Aplikasi PAYLATER (Peraduan Artikel) - Mohd. Roshaidi bin Hamad
Semua daripada kita sukakan membeli-belah. Samada di dalam talian atau di butik-butik fizikal. Tahukah anda bahawa ada satu platform di mana aktiviti membeli-belah lebih mudah dan seronok.
Mudah kerana ianya hanya di hujung jari sahaja. Seronok apabila kita boleh mendapatkan barangan yang kita perlukan dengan kaedah pembayaran secara ansuran.
Kaedah ini berbeza dengan platfrom membeli-belah di atas talian yang sedia ada di Malaysia.

Semuanya boleh dilakukan dengan satu aplikasi sahaja iaitu dengan menggunakan aplikasi PAYLATER. Ianya boleh dimuat turun di Google Play Store, App Store (IOS), and Huawei App Gallery.
Daftar keahlian dan mulakan aktiviti membeli tanpa sebarang gangguan. Kebaikannya? Sudah pasti ianya menjimatkan tenaga dan masa.

PAYLATER adalah satu kaedah di mana pengguna boleh membuat pembelian dan pembayaran boleh dilakukan kemudian. Ianya bukan sahaja memudahkan dan menyenangkan, malahan memberikan penjual dan pelanggan menikmati kepuasan pada kedua-dua belah pihak.
Pelanggan dapat menikmati 4 ansuran bayaran dengan tiada bayaran yuran atau faedah yang akan dikenakan. Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati kaedah pembayaran yang fleksibel di mana bayaran boleh dibuat secara kad kredit dan kad debit. Bunyinya amat mengagumkan bukan?
Satu perkara yang akan kita fikirkan adalah caj yang mungkin akan dikenakan. Tahukah anda bahawa PAYLATER tiada bayaran yang tersembunyi. Pelanggan hanya perlu bayar untuk apa yang dibeli. Pelanggan hanya akan dikenakan bayaran tambahan apabila lewat membuat bayaran atau meminta ansuran tambahan.
Kepada yang sukakan membeli secara di dalam talian, PAYLATER adalah opsyen yang terbaik dan selamat. Had membeli juga tinggi dan tiada batasan dengan pelan ansuran yang sangat fleksibel.
Di aplikasi PAYLATER, bayaran pertama perlu dilakukan sebanyak 25% semasa membuat pembelian. Bayaran bulanan akan dikenakan mengikut harga barangan yang dibeli.
Sekiranya bayaran pertama telah dibuat,pelanggan hanya perlu membuat bayaran selama 3 bulan sahaja lagi. Namun kena ingat,caj akan dikenakan jika pelanggan membuat bayaran secara lewat.
Lebih 600 jenama untuk membeli-belah dengan PAYLATER termasuk elektronik & gajet, rumah & kediaman, fesyen, kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.
Semuanya dan segalanya dihujung jari anda. Jadi, tunggu apa lagi, segeralah memuat turun aplikasi PAYLATER di telefon bimbit anda. Kini, membeli-belah menjadi lebih seronok dan segalanya mudah dan tidak renyah.

Di aplikasi PAYLATER juga terdapat pelbagai promosi yang menarik setiap bulan. Jika anda inginkan pembelian yang bijak, PAYLATER adalah jawapan kepada keinginan anda. Selain itu, saya sangat suka ‘menjamu mata’ sebelum membuat sebarang transaksi pembelian.
Saya boleh membuat pilihan kepada setiap item yang saya sukakan. Saya sukakan fesyen dan juga produk kecantikan. Saya akan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi pembelian. Selain itu, saya dapat membuat perancangan kewangan saya dengan lebih bijak. Kenapa lebih bijak?
Saya tidak perlu membuat pembayaran sekaligus sebaliknya hanya membayar secara ansuran seperti mana kita membuat pembelian rumah atau kenderaan. Pilihan bayaran saya sudah pastinya kaedah pembayaran secara debit terus. Percayalah! Ianya selamat tanpa perlu merasa risau dan bimbang.
Tiada unsur penipuan atau privasi kad debit atau kredit anda tidak terdedah. Selamat membeli-belah dengan cara terkini yang semestinya menyenangkan.
Laman web PAYLATER: https://www.paylater.com.my/
Muat turun PAYLATER app: https://bit.ly/3sg3qm8

