Siapakah sasaran baru Amerika selepas Iraq?
Perang ke atas Iraq dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan dan sekutunya secara unilateral selepas Saddan Hussein tidak mengendahkan kepada Presiden Bush supaya meninggalkan negaranya sebelum jam 9.15 pagi Khamis 20 Mac 2003.
Awal-awal lagi Saddam Hussein telah menegaskan beliau rela mati di bumi Iraq daripada hidup dalam buangan.
Tindakan bermaharajalela AS dan sekutu-sekutunya tanpa direstui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, memperlihatkan sifat agresif, keangkuhan, kebiadaban dan kezaliman AS sebagai kuasa besar tunggal dunia.
Tindakan Washington itu tidak sah di sisi undang-undang kerana mengingkari Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Tidak dapat dinafikan bahawa Iraq adalah sebuah negara anggota PBB yang berdaulat. Tanpa persetujuan badan dunia itu, tiada mana-mana negara, termasuk AS dan sekutu-sekutunya, berhak untuk mencerobohi bumi Iraq untuk menggulingkan rejim Saddam.
Perang ke atas Iraq dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan dan sekutunya secara unilateral selepas Saddan Hussein tidak mengendahkan kepada Presiden Bush supaya meninggalkan negaranya sebelum jam 9.15 pagi Khamis 20 Mac 2003.
Awal-awal lagi Saddam Hussein telah menegaskan beliau rela mati di bumi Iraq daripada hidup dalam buangan.
Tindakan bermaharajalela AS dan sekutu-sekutunya tanpa direstui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, memperlihatkan sifat agresif, keangkuhan, kebiadaban dan kezaliman AS sebagai kuasa besar tunggal dunia.
Tindakan Washington itu tidak sah di sisi undang-undang kerana mengingkari Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Tidak dapat dinafikan bahawa Iraq adalah sebuah negara anggota PBB yang berdaulat. Tanpa persetujuan badan dunia itu, tiada mana-mana negara, termasuk AS dan sekutu-sekutunya, berhak untuk mencerobohi bumi Iraq untuk menggulingkan rejim Saddam.
Serangan ke atas Iraq itu mendedahkan kepalsuan corak demokrasi yang digembar-gemburkan oleh AS, kerana kuasa besar tunggal dunia itu sendiri tidak mahu patuh kepada prinsip demokrasi dalam proses membuat keputusan, jika ia tidak akan menguntungkannya.
Sokongan undi
Dalam Majlis Keselamatan PBB, misalnya, AS dan sekutunya mula-mula ingin memaksa badan dunia itu meluluskan resolusi kedua supaya mereka dapat menyerang Iraq untuk menggulingkan rejim Saddam.
Tetapi apabila menyedari mereka gagal mendapat sembilan undi sokongan yang diperlukan dan juga gagal memujuk Perancis dan Rusia supaya tidak menggunakan kuasa veto, maka mereka mengetepikan majlis itu dan bertindak secara unilateral.
Demikian juga dengan pasukan pemeriksaan senjata PBB yang diketuai Hans Blix, dan pasukan Pemeriksa Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang diketuai Mohamed ElBaradei. Kedua-dua badan itu diamanahkan untuk memeriksa senjata pemusnah besar-besaran (WMD) Iraq.
Pada mulanya AS dan sekutunya ingin memperalatkan kedua-dua badan tersebut untuk mencapai tujuan mereka untuk menyerang Iraq dan menggulingkan Saddam. Tetapi apabila kedua-duanya mendapat kerjasama Saddam yang lebih memuaskan dan kerja pemeriksaan berjalan lancar, AS dan sekutu-sekutunya sama sekali tidak menghargainya.
Malah pada 16 Mac, AS, Britain dan Sepanyol telah mengadakan sidang kemuncak tergempar kem properang dalam Majlis Keselamatan, disusuli dengan kata dua yang diumumkan oleh Presiden Bush pada 18 Mac, yang diberi tempoh 48 jam untuk Saddam dan dua anaknya meninggalkan Iraq.
Jika tidak, serangan bersenjata akan dilancarkan AS dan sekutu-sekutunya pada masa yang mereka pilih.
Majlis Keselamatan
Menjelang sidang kemuncak tergempar tersebut, Perancis, Jerman dan Rusia telah melakukan usaha terakhir untuk mengelak perang ke atas Iraq. Dalam satu perisytiharan bersama, ketiga-tiga anggota Majlis Keselamatan itu menegaskan "dalam keadaan sekarang, tidak ada satu sebab pun untuk mewajarkan pembatalan proses pemeriksaan demi penggunaan kekerasan".
Menurut perisytiharan bersama itu lagi: "Perlucutan senjata Iraq sudah bermula, segala tanda menunjukkan proses itu boleh diselesaikan dengan cepat mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan."
Oleh itu, mereka mencadangkan agar menteri luar 15 anggota Majlis Keselamatan bersidang selepas laporan ketua pemeriksa senjata PBB pada 18 Mac lalu untuk "meluluskan tugas perlucutan senjata yang diberi keutamaan dan untuk memutuskan jadual pelaksanaan yang ketat tetapi realistik."
Berasaskan latar belakang tersebut, ternyata hasrat sebenar AS dan sekutunya bukan mahu melucutkan senjata pemusnah besar-besaran milik Iraq, tetapi untuk menggulingkan rejim Saddam agar mereka dapat menguasai rantau timur tengah yang strategik dengan kepentingan sumber minyaknya.
Justeru itu, sungguhpun kedua-dua badan pemeriksa senjata PBB telah berhasil dalam misi mereka, sebaliknya AS dan sekutunya, mengeluarkan kata-dua kepada Saddam dan anak-anaknya dan memaksa kedua-dua badan pemeriksa senjata PBB itu menghentikan kerja mereka dan meninggalkan Iraq.
Dalam hal ini, Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah dibidas kerana gagal menyekat AS dan sekutunya daripada mencerobohi Iraq, sebaliknya mengarah agar kakitangan PBB meninggalkan Iraq.
Keadilan
Tujuan melucutkan senjata pemusnah besar-besaran Iraq adalah kerana senjata terbabit merupakan ancaman kepada keamanan serantau dan dunia.
Jika AS dan sekutunya gagal membuktikan kewujudannya, dan pasukan pemeriksa senjata PBB juga belum dapat membuat kesimpulan sama ada Iraq benar-benar memiliki senjata tersebut, macam mana Iraq boleh diserang?
Dengan berlakunya perang itu, maka keamanan Iraq dan serantau sekitarnya, bukan saja diancam, tetapi 'dihancurleburkan' oleh kira-kira 280,000 anggota tentera dan senjata canggih AS dan sekutunya, termasuk 1,000 pesawat perang dan 3,000 bom panduan satelit yang digugurkan secara "menggempar-dan-menggerunkan" (shock and awe). Di manakah keadilan dan rasionalnya?
Perang Iraq telah didahului dengan serangan pada 20 Mac, yang bermatlamat untuk membunuh Saddam dan menteri-menteri kanannya yang mengikut maklumat, sedang bermesyuarat dalam satu bangunan yang telah dikenalpasti oleh badan perisik AS.
Namun, serangan mendadak itu telah gagal mencapai matlamatnya. Saddam masih hidup dan rejimnya masih aktif memimpin perang yang dilancarkan oleh AS dan sekutunya.
Nada propaganda AS dan sekutu-sekutunya telah berubah, seperti apa yang sering disebut oleh Jeneral Tommy Frank bahawa tidak penting sama ada Saddam dibunuh atau tidak. Yang pasti ialah rejimnya harus digulingkan.
Kemenangan
Setelah gagal untuk membunuh Saddam, AS dan sekutunya pun memulai operasi menggempar-dan-menggerunkan' dengan melancarkan serangan udara bertubi-tubi ke atas Baghdad. Ratusan bom pandu telah digugurkan, tetapi masih gagal menundukkan rejim Saddam.
Kemaraan tentera ke Baghdad juga tidak semudah sepertimana yang dianggap sebelum ini. Tentera AS dan sekutunya ditentang sengit di Umm Qasr, Basra, Nasiriyah dan Najaf di Selatan Iraq, mengakibatkan sejumlah tentera AS dan sekutunya berkorban atau ditawan.
Nampaknya taktik gerila telah diamalkan untuk menyerang hendap tentera penceroboh pada bila-bila masa di mana-mana saja.
Penentangan utama di Baghdad bila tentera penceroboh masuk tentu lebih hebat lagi. Strategi Iraq nampaknya ialah untuk memanjangkan tempoh peperangan supaya tentera AS dan sekutunya terkorban seramai mungkin. Dengan ini mereka akan menerima tekanan lebih besar daripada rakyat yang anti-perang di seluruh dunia, termasuk rakyat AS dan negara sekutunya.
Sekarang Bush, Tony Blair dan pemimpin lain AS dan sekutu-sekutunya tidak berani bercakap mengenai kemenangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menekankan bahawa ia mungkin sesuatu perang yang menyukarkan dan memakan masa yang agak panjang.
Sepertimana amaran Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Richard Myers baru-baru ini: "Adalah silap sekiranya ada yang menganggap perang ini akan berlaku dengan cepat dan mudah."
Namun, ini memang anggaran AS dan sekutunya sebelum pencerobohan ke atas Iraq dimulakan. Malah, sikap optimistik ini telah menyebabkan kenaikan harga saham di bursa saham penting Barat sebelum bermulanya perang Iraq.
Tindak balas
Tentang senjata pemusnah besar-besaran, Iraq masih berkeras bahawa ia tidak wujud. Kedua-dua badan pemeriksa sanjata PBB juga belum dapat membuktikan kewujudannya. Jika AS dan Britain begitu pasti tentang kewujudannya, mengapa mereka tidak membantu pasukan pemeriksa PBB untuk mengenalpastikan jenis, jumlah dan tempat simpanannya!
Selepas itu, AS dan Britain boleh mengenakan tekanan melalui PBB agar senjata itu dimusnahkan mengikut keutamaan, jadual dan cara yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan sepertimana yang dicadangkan oleh Perancis, Jerman dan Rusia?
Apa akan jadi sekiranya Iraq bertindak balas dengan menggunakan senjata pemusnahnya (seandainya Iraq memilikinya sepertimana didakwa oleh AS dan sekutunya) kerana diserang? Hans Blix berpendapat Iraq tidak akan menggunakan senjata pemusnah tersebut sekalipun ia memilikinya kerana tidak mahu terdedah penipuannya.
Jika begitu, di manakah ancamannya sehinggakan permintaan kedua-dua badan pemeriksa senjata itu supaya diberi sedikit lagi masa (satu hingga tiga bulan) untuk mengenalpasti dan melucutkannya, sedangkan sebelum ini semua pihak sanggup bersabar selama 12 tahun?
Selepas hampir seminggu Iraq diserang, telah tersebar berita yang pihak AS telah menemui kilang membuat senjata pemusnah. Bagaimanapun, sehingga ini, ia masih belum disahkan oleh pihak berkuasa terbabit.
Dalam keadaan ini, tidakkah telah terdedah bahawa ancaman senjata pemusnah Iraq yang telah dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan ketenteraan diambil, ternyata sengaja diperbesar-besarkan oleh AS dan sekutunya.
Sasaran baru
Bagaimanapun, perang ke atas Iraq telah dilancarkan, dan sehingga kini ratusan nyawa terkorban dan ribuan lagi akan turut terkorban jika perang tidak dihentikan segera. Di Basra umpamanya, penduduknya kini menghadapi kekurangan bekalan air dan makanan.
Perang Iraq adalah perang yang tidak seimbang dari segi kekuatannya. Persoalannya sekarang ialah: Jika Iraq boleh diserang dan rejim Saddam digulingkan sewenang-wenangnya tanpa direstui PBB, negara mana pula yang akan diserang selepas ini, dan rejim mana pula yang akan digulingkan AS dan sekutunya? Korea Utara? Iran?
Jika AS dan sekutunya dibiarkan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ketenteraan secara unilateral, maka PBB akan menjadi tidak relevan lagi kepada negara anggota yang sepatut dilindunginya?
Ia bermakna badan antarabangsa lain seperti Kesatuan Eropah (EU), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) juga tidak relevan lagi, kerana pandangan mereka langsung tidak dihiraukan oleh kuasa besar yang agresif, angkuh, biadab dan zalim itu?
Selepas peristiwa 11 Sept, Rejim Bush sering menekankan bahawa keamanan AS terancam oleh gerakan keganasan/pengganas antarabangsa. Malah, antara alasan Iraq diserang ialah kerana Saddam dituduh ada kaitan dengan al-Qaeda, walaupun sehingga ini, ia belum dapat dibuktikan lagi.
Tidak dapat dinafikan bahawa pencerobohan AS dan sekutunya terhadap Iraq tanpa direstui PBB tentu akan menyebabkan kekecewaan, kemarahan, malah dendam rakyat dunia yang cintakan aman umumnya dan umat Islam di seluruh dunia khasnya.
Kroni AS
Sudah pasti badan keganasan/pengganas yang sedia ada akan mengeksploitasi peluang dan emosi yang meruap-ruap ini untuk melakukan lebih banyak lagi kejadian sepertimana 11 Sept atau pengeboman Bali, jika mereka masih mampu berbuat demikian.
Tidak hairanlah jika ada lebih ramai lagi pelampau Islam yang ingin sanggup menjadikan pengebom berani mati untuk melakukan keganasan. Jika ianya berlaku, siapakah yang harus dipersalahkan?
Yang lebih mengecewakan ialah Majlis Keselamatan PBB tidak langsung berikhtiar untuk menyekat pencerobohan AS dan sekutunya ke atas Iraq dapat disekat atau peperangan sekarang dihentikan segera.
Sebaliknya, apa yang dibincangkan sekarang ialah 'pembangunan semula' Iraq selepas perang tamat, seolah-olah pencerobohan terhadap Iraq telah diizinkan secara tidak langsung, walaupun ia mengingkari Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Mungkin inilah puncanya keangkuhan AS semakin menjadi-jadi kerana tiada pihak yang berani menentangnya. Yang sungguh memalukan ialah banyak bekas negara sosialis Eropah Timur dan Kesatuan Soviet, musuh ketat Imperialis AS, kini telah menjadi kroni AS.
Dan China yang berperang dan mengalahkan Imperialis AS bersama-sama rakyat Korea dalam Perang Korea dahulu, kini kecut dalam menyuarakan penentangannya terhadap pencerobohan AS terhadap Iraq. Di manakah 'Semangat Internasional' yang menunjangi Gerakan Komunisme Antarabangsa itu?


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.