Kesan gout boleh menyebabkan kesakitan dan perasaan yang tidak menyenangkan kerana pergerakan seseorang individu akan terbatas. Gout juga akan menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna. Jadi, untuk mengelakkan komplikasi ini, kita perlulah menjaga kesihatan dengan baik dari awal.
Punca utama gout ialah hiperurisemia ataupun lebihan kandungan asid urik. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan kandungan asid urik secara berlebihan hingga ke tahap yang membimbangkan antaranya adalah kerana buah pinggang tidak membuang asid urik dengan berkesan atau cara pemakanan yang tidak sihat.
Masalah Saluran Kencing dan Gout
Gout ialah sejenis arthritis berpunca daripada pengkristalan asid urik yang terkumpul di sendi, selalunya di sekitar siku, lutut, atau tangan. Serangan gout boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan ia memerlukan rawatan daripada doktor.
Selain itu, kristal asid urik juga boleh berada dalam saluran kencing dan ini membentuk batu karang asid urik. Batu-batu ini akan menyebabkan kesakitan apabila keadaan menjadi teruk kerana ia menghalang saluran kencing daripada mengeluarkan bahan buangan serta ia boleh menyebabkan jangkitan.
Mencegah lebih baik dari mengubati!
Mencegah lebih baik daripada merawat. Pastikan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini dapat membantu mengesan kandungan asid urik yang tidak normal dari awal. Masih belum terlambat bagi anda untuk mencegahnya. Jika anda mempunyai simptom-simptom gout, anda perlu berjumpa dengan pengamal kesihatan dengan segera bagi mengesahkan diagnosis dan memulakan rawatan.
Bagi pesakit gout, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pengamal perubatan anda terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat yang boleh membantu mengurangkan kandungan asid urik.

Ural, pengalkali air kencing yang berkesan untuk gout!
Ural ialah pengalkali air kencing berperisa lemon tanpa gula yang mudah diminum. Setiap paket Ural mengandungi 4g serbuk berbuih yang akan larut dalam air sejuk¹. Kandungan sodium bikarbonat dan sodium sitrat dalam Ural akan bantu meningkatkan nilai pH air kencing menjadikan air kencing lebih beralkali dan menggalakkan pelarutan asid urik yang berlebihan serta mencegah pengkristalan asid urik dalam terapi gout¹.
Ural membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, pengalkali air kencing yang berkesan!
Bantu kurangkan paras asid urik anda dengan Ural hari ini! Ia boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Ural di www.uralpromo.my.

Ini adalah iklan ubat.
Rujukan:
Ural® Malaysia PI. April 2022.
KKLIU 3541/2022 (exp: 31 December 2024)
