KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) mengalu-alukan orang ramai untuk menyaksikan bagaimana inovasi mengubah landskap penjagaan kesihatan menerusi AiNNOVATION 2025, sebuah pameran interaktif yang berlangsung selama empat hari dari 12 hingga 15 Jun 2025 di 1 Utama Shopping Centre (Old Wing), Aras Bawah, Centre Court.

Bertemakan Memacu Inovasi dan Keterangkuman Melalui AI, acara ini mengetengahkan secara langsung usaha KPJ Healthcare ke arah memperkasa pengalaman pesakit menerusi teknologi pintar, sistem digital dan pendekatan masa depan. Antara tarikan utama ialah pameran interaktif Patient Journey yang menampilkan transformasi penjagaan kesihatan dari sesi rundingan awal hingga ke penjagaan susulan, teknologi diagnostik berasaskan AI, rekod kesihatan digital, pemulihan robotik dan sebagainya.

AiNOVATION 2025 turut menyaksikan penyertaan daripada rangkaian hospital KPJ seluruh negara, Universiti KPJ Healthcare, Pusat Penyelidikan & Inovasi KPJ serta Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025.

Selain pameran inovasi, pengunjung turut berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang menarik, termasuk:
Pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan percuma oleh pakar-pakar KPJ
Cabaran robotik untuk kanak-kanak
Sesi kecergasan dan kesihatan seperti Zumba, Body Combat, Line Dance dan PoundFit
Demonstrasi memasak dan permainan berkaitan dengan kesihatan
Penampilan istimewa oleh pempengaruh media sosial
Tawaran dan hadiah eksklusif daripada rakan kerjasama yang mengambil bahagian
AiNNOVATION 2025 dibuka kepada orang ramai dan akan berlangsung hingga Ahad, 15 Jun dari 10.00 pagi ke 10.30 malam setiap hari. Kemasukan adalah percuma.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
