Pembebasan Reformasi 6 dialu-alukan
I Jun 2003, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyusun konvoi berpuluh-puluh kereta dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh menuju ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping untuk mendesak supaya Reformasi 6 dibebaskan apabila tamat tempoh perintah tahanan dua tahun ke atas mereka.
Tempoh tahanan ke atas Mohd Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Hishamuddin Rais dan Saari Sungip tamat pada 1 Jun 2003 dan 12 Jun 2003 bagi Dr Badrulamin Bahron dan Lokman Adam.
Selain Ezam yang perlu menjalani hukuman
penjara
di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Tian Chua, Hishamuddin dan Saari patut dibebaskan sebelum 12 tengah malam 1 Jun 2003 jika Menteri Dalam Negeri tidak meneruskan perintah tahanan mereka.
Ini bermakna ahli keluarga dan penyokong tiga orang tahanan ISA tersebut berpeluang untuk menyambut pembebasan mereka dan membawa mereka balik ke rumah masing-masing.
Tujuan konvoi kereta GMI itu lumrah saja, mengikut lunas demokrasi dan keprihatinan serta atas peri kemanusiaan, bagi menyuarakan bantahan jika Reformasi 6 terus ditahan; dan jika mereka dibebaskan, dialu-alukan dan dibawa balik kepada keluarga besar reformasi.

Diperintah bersurai
Tetapi amatlah dikesali kerana perbuatan yang aman, wajar dan berperi kemanusiaan ini telah disabotaj oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Dua sekatan polis diadakan berdekatan Kem Tahanan Kamunting. Kereta dalam konvoi tersebut dilarang meneruskan perjalanan ke kem berkenaan.
Kami terpaksa berhenti di tepi jalan, kira-kira 3 km dari kem tersebut manakala ratusan orang telah berkumpul di situ untuk menunggu berita pembebasan tahanan reformasi. Bagi mengelakkan kebosanan menunggu, beberapa tokoh anti-ISA dijemput berucap. Segala-galanya berjalan dengan aman dan teratur.
Namun kira-kira jam 2 petang, FRU dikerah untuk
menyuraikan
perhimpunan aman tersebut, walaupun pemimpin GMI berulang-kali memberitahu pegawai polis berkenaan bahawa kami hanya ingin memastikan sama ada mereka akan dibebaskan pada hari ini atau tidak.
Namun, pegawai polis itu berkeras mengarahkan kami bersurai atau akan disuraikan dengan kekerasan oleh anggota FRU yang sedang berbaris tidak jauh dari tempat kami berhimpun. Kami terpaksa bersurai tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepada tahanan reformasi yang perintahan tahanan dua tahun mereka sudah tamat.
Sehingga jam 8 malam, petugas GMI baru mendapat tahu yang perintah tahanan ke atas Tian Chua, Hishamuddin dan Saari tidak akan diteruskan, tetapi hanya Saari seorang akan dibebaskan malam itu.
Tidak mesra rakyat
Tian Chua dan Hishamuddin akan dihantar ke penjara Taiping kerana mereka terlibat dalam beberapa kes mahkamah dan perlu diikatjamin sebelum dibebaskan. Nasib baik keluarga Saari dan beberapa pemimpin parti Keadilan dari Ipoh masih sempat kembali ke Kem Tahanan Kamunting untuk menyambut Saari .
Saya tidak faham kenapa berita baik mengenai pembebasan mereka itu tidak boleh disampaikan kepada keluarga dan para penyokong yang bersusah-payah datang untuk menyambut pembebasan mereka? Kenapa pihak berkuasa lebih suka menyuraikan kami secara kekerasan, daripada memberitahu kami berita baik bahawa mereka akan dibebaskan?
Apakah ruginya jika Kementerian Dalam Negeri, pihak Kem Tahanan Kamunting atau pihak polis mengambil sikap lebih berperi kemanusiaan dan mesra rakyat? Tidakkah perbuatan mereka sekali lagi membuktikan bahawa mereka zalim dan tidak suka menyaksikan kegembiraan tahanan ISA bersama ahli keluarga dan penyokong mereka?
Adakah sikap tidak kerjasama ini menunjukkan mereka tidak rela tetapi terpaksa membebaskan Reformasi 6 kerana desakan pendapat umum dari dalam dan luar negeri, di samping keputusan Mahkamah Persekutuan, saranan Suhakam dan Lembaga Penasihat ISA yang kesemuanya berpihak kepada pembebasan mereka?
Ataupun keputusan untuk membebas mereka hanya dibuat pada saat-saat akhir akibat percanggahan pendapat antara Dr Mahathir Mohamad dengan Pak Lah? Kononnya, Dr Mahathir lebih condong agar mereka terus ditahan, tetapi cawangan khas di bawah Kementerian Dalam Negeri sebaliknya menyarankan agar mereka dibebaskan.
Sumbangan besar
Hakikatnya, zaman sekarang banyak berbeza daripada zaman ISA digubal dan dikuatkuasakan. Suhakam turut berpendirian tegas bahawa ISA yang melanggar hak-hak manusia patut dimansuhkan, dan diganti dengan undang-undang komprehensif baru berhubung ancaman terhadap keselamatan negara (termasuk kaganasan), yang digubal selaras dengan prinsip hak asasi manusia.
Pembebasan Reformasi 6 memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia agar Pak Lah yang bakal menjadi perdana menteri kita akan menyambut baik saranan Suhakam supaya ISA dimansuhkan, demi kepentingan proses pendemokrasian negara kita, dalam saingan dengan Barisan Alternatif yang menentang kesemua undang-undang zalim di negara kita.
Saya cadangkan pemimpin Umno, khasnya Pak Lah dengan sabar membaca siri buku ISA tulisan Saari Sungib dalam Kem Tahanan Kamunting (Suara Dari Kamunting 1 & 2, SB Oh SB, Shit Too, Afidavit, Penahanan Tidak Sah & Mala Fide, Malaysia Boleh SB Lagi Boleh dan ISA Undang-Undang Haram Wajib dimansuhkan ), untuk mengetahui bagaimana ISA telah mencabuli hak asasi manusia dan menjadikan negara kita sebuah negara polis.
Reformasi 6 telah memperlihatkan keberanian dan kegigihan untuk mendokumentasikan kes mereka dan membawanya untuk kajian Lembaga Penasihat atau ke mahkamah atau kepada Suhakam demi mempertahankan hak asasi dan hak perlembagaan mereka sebagai seorang tahanan ISA.
Ia merupakan sumbangan amat bernilai dalam memperkayakan dokumentasi kes-kes terbabit, serta mendedahkan bagaimana hak asasi dan hak perlembagaan mereka dicabuli oleh ISA.
Sumbangan mereka ini patut dihargai oleh Suhakam dan badan-badan hak manusia lain di dalam dan luar negara . Lebih penting lagi, dokumentasi kes-kes tersebut patut disebar dengan meluas, mungkin sebagai bahan pendidikan hak asasi manusia, demi menjana reformasi kehakiman di negara kita.