Setiap orang tentunya mempunyai impian untuk memiliki kediaman idaman yang bukan sahaja menepati citarasa tetapi juga mempunyai fasiliti terbaik, nilai estetik dan reka ruang yang praktikal.
Namun untuk memilikinya, sesetengah daripada kita perlu mengorbankan gaya hidup yang mungkin melibatkan pengurangan aktiviti sosial, percutian, atau rekreasi yang dinikmati dalam kehidupan seharian. Tentu ini akan menjadi pilihan yang agak sukar.
Jangan risau, di Irama Sendayan 2, anda boleh memiliki kedua-duanya!
Mulai 19 June hingga 18 September 2024, jika anda membeli sebuah unit dari Irama Sendayan 2, anda akan menerima pakej gaya hidup secara percuma* (tertakluk kepada terma dan syarat)*

Kempen yang dikenali sebagai "Living the Dream, Loving the Lifestyle" direka untuk memaparkan manfaat memiliki rumah sambil mengekalkan gaya hidup yang diidamkan. Antara pakej percuma ialah:
‘Wellness Oasis’ - Urutan Aromaterapi Thai & Penginapan Spa
Perlancongan - Baucar Penerbangan
‘Gourmet & Glamor’ - Pengalaman Menonton Filem (Getha Lux Suite) & Bersantap di restoran mewah (Le Petite Chef)
‘Leisure Luxe’ - Baucar Elektrikal & Perabot, Keahlian Kelab
Nikmati ruang harmoni dan kemudahan gaya hidup moden
Tidak kira sama ada anda pembeli rumah kali pertama, rumah kedua atau mencari hartanah pelaburan, pasaran perumahan yang berkembang di Seremban ternyata boleh memberi banyak potensi.
Bagi sesiapa yang masih mencari kediaman impian, anda boleh menerokai pilihan menarik di Irama Sendayan 2 yang terletak di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan. Projek yang diusahakan oleh Matrix Concepts bakal menjadi mercu tanda yang cemerlang di Seremban.
Rumah Teres Dua Tingkat

Dijangka siap sepenuhnya pada 2026, Irama Sendayan 2 ialah hartanah hak milik kekal dengan saiz unit berlingkungan 2,142 hingga 2,311 kaki persegi dengan saiz lot 20'x70' — pinjaman bank daripada RM 530,999. Unit-unit yang ditawarkan juga akan dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, semestinya cukup sempurna untuk memenuhi keperluan gaya hidup para penghuni yang berbeza.
Dibina dengan konsep pelan lantai terbuka
Susun atur kediaman di Irama Sendayan 2 direka dengan halangan dinding yang minima, ini meningkatkan aspek pencahayaan dan memudahkan pergerakan dalam rumah serta urusan tuan rumah melayan tetamu.
Setiap unit dilengkapi dengan halaman bersaiz 4 kaki atau 9 kaki yang bebas dijadikan sebagai apa-apa sahaja yang anda idamkan. Sama ada anda ingin meluaskan ruang dapur bagi memudahkan kerja memasak atau mewujudkan ruang tersebut sebagai taman peribadi, pilihannya di tangan anda.
Perkhidmatan asas bermutu

Selain lokasinya yang strategik, Irama Sendayan 2 mempunyai akses ke pelbagai kemudahan di sekitarnya – yang tidak lama akan mendorong lonjakan nilai hartanah di kawasan ini.
Dari sekolah tersohor hingga restoran hidangan lazat, klinik bereputasi, bank ternama, dan hab-hab komersial yang baru, segala aspek keperluan kehidupan anda dapat dipenuhi.
Terletak berdekatan juga ialah d’Tempat Country Club, kelab mesra keluarga yang terbesar di Seremban dengan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan asas yang menyeluruh. Kelab yang dibina di atas 6.33 ekar landskap menghijau ini merupakan tempat yang sesuai untuk berekreasi dan beristirehat, justeru sangat ideal untuk pengunjung menikmati kemudahan ala resort.
Malah, perbandaran ini menawarkan jalinan pantas ke destinasi utama seperti Bandar Sri Sendayan, bandar Seremban, Bandar Enstek, Nilai, Port Dickson dan juga KLIA yang jaraknya hanya lebih 30km.
Pelbagai jenis fasiliti

Terdapat pelbagai fasiliti taman bagi tujuan berekreasi dan bersantai dengan ahli keluarga. Fasiliti yang tersedia termasuklah taman permainan, gazebo, gelanggang badminton serta gim terbuka. Dengan adanya fasiliti di atas, kehidupan harian dalam kejiranan anda ibarat satu pengalaman yang menyeronokkan.
Anda juga tidak perlu bimbang tentang soal keselamatan di Irama Sendayan 2, kerana kawasan perumahan ini dikelilingi pagar anti panjat (Hi-Sac Fencing) dan komuniti berpengawal yang akan memastikan anda dan orang tersayang sentiasa selamat.
Dengan segala kemudahan yang dibangunkan tidak syak lagi Irama Sendayan 2 adalah sebuah kediaman impian yang bakal menjadi idaman setiap keluarga.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.iramasendayan2lifestyle.com/bc/. Rumah idaman anda menanti!
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected].
