Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Menerima Bayaran Zakat Korporat RM200,000 dari McDonald’s Malaysia
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 3:19 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Kubang Kerian, 12 Julai 2022 – McDonald’s Malaysia telah membayar zakat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM200,000. Sumbangan ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar kepada negeri Kelantan, sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017, setelah diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi. Selain itu, ibadah korban dan pengagihan daging korban kepada golongan asnaf juga dilaksanakan dengan kerjasama MAIK.

McDonald’s Malaysia telah menyumbang 22 ekor lembu di beberapa negeri bagi pelaksanaan ibadah korban dan 12 ekor daripada jumlah tersebut adalah khusus bagi negeri Kelantan sahaja. Jumlah tersebut adalah yang terbanyak setakat ini dan pihak MAIK telah mengagihkan daging korban tersebut kepada golongan asnaf. 

McDonald’s Malaysia melaksanakan ibadah qurban serta mengagihkan daging qurban dan sumbangan duit raya kepada wakil keluarga asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak MAIK.

“Sempena Hari Raya Aildiladha, adalah menjadi harapan kami agihan daging korban ini dapat serba sedikit meringankan beban keluarga asnaf serta membenarkan mereka untuk meraikan perayaan pada tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Ini merupakan sebahagian daripada usaha kemasyarakatan kami untuk mewujudkan impak positif dalam komuniti di mana kami beroperasi seperti di Kubang Kerian, Kelantan. Menyumbang kepada golongan yang memerlukan merupakan satu daripada nilai teras syarikat yang sentiasa diutamakan,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, Yang Dipertua MAIK telah menyempurnakan majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban ini sekaligus menjadi wakil penerima sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia daripada Dato’ Azmir Jaafar. Selain daging korban, pihak McDonald’s Malaysia juga berkesempatan mengagihkan sumbangan duit raya kepada 20 wakil keluarga asnaf yang diraikan di dalam majlis yang berlangsung di McDonald’s Kubang Kerian.

McDonald’s Malaysia melaksanakan ibadah qurban serta mengagihkan daging qurban dan sumbangan duit raya kepada wakil keluarga asnaf yang telah dikenal pasti oleh pihak MAIK.

Sejak enam tahun yang lalu, McDonald’s Malaysia telah melaksanakan pembayaran zakat korporat dan sehingga tahun ini, telah membayar zakat berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. 

“Saya bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada McDonald’s Malaysia yang telah mencari inisiatif untuk menyebarkan amal soleh dan mengadakan majlis sebagaimana pada hari ini. Apa yang kita sama-sama harapkan daripada sumbangan bayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia kepada MAIK pada hari ini ditambah lagi dengan sumbangan lembu-lembu korban daripada pihak McDonald’s kepada masyarakat Islam Kelantan akan mampu meningkatkan darjat ketakwaan kita semua kepada Allah Suubhanahu wa Taala di samping membantu meringankan beban para asnaf khususnya di negeri Kelantan,” titah Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam.

Majlis pembayaran zakat korporat ini berlangsung di McDonald’s Kubang Kerian yang juga merupakan cawangan ketujuh dan terbaru McDonald’s di Kelantan yang mula beroperasi Mac lalu. Selain sumbangan kepada masyarakat, McDonald’s berharap restoran-restorannya dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat seperti membuka peluang pekerjaan yang mendorong kepada peningkatan tahap ekonomi keluarga mereka. 

Selain melaksanakan pembayaran zakat dan sumbangan kepada masyarakat di setiap negeri di Malaysia, McDonald’s Malaysia juga bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam mendukung komitmen Halal dengan melibatkan diri dalam aktiviti Halal dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.

ADS