NTW 2024 ialah minggu latihan percuma untuk rakyat Malaysia yang berjalan serentak di seluruh negara dari 24 hingga 30 Jun. Inisiatif KESUMA dan HRD Corp ini menawarkan lebih 60,000 kursus latihan percuma dan menyasarkan 200,000 penyertaan. Selain kursus latihan, HRD Corp bersama rakan kolaborasi juga akan mengadakan lebih 700 aktiviti pembelajaran di seluruh negara.

Mencetus Inovasi dan Kreativiti
NTW 2024 akan melabuhkan tirai dengan aktiviti pembelajaran sebanyak dua hari menerusi Majlis Kemuncak dan Perayaan Pembelajaran NTW 2024 akan bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 dan 30 June 2024. Majlis Kemuncak ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Acara ini akan menyediakan peluang unik untuk anda menyertai pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk pembangunan peribadi yang berterusan.
Antaranya termasuk:
Pancasains dari Petrosains: Libatkan diri dan sekeluarga dalam pengalaman sains dan teknologi yang menarik dan interaktif.
‘EV Experience’ oleh Proton: Jelajahi teknologi kenderaan elektrik dalam industri automotif Malaysia.

Klinik Sukan: Dapatkan nasihat daripada pakar sukan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan anda.
Pertandingan Lego: Tunjukkan kreativiti anda dalam membina dan mencipta Lego yang ikonik.
Pameran Buku dari Bookxcess: Terokai dunia ilmu pengetahuan dan sastera melalui koleksi buku yang pelbagai.
Pameran Robotik: Alami kemahiran masa hadapan dengan teknologi inovatif robotik yang menarik
Karnival Kerjaya MYFUTUREJOBS : Dianjurkan oleh PERKESO, karnival kerjaya ini bakal menampilkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan daripada 100 majikan ternama seperti Prasarana, Proton, Air Selangor, Institut Jantung Negara dan banyak lagi.
Kelas Musik: Serlahkan bakat dan kreativiti anda bersama sesi demonstrasi dengan Yamaha.
Meningkatkan Kecerdasan Minda dan Fizikal
Majlis Penutup ini akan dimeriahkan dengan larian pembelajaran Learn-a-Thon yang bakal disertai lebih 4,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang. Uniknya larian ini terletak di pit stop yang membolehkan peserta belajar sambil berlari dengan pelbagai maklumat menarik.

Selain itu, acara dua hari itu juga akan memaparkan lebih daripada 60 kelas latihan untuk hampir 2,000 peserta, yang memaparkan perkongsian dalam pelbagai bidang, merangkumi lima (5) teras utama NTW iaitu Kemahiran Hidup, Kemahiran Masa Depan, Kreativiti dan Inovasi, Kemahiran Kewangan dan Pembangunan Mampan.
Antara sesi kelas latihan menarik termasuk perkongsian dari doktor dan pempengaruh terkenal Dr Malar yang akan menceritakan tentang cara terbaik mengimbangi kehidupan dan pekerjaan, Aunty HR@ Professional BImbo yang akan berkongsi tentang cuti cuti dan hak pekerja dan juga Dr Onn Akbar yang akan membincangkan cara cara menjaga kesihatan dengan baik.

Selebriti terkenal tanah air Fizo Omar juga akan berkongsi pengalaman beliau dalam bidang keusahawan manakala Faizdickie akan mengadakan latihan tentang bagaimana menjadi pembuat kandungan media sosial yang tulen. Dr Soo Winci turut serta untuk berkongsi pengalaman beliau yang bermula sebagai ratu cantik dan kini bergelar profesor yang cemerlang dalam bidang akademik.
Kesemua sesi ini adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Semua dijemput hadir di Parkir B, Stadium Bukit Jalil bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.
Untuk menyertai kelas latihan rakyat Malaysia boleh melayari www.nationaltrainingweek.gov.my untuk mendaftar.
Jumpa di sana!
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].
