Menabung atau menyimpan wang di bank merupakan amalan yang mulia dan sememangnya digalakkan. Ini kerana mempunyai simpanan adalah sangat penting untuk kestabilan kewangan kita. Simpanan ini mampu untuk membantu kita menghadapi perkara yang tidak dijangka dan memberi jaring keselamatan untuk masa hadapan.
MBSB Bank kini telah memberikan kita satu insentif untuk menabung – peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.
Kempen Akaun Simpanan-i/Semasa-i ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0’ kini berlangsung – dari 1 September 2022 sehingga ke 31 Mei 2023, dengan wang tunai dan ganjaran bernilai sehingga RM2.4 juta menanti para penabung yang bertuah.
MBSB Bank menganjurkan kempen ini berikutan kejayaan kempen pertama Simpan Berganda Menang Bergaya yang juga menawarkan wang tunai dan ganjaran-ganjaran hebat bernilai sehingga RM2.4 juta yang telah berakhir 31 May 2022.
Kempen Akaun Simpanan-i/Semasa-i ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0’ menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk pakej pelancongan Eropah, pakej Umrah, kereta mewah seperti Mercedes Benz A200, Mercedes Benz C200 dan Mercedes Benz GLC 300 AMG, ketulan emas, iPhone, konsol permainan, hadiah wang tunai dan pelbagai lagi.
Penyertaan terbuka kepada pelanggan individu dengan deposit minimum – RM100 untuk Akaun Simpanan PrimeWin-i dan RM1,000 bagi Akaun Semasa PrimeWin-i.
Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap dan bukan pemastautin.
Pelanggan MBSB Bank baharu dan sedia ada yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah layak, manakala pemegang akaun bersama (individu) di bawah umur 18 tahun tertakluk kepada akaun yang dikendalikan oleh pemegang amanah (ibu bapa atau penjaga yang sah).
Dengan hanya simpanan RM100, anda berpeluang memenangi hadiah bulanan seperti iPhone 13 (Cabutan Bulanan), wang tunai RM500 (Cabutan Kesetiaan dan Cabutan Simpanan Baru), RM500 e-dompet (Cabutan Digital).
Selain itu, Cabutan Simpanan Tinggi Serantau, Cabutan Istimewa, dan Cabutan Utama melibatkan tiga fasa – suku tahunan pertama dari 1 September ke 30 November 2022, suku tahunan kedua dari 1 Disember 2022 ke 28 Februari 2023, dan suku tahunan ketiga dari 1 Mac 2023 ke 31 Mei 2023.
Mereka yang layak di bawah kategori Penyimpan Tinggi Serantau akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dengan hanya mencapai peningkatan bersih minimum RM100,000.
Sementara itu, kelayakan bagi Cabutan Istimewa di bawah empat kategori berbeza iaitu anak muda 18 tahun ke bawah, kemasukan baru (19-35 tahun), wanita (25-55 tahun) dan senior (55 dan ke atas), mereka perlu mencapai baki purata bulanan minimum RM5,000 selama tiga bulan.
Bagi kategori bulanan, kesetiaan, simpanan baru dan digital, setiap baki purata bulan (BPB) RM100 akan berhak untuk mendapat satu unit kelayakan (UK). Manakala bagi kategori istimewa, setiap BPB RM5,000, akan mendapat satu UK. Kategori utama pula, setiap BPB RM10,000 akan mendapat satu UK. Tingkatkan deposit anda untuk meningkatkan peluang anda untuk menang.
Bukan pemegang akaun MBSB Bank lagi? Pembukaan akaun dalam talian mudah bagi Akaun Simpanan PrimeWin-i dan Akaun Semasa PrimeWin-i melalui M FAST Online, atau kunjungi mana-mana 47 cawangan Bank MBSB di Malaysia.
Kempen CASA-i Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 ini dianjurkan di bawah konsep syariah Tawarruq.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web MBSB Bank kempen CASA-i Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0.
