MCA: tunduk atau tidak tunduk?
Apabila akhbar pro-kerajaan ( Berita Harian , 30 Nov) menyiarkan di muka depannya pendirian rasmi Majlis Tertinggi Umno dengan tajuk: Pecat dua Adun MCA , hati kecil penulis pun berbisik, susahlah MCA kali ini!
Mengikut laporan itu, Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan Umno mahu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Pulau Pinang - Lim Boo Chang (BN-Datuk Keramat) dan Tan Cheng Liang (BN-Jawi) dipecat kerana tidak menyokong keputusan Barisan Nasional (BN) negeri menolak usul pembangkang supaya projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1.02 bilion ditangguhkan.
Ini sudah barang tentu kemahuan Gerakan yang lebih awal lagi telah disuarakan oleh Presidennya, Dr Lim Keng Yaik. Maklumlah, kepada Gerakan, Lim dianggap "pengkhianat" yang "belot" ke MCA setelah memenangi kerusi Datuk Keramat atas tiket Gerakan, dalam pilihanraya umum lalu. Dan sejak itu, hubungan Gerakan-MCA boleh diibaratkan sebagai "sekatil tapi tak semimpi".
Dalam laporan yang sama, Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik dipetik sebagai berkata:
Majlis Presiden MCA akan membincangkan isu itu;
beliau tidak akan berbincang dengan Dr Lim Keng Yaik kerana ia adalah hal-ehwal MCA;
dan beliau telah jumpa Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), dan mereka tidak mahu membincangkan semua perkara itu melalui media massa.
Laporan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja, seolah-olah cuba mengadudombakan Dr Mahathir dengan Liong Sik dan Pak Lah. Tidaklah hairan Liong Sik tidak mengambil berat pandangan Keng Yaik, dan enggan berbincang dengannya atas alasan "ia adalah hal ehwal MCA".
Mengikut logik ini, pendirian rasmi Umno yang mahukan dua Adun MCA dipecat juga boleh diinterpretasikan sebagai cuba campurtangan dalam "hal-ehwal MCA"!

Perlembagaan parti
Kalau Pak Lah sudah setuju dengan Liong Sik bahawa kes itu tidak sesuai dibincangkan melalui media massa, ia juga merupakan kritikan terhadap Keng Yaik bahkan Dr Mahathir yang mendesak secara terbuka agar dua Adun MCA itu dipecat sebelum dibincangkan oleh Majlis Presiden MCA atau di peringkat BN.
Majlis Presiden MCA bermesyuarat pada 3 Dis dan keputusannya ialah merujuk kes Adun terbabit kepada Jawatankuasa Disiplin sepertimana dalam peraturan perlembagaan parti itu.
Majlis Presiden berharap Jawatankuasa Disiplin mengemukakan hasil siasatan serta cadangan tindakan terhadap kedua-dua Adun terbabit secepat mungkin. Dan Majlis Presiden pula akan mengambil keputusan muktamad berdasarkan kepada syor Jawatankuasa Disiplin.
Setakat ini, masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada MCA sudah tunduk atau belum, kepada tekanan Gerakan-Umno. Tetapi dari berita-berita yang disebarkan oleh punca-punca yang rapat dengan MCA, ternyata wujud sentimen tidak puas hati di kalangan MCA terhadap campurtangan Gerakan-Umno yang dianggap keterlaluan itu.
Tentang kes duluan (precedent) yang dinyatakan oleh Keng Yaik di mana pengerusi sementara Gerakan Sabah, Datuk Kong Hong Ming dipecat apabila bersikap berkecuali ketika pembentangan pindaan lima rang undang-undang negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 17 Jun 1996, ia dipertikaikan oleh pihak MCA kerana ianya membabitkan dasar penting BN.
Sebaliknya, MCA memberi kes duluan (precedent) yang lain di mana beberapa Adun Umno tidak mengambil pendirian menentang Rang Undang-Undang Syariah (Hudud dan Qisas) PAS yang dibentangkan di DUN Kelantan dan DUN Terengganu, walaupun ia berkaitan dengan dasar BN yang penting.
Membela diri
Walhal, dalam kes Lim dan Tan, usul DAP hanya meminta kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan PORR yang perlu bayar tol, bukan meminta ianya dibatalkan terus, sehingga projek Lebuh Raya Jelutong (JE) yang tidak perlu bayar tol, yang bernilai RM400 juta siap dibina.
Malah, kedua-dua Adun MCA itu mengaku tindakan mereka dibuat atas kehendak rakyat di kawasan yang mereka wakili - satu alasan yang selaras dengan lunas-lunas demokrasi, di mana kepentingan pengundi/rakyat tempatan harus diutamakan daripada kepentingan parti.
Oleh itu, sekalipun mereka melanggar disiplin parti, ianya tidak wajar dianggap sebagai kesalahan yang begitu serius sehingga mereka dipecat, seperti kehendak Gerakan dan Umno, tanpa diberi peluang untuk membela diri!
Lantaran itu, menurut, punca-punca yang boleh dipercayai, ada antara ahli Jawatankuasa Disiplin MCA yang berpendapat bahawa memadailah jika keahlian Adun terbabit digantung selama tiga hingga enam bulan.
Jika inilah keputusan yang bakal diambil oleh Jawatankuasa Disiplin, dan ianya diperkenankan oleh Majlis Presiden, maka mengikut peraturan perlembagaan MCA, ia adalah keputusan muktamad.
"Muktamad" bermakna tiada mana-mana pihak, termasuk mahkamah dan tentunya BN dapat mencabarnya atau mengubahnya. Jika itulah yang bakal terjadi, dapatkah Gerakan, Umno, khasnya Dr Mahathir menjilat kembali apa yang telah diludahkan?
Pendirian MCA
Jika apa yang telah diludah pantang dijilat kembali, maka apakah yang dapat Gerakan-Umno buat? Bolehkah Dr Mahathir, selaku pengerusi BN, terus memecatkan kedua-dua Adun tersebut tanpa menghiraukan pendirian MCA? Dan jika MCA tidak mahu tunduk, apakah parti itu juga mungkin dipecat dari BN?
Memandangkan tiada mana-mana parti komponen, atau pemimpinnya yang berani mengingkari kemahuan Dr Mahathir, rela atau tidak rela, apakah Jawatankuasa Disiplin MCA terpaksa 'memancung' Lim dan Tan sepertimana yang dikehendaki pengerusi BN itu?
Jika demikian halnya, maka Liong Sik dan MCA tentu dianggap sebagai "pengecut" dan "kaki bodek" dan tentunya sukar hendak menghadapi masyarakat Cina yang didakwa diwakili parti itu!
Nampaknya, kes dua Adun ini telah meletakkan MCA dan BN dalam keadaan serba salah. Bak kata pepatah: Ditelan mati bapa, diluah mati emak!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.