet, Bizapp, Xamble Creators, dan Maxis Business. Peluang dan kelebihan ini secara eksklusifnya hanya ditawarkan melalui sepanjang 5 siri program ini dijalankan.

YB Najwan, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor menyerahkan plak cenderahati Selangor 1000 Digital kepada Tuan Muhammad Shah bin Osmin Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang.

“Kami yakin Daerah Sepang dengan hub teknologi seperti Cyberjaya, mempunyai potensi besar untuk mengembangkan industri kreatif dalam kalangan usahawan dengan menyediakan mereka platform dan sokongan yang diperlukan,” kata YB Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor.

“Daerah Sepang sedang membangun pesat dengan pembangunan ekonomi dan pelbagai projek infrastruktur baru. Dengan kehadiran usahawan dan syarikat pelbagai industri Sepang dapat menawarkan peluang besar untuk mengembangkan perniagaan e-dagang dan digital. Program ini boleh membantu usahawan tempatan untuk memanfaatkan peluang ini,” kata YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (Merangkap Ahli Parlimen Sepang)

Barisan VIP bagi program Selangor 1000 Digital Siri Ketiga. Dari kiri - Loo Chuan Boon, Ketua Pegawai Operasi Sidec , Datuk Hajah Aiman Athirah Binti  Sabu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, (Merangkap Ahli Parlimen Sepang), Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Tuan Muhammad Shah bin Osmin Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang dan Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor , Ketua Yayasan MBI.

Turut hadir bersama-sama YB Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, ialah YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (Merangkap Ahli Parlimen Sepang) telah merasmikan program Selangor 1000 Digital Siri Ketiga ini.

Siri Keempat yang seterusnya akan diadakan di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 5 September 2024. Para usahawan dijemput untuk ikuti semua perkembangan terkini program Selangor 1000 Digital di media sosial Sidec dan mendaftar melalui laman web rasmi Sidec https://www.sidec.com.my/1000-digital/.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS