Roborock no.1 di dunia dari segi jualan flagship model
Menurut data yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Euromonitor, jualan runcit robot vakum di seluruh dunia melebihi 15 juta unit di tahun 2021. Ini mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 20% dalam tempoh lima tahun yang lalu. Khususnya, rantau Asia-Pasifik menyumbang kira-kira 44.2% daripada jumlah keseluruhan, menjadikannya pasaran vakum robot terbesar di dunia. Vakum robot mewah, umumnya berharga lebih US$500 seunit, memberikan prestasi yang jauh lebih baik dari segi kecerdasan dan kecekapan pembersihan jika dibandingkan dengan model standard.
Apakah di sebalik kejayaan Roborock, dan apakah rancangannya untuk pasaran tempatan? Di bawah adalah petikan daripada wawancara e-mel dengan Joan Hu, Pengarah Asia Tenggara Roborock.

1. Roborock mengumumkan pengembangannya ke pasaran Asia Tenggara hanya pada tahun 2020. Pada pendapat anda, apakah yang menyumbang kepada kejayaan pantasnya dalam masa dua tahun sahaja?
Kami benar-benar berbangga dengan keupayaan kami untuk menawarkan teknologi vakum robot yang termaju kepada pengguna. Pengguna dimanjakan dengan pelbagai pilihan dari segi inovasi untuk telefon pintar dan gazet berkaitan telefon pintar. Namun, pembangunan inovasi dalam industri pembaikan rumah masih lembap. Oleh itu, kami merebut peluang untuk Roborock memanfaatkan ruang ini dan menyediakan teknologi yang bertujuan untuk memberikan kemudahan sebenar kepada pengguna. Malah, pada separuh pertama 2022, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Roborock meningkat 13.74% tahun-demi-tahun atau year-on-year (yoy) kepada Rmb226 juta (lebih kurang US$31.6 juta).
2. Bolehkan anda huraikan dengan lebih lanjut bagaimanakah Roborock berjaya menguasai pasaran vakum robot flagship model dalam masa yang singkat, terutamanya dengan cabaran yang tertimbul akibat wabak Covid-19?
Memandangkan usaha berterusan untuk mewujudkan persekitaran isi rumah yang berkualiti tinggi, terutamanya dalam dunia yang serba pantas ini, kini terdapat trend di mana pengguna lebih suka menggunakan robot untuk kerja rumah supaya mereka dapat meluangkan masa untuk perkara lain yang lebih penting, seperti masa berkualiti dengan keluarga dan orang tersayang. Trend ini berleluasa semasa wabak Covid-19 dalam dua tahun lalu kerana majoriti penduduk di seluruh dunia terkurung di rumah akibat sekatan pergerakan. Tanggungjawab kerja rumah – seperti kerja pembersihan – menjadi tidak jelas, malah menjadi punca ketegangan bagi pasangan dan keluarga yang tinggal bersama.
Roborock menerajui usaha untuk meningkatkan pendedahan dan penerimaan vakum robot di kalangan orang ramai dengan tawaran produk premium inovatif yang menggunakan teknologi termaju untuk mewujudkan persekitaran isi rumah yang lebih bersih sambil menyampaikan pengalaman pembersihan bebas tangan – sesuatu yang memerlukan interaksi manual yang sangat minimum daripada pengguna. Dengan ini, Roborock, sebagai syarikat vakum robot terkemuka, telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini.
3. Apakah strategi yang telah anda gunakan?
Matlamat Roborock adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian dan kesejahteraan pengguna di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan platform beli-belah dalam talian teratas China Tmall.com dan JD.com, untuk melancarkan kempen Super Brand Day. Begitu juga untuk pasaran Asia Tenggara utama kami, termasuk Malaysia, Singapura dan Thailand – kami bekerjasama rapat dengan Shopee dan Lazada dalam usaha meningkatkan kesedaran produk berteknologi tinggi kami yang popular kepada kumpulan pengguna yang lebih luas. Melalui platform-platform ini kami juga dapat meningkatkan kredibiliti jenama Roborock dan meluaskan pendedahan pengguna terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.
Selain itu, kami juga memperkukuhkan usaha pemasaran kami di seluruh pasaran Asia Tenggara – mewujudkan kempen pemasaran setempat dari segi jangkauan digital dan pengaruh (influencer) untuk setiap pasaran untuk mengembangkan jangkauan kami kepada khalayak sasaran yang betul.
4. Bagaimanakah produk flagship anda berbeza daripada pesaing?
Pada Mac 2022, Roborock melancarkan siri vakum robot mewah G10S dan S7 MaxV dengan sistem algoritma ditingkatkan RR mason 9.0 – ini membolehkan pengelakan halangan dan perancangan laluan yang lebih tepat. Siri ini juga menampilkan teknologi getaran sonik VibraRise® pertama dalam industri yang menyental lantai sehingga 3,000 kali seminit serta integrasi dengan Cucian Mop Automatik, Antibakteria Automatik, Pengisian Semula Tangki Automatik, Pengumpulan Debu Automatik dan Kosongan Dok Automatik selain daripada komponen air dan pengeringan opsyenal. Dengan teknologi ini, siri ini telah meningkatkan kecekapan pembersihan dengan ketara, memberikan pengalaman pembersihan lantai bebas tangan yang dioptimumkan.


Untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna, kami juga bekerjasama dengan peneraju industri, seperti INEOS Styrolution. Pada bulan Mei tahun ini, kami bekerjasama dengan syarikat itu untuk menggabungkan ko-polimer acrylonitrile butadiene styrene (ABS) khususnya yang berjenama Novodur®. Ini membolehkan kami menghasilkan vakum robot yang cekap menyapu dan mengemop, serta penyental dwi tanpa wayar pintar untuk memberikan pengguna pengalaman pembersihan yang lebih tinggi.
5. Apakah aspirasi dan matlamat Roborock untuk pasaran tempatan dan apakah rancangan anda untuk mencapainya?
Selain meningkatkan kehadiran dalam talian kami, kami berharap dapat menyediakan pusat perkhidmatan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada kami. Dalam masa terdekat, kami berharap untuk mempunyai kedai utama jenama (flagship store) kami sendiri yang juga akan bertindak sebagai pusat perkhidmatan selepas jualan untuk pemberi pengguna kami pengalaman membeli-belah yang lebih menyeluruh.
Sementara itu, kami juga akan menganjurkan pelbagai acara jualan bersama-sama rakan kongsi beli-belah tempatan kami.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/35ab1197feb8ce3b043bd15a8ba2605c.png)
