Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Kandungan Berjenama
redONE raikan Merdeka ke-65 dengan RM65k untuk pelanggan
Diterbitkan:  Aug 10, 2022 3:52 PM
Dikemaskini: Aug 11, 2022 3:01 AM

redONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, sedang meraikan bulan Merdeka bersama pelanggannya dengan memberikan hadiah bernilai RM65,000 kepada pemenang bertuah dalam peraduan redONE Senang Menang Merdeka. Pelanggan yang mendaftar talian baharu atau port-masuk ke redONE Postpaid pada pelan minimum RM8 antara 1 – 31 Ogos 2022 akan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk motosikal Yamaha NMAX dan Lagenda 115z, iPhone 13, iPad 10.2, baucar beli-belah AEON dan banyak lagi!

Pada tahun ini, redONE juga meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dan kempen ini bertujuan untuk mewujudkan keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dalam peraduan ringkas namun bermanfaat ini yang selaras dengan slogan syarikat ‘Back to Basics’. Pelan redONE Postpaid direka bentuk dengan simplisiti yang menawarkan pelan mampu milik yang berbaloi kepada pelanggan. Pelan Amazing38 yang baru dilancar menawarkan 38GB data dan panggilan tanpa had pada hanya RM38 sebulan manakala pelan Amazing58 menawarkan 65GB data dan panggilan tanpa had pada RM58 sebulan. Pilihan lain yang popular ialah pelan data dan panggilan tanpa had Hybrid50U yang berharga hanya RM50 sebulan. Pelan-pelan ini datang tanpa kontrak dan memberi manfaat kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat terutamanya pada masa ekonomi ini dengan kemampubelian pelan, disokong oleh liputan rangkaian yang boleh stabil. Pelan-pelan di atas boleh didaftarkan melalui proses Pendaftaran Sendiri Digital OnBoarding redONE atau di mana-mana rakan niaga jualan redONE di seluruh negara.

“Dalam menyambut ulang tahun ke-10 kami tahun ini, kami ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami dan semua rakyat Malaysia yang telah menyokong kami. Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan perkhidmatan dan inisiatif yang lebih baik yang mengujakan masyarakat seperti peraduan redONE Senang Menang Merdeka.” kata Ketua Pegawai Eksekutif redONE Farid Yunus.

Pelan-pelan redONE Postpaid boleh di dapati di semua rakan niaga redONE di seluruh negara, atau melalui pendaftaran sendiri di redONE.com.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS