Hari Pekerja dan ideologi sosialisme
Pada pagi Hari Pekerja tahun ini (2003), ketika membalik-balikkan majalah Siasah bulan Mei yang baru sampai, mata saya tertarik dengan foto Karl Marx dan Che Guevara di sebelah tajuk yang agak pelik - Milik siapa Hari Pekerja? - sumbangan Saudara Wan Hamidi. Setelah membaca sepintas lalu, saya rasa tulisan itu mungkin memulakan suatu polemik mengenai ideologi sosialsime.
Tatkala saya asyik memikirkan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Wan Hamidi, Dr Kua tiba, lalu mengajak saya bersama-samanya ke Dataran Merdeka untuk menyertai Perhimpunan Hari Pekerja sebagai tanda perpaduan dan sokongan kepada perjuangan kaum pekerja negara kita (mengikut Hamidi, perhimpunan seperti ini mungkin tidak kena-mengena dengan kaum pekerja).
Pada pagi Hari Pekerja tahun ini (2003), ketika membalik-balikkan majalah Siasah bulan Mei yang baru sampai, mata saya tertarik dengan foto Karl Marx dan Che Guevara di sebelah tajuk yang agak pelik - Milik siapa Hari Pekerja? - sumbangan Saudara Wan Hamidi. Setelah membaca sepintas lalu, saya rasa tulisan itu mungkin memulakan suatu polemik mengenai ideologi sosialsime.
Tatkala saya asyik memikirkan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Wan Hamidi, Dr Kua tiba, lalu mengajak saya bersama-samanya ke Dataran Merdeka untuk menyertai Perhimpunan Hari Pekerja sebagai tanda perpaduan dan sokongan kepada perjuangan kaum pekerja negara kita (mengikut Hamidi, perhimpunan seperti ini mungkin tidak kena-mengena dengan kaum pekerja).
Pada jam 1 petang, kami berkejar pula ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor untuk majlis pelancaran buku "
Berani Berjuang, Berani Menang
", mengenai kisah keganasan polis dan penderitaan pekerja mogok di Ladang Asahan dan Triang pada 1967.
Versi asal buku ini adalah dalam bahasa Cina. Selepas diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Yong Kai Ping, Chua Seong Khoon dan Lee Khai Loon, ia disunting oleh Fathi Aris Omar dan diterbitkan oleh Wasasa Enterprise.
Sebagai seorang aktivis yang terlibat dalam perjuangan pemogokan Ladang Bukit Asahan dan Ladang Triang 36 tahun dahulu, soalan "Milik Siapa Hari Pekerja" mempunyai makna yang tersendiri dari segi sejarah perjuangan kaum pekerja negara kita.
Pada tahun 60-an, menurut Kerajaan Perikatan, Hari Pekerja dirayakan oleh Parti Komunis Malaya dan mereka yang berfahaman kiri. Sebab itu, kaum pekerja tidak dibenarkan bercuti untuk merayakan hari mereka.
Peristiwa mogok
Lebih karut lagi ialah apabila pekerja yang mogok terpaksa berjalan kaki ke Kuala Lumpur untuk menghantar petisyen kepada Perdana Menteri masa itu, Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj, supaya mogok mereka yang sudah berlarutan itu dapat ditamatkan.
Tindakan mereka berjalan kaki itu, telah diputarbelitkan oleh pihak polis bahawa tujuan mereka ialah untuk menghadiri Perhimpunan Perayaan Hari Pekerja di Kuala Lumpur, dan dituduh tindakan mogok pekerja ladang itu telah diperalatkan oleh Parti Komunis!
Persoalan sama ada Parti Komunis dan mereka yang berfahaman kiri telah merampas dan memperalatkan Hari Pekerja, sepertimana yang dituduh oleh Kerajaan Perikatan ketika itu, atau mereka sebaliknya memperjuangkan Hari Pekerja demi kepentingan kaum pekerja, memang sesuatu yang sering diperdebatkan mengikut pendirian masing-masing.
Tetapi satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah di negara kita, Parti Komunis dan mereka yang berfahaman kirilah yang mula-mula sekali memperjuangkan hak kaum pekerja untuk merayakan hari mereka - Hari Pekerja.
Berbalik kepada tulisan Wan Hamidi, saya tidak begitu pasti golongan mana yang dicapkan sebagai "golongan kiri radikal atau anarkis" di negara kita, atau sama ada ia benar-benar wujud di negara kita.
Tetapi saya amat meragui hingga sekarang, masih wujud "propaganda asas sosialisme" seperti tuduhan beliau: "menjeritkan kebencian kepada modal, kemewahan, kemakmuran, kebebasan dan hak individu, dan apa-apa saja yang dilihat sebagai kontradiksi kepada imej buruh."
Teori pertentangan kelas
Apa yang dinamakan "propaganda asas sosialisme" tersebut sungguh menghairankan jika modal, kemewahan, kemakmuran, kebebasan dan hak individu, dan apa-apa yang dilihat sebagai kontradiksi kepada imej buruh, kesemuanya dibenci oleh asas sosialisme, tanpa dianalisa dalam konteks dan perspektif yang konkrit.
Maka seolah-olah apa yang diperjuangkan sosialisme ialah anti-modal, anti-kemewahan, anti-kemakmuran, anti-kebebasan dan anti-hak individu. Pendek kata, sosialisme hanya memperjuangkan "imej buruh" yang miskin, mundur, tertindas dan kehilangan kebebasan dan hak individu, supaya imej itu dikekalkan.
Sukar bagi saya untuk mempercayai bahawa di negara kita ada mana-mana golongan yang mengakui diri mereka sebagai penganut sosialisme, pernah menjeritkan "propaganda asas sosialisme" seperti tersebut di atas.
Saya juga kurang faham mengenai kritikan Wan Hamidi: "Walaupun teori pertentangan kelas telah lama dikuburkan oleh aktivis yang begitu trendy hari ini, acuannya masih dari sekolah lama Lenin, Stalin dan Mao."
Adakah Wan Hamidi cuba membidas kontradiksi-diri (self-contradicted) "aktivis trendy " (golongan kiri radikal atau anarkis?) yang dalam satu pihak "menguburkan teori pertentangan kelas", dan di pihak yang lain, masih mengikut "acuan sekolah lama Lenin, Stalin dan Mao" yang merupakan pemimpin besar teori pertentangan kelas?
Sungguhpun Wan Hamidi secara tidak langsung menyatakan beliau menolak teori pertentangan kelas, dan menyokong sistem kapitalisme, tetapi tanpa berselindung beliau memuji "pasaran bebas telah berjaya menaikkan taraf hidup pekerja sejak lebih seabad yang lalu" dan "pekerja di Barat lebih mewah dan bebas hidup mereka berbanding negara komunis atau negara yang dikongkong diktator".
Balutan baru
Pada masa yang sama, beliau juga mengejek penipuan sistem diktator kelas "yang memastikan pekerja bekerja tanpa insentif untuk memastikan parti komunis terus memegang tampuk pemerintahan dan syurga mereka adalah hidup dengan kepimpinan diktator yang menyatakan semua pekerja hidup mewah dan sejahtera berbanding pekerja di dunia Barat."
Di samping itu, beliau juga membidas "aktivis muda" dari Barat "yang penuh dengan sentimen sayangkan alam sekitar dan kemanusiaan". Kata beliau, selepas runtuhnya empayar Soviet Union dan runtuhnya Tembok Berlin, aktivis muda tersebut "dengan cepat melompat kembali kepada ideologi kuku besi yang lama itu.
Cumanya kali ini, ia dibungkus dengan balutan baru, sama ada atas nama politik alam sekitar, hak asasi, anti-kapitalisme atau feminisme"; dan sekaligus didera "impian komunisme", "sejak zaman Karl Marx kepada Mao Zedong, kepada Che Guevara dan kemudiannya masih menjadi harapan kepada habuk-habuk komunisme pengganas di Peru dan Nepal".
Menurut beliau lagi, "kegagalan memahami fitrah alam dan manusia menyebabkan ideologi sosialis masih dijaja, sebagaimana sesetengah ajaran agama moden yang dipenuhi dengan skandal penipuan kewangan, penderaan seks dan penyiksaan jiwa yang tetap mendapat sambutan pengikut baru walaupun ketuanya disahkan sebagai penipu besar."
Nampaknya Wan Hamidi adalah seorang anti-ideologi sosialis yang begitu gigih, sehingga ianya disamakan dengan sesetengah ajaran agama moden yang dipenuhi dengan skandal penipuan.
Mengenai perang Iraq, Wan Hamidi tidak mengutuk pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Iraq tanpa direstui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebaliknya mengkritik "puak radikal kiri" yang kononnya "terdedah bahawa apa yang disokong mereka selama ini bukannya rakyat Iraq yang tertindas tetapi Saddam Hussein."
Bukan milik pekerja
Mengikut logik tersebut, sesiapa yang menyokong rakyat Iraq harus menyokong Amerika dan sekutunya. Jika logik ini betul, bagaimanakah rakyat Iraq sekarang boleh meminta supaya AS meninggalkan Iraq?
Dimanakah logiknya rakyat Iraq yang telah "dibebaskan" sebaliknya hendak menghalaukan "pembebasnya"? Slogan rakyat Iraq yang menidakkan Saddam Hussein dan penceroboh AS pada masa yang sama, patut menjadi pedoman kita dalam perdebatan isu ini.
Berasaskan kritikan-kritikan tersebut, Wan Hamidi telah membuat kesimpulan bahawa Hari Pekerja bukan lagi milik pekerja. "Di sini, ia sekadar hari istimewa untuk anak muda yang tak ketahuan menjerit dan mamaki hamun. Di Barat pula, ia adalah peluang untuk mengamuk serta memecah dan merosakkan kedai, rumah, kereta dan harta orang lain."
Tambah beliau: "Hanya untuk lepaskan geram. Mengenai pekerja? Siapa peduli asalkan propaganda 'hak pekerja' terus dilaungkan. Lagipun kamera TV sentiasa mengekori aktivis-aktivis sedunia."
Dalam artikel terbabit, Wan Hamidi telah menggunakan kepincangan dan kegagalan sistem sosialis/komunis dalam penghujung abad yang lepas, terutama sekali runtuhnya empayar Soviet Union dan Tembok Berlin untuk membuktikan kehancuran "impian komunisme" yang cuma menjadi "igauan ngeri", dan sekaligus menolak ideologi sosialisme pada keseluruhannya, dan secara langsung atau tidak langsung, memuji dan menyokong sistem kapitalisme, juga pada seluruhannya.
Puak radikal kiri
Bertolak dari pendirian politik tersebut, beliau sekaligus membidas aktivis politik alam sekitar, hak asasi, anti-kapitalisme atau feminisme, termasuk aktivis apa yang dinamakan "puak radikal kiri" di sini dan Barat, yang telah "merampas" Hari Pekerja untuk melaungkan "hak pekerja" yang padahal tidak kena-mengena dengan kepentingan pekerja.
Artikel ini telah secara langsung mencabar gerakan pekerja negara kita, terutama mereka yang digelarkan sebagai aktivis "puak radikal kiri" yang menyambut Hari Pekerja bersama kaum pekerja di negara kita.
Benarkah mereka telah sesat dan menyesatkan gerakan pekerja negara kita dengan ideologi sosialisme yang telah hancur impiannya dan sudah lama menjadi "ingauan ngeri"?
Ini bukan satu cabaran yang mudah dijawab, tetapi juga tidak boleh tidak dijawab oleh pihak yang terbabit, kerana tuduhan Wan Hamidi memang terlalu pahit hendak ditelan oleh mana-mana penganut sosialisme, jika di negara kita, masih ada penganut ideologi sosialisme, baik di bidang gerakan pekerja atau dalam bidang politik, dan seterusnya aktivis politik alam sekitar, hak asasi, anti-kapitalime atau feminisme yang dibidas dengan sekaligus oleh Wan Hamidi seperti tersebut di atas secara ringkas.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.