Saari: ISA itu zalim dan haram
"Satu, dua, tiga , gunting!". Selepas tali halus itu digunting, sebuah buku bertajuk "ISA Undang-Undang HaramWajib dimansuhkan" yang terikat padanya - seperti "peluru berpandu" - terpecut laju menghancurkan sasaran yang melambangkan Undang-Undang ISA yang zalim!
Demikianlah kreatif dan simboliknya upacara pelancaran buku Saudara Saari Sungib oleh Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Haji Abdul Ghani Shamsuddin di Hotel Flamingo pada 14 Jun lalu.
Saya berbangga kerana dijemput untuk membuat sedikit ulasan mengenai buku tersebut - Suara Dari Kemunting 8 - buku kelapan dalam siri ISA tulisan Saari sepanjang dua tahun ditahan di Kem Kamunting di bawah ISA.
Di masa cerdik pandai Melayu dikritik sebagai menghidap sindrom "ketewasan jiwa", kelantangan dan keberanian Saari dalam menentang ISA melalui siri buku ISAnya, begitu terserlah sekali. Mungkin kegigihan Saari boleh dijadikan contoh perbandingan jika kaum cerdik pandai ingin melakukan introspeksi diri.
ISA dianggap sebagai undang-undang "Draconian, white terror, bersifat dictatorial" kerana memberi polis kuasa menahan dan menyiasat selama 60 hari dan Menteri Dalam Negeri diberi kuasa mengarahkan seseorang yang dianggap (secara subjektif) sebagai ancaman kepada keselamatan negara, ditahan dua tahun dan seterus dua tahun lagi tanpa dibicarakan di mahkamah.
Mangsa ISA
Yang menjadi mangsa ISA sebenarnya tidak terhad kepada anggota Parti Komunis Malaya (CPM) yang melancarkan perjuangan bersenjata dan petugas subversifnya seperti tujuan asal penggubalan undang-undang tersebut.
Demikian jugalah halnya dengan mereka yang ditahan kononnya berkaitan dengan gerakan keganasan KMM (Kumpulan Mujahidin/Militan Malaysia) dan JI (Jemaah Islamiah) .

Saari dalam bukunya, telah berjaya menyusun satu senarai yang agak lengkap tentang mereka yang sudah menjadi mangsa ISA sejak tahun 60-an.
Senarai itu mencatatkan 48 kategori mangsa ISA, termasuk aktivis reformasi, aktivis alam sekitar yang menentang pembinaan empangan Bakun dan pembalakan di Sarawak, pejuang pendidikan bahasa ibunda, wartawan dan aktivis kebebasan media, ahli akademik, ahli politik, ahli Parlimen dan ketua parti pembangkang, aktivis kesatuan sekerja dan pemimpin pelajar.
Yang lainnya ialah mereka yang terlibat dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia, pemimpin dan anggota al-Arqam, pengikut ajaran Syiah dan kumpulan yang didakwa mengamalkan ajaran sesat, pengarah bank yang pecah amanah, pembuat kad pengenalan dan passport, syiling palsu , pengklon telefon bimbit/kad pra-bayar telefon awam, pendatang tanpa izin (PATI) dan penyebar khabar angin melalui internet.
Wartawan asing
Dicatat juga 14 kategori mereka yang pernah digertak akan ditahan di bawah ISA, termasuk penganalisis kewangan yang tidak berpihak kepada kerajaan, aktivis yang menubuhkan tribunal untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh polis dan mereka yang dituduh sebagai pengkhianat politik.
Turut disenaraikan ialah mereka yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, fanatik agama Islam, kumpulan yang digelar "anti-hadith", ahli akademik yang membincangkan isu jerebu yang melanda negara dan wartawan asing yang tidak melaporkan 'dengan benar' kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendek kata, sesiapa yang menentang dasar kerajaan Umno/BN dan mereka yang disyaki sebagai penjenayah tetapi tiada bukti yang kukuh, kesemuanya mungkin dijadikan mangsa ISA mengikut keperluan kerajaan Umno/BN.
Masa, tempat, dan cara penangkapan memberikan gambaran orang yang ditahan itu memang anasir subversif yang "amat merbahaya". Menggeledah bahan-bahan "subversif "supaya dibawa balik ke balai sudah menjadi sesuatu yang rutin.
ISA mulai menunjukkan kehodohan dan kezalimannya semasa mangsa dibawa ke "tempat bermimpi ngeri / tempat puaka". Tahanan ISA ditutup matanya supaya tidak mengetahui arah dan lokasi tempat dia dibawa, tidak diketahui siang atau malam, dihumban dalam "sel yang kotor, bersawang, berbau hapak atau hancing dan berdebu".
Insan bermaruah
"Selipar, tilam, bantal, ubat nyamuk, cadar, sarong bantul, semuanya jadi aset berharga"untuk ditawarkan sebagai hadiah bekerjasam dengan SB. Mereka juga tidak dibenarkan menerima lawatan ahli keluarga dan khidmat peguam . Kesemua ini sengaja dilakukan agar tahanan ISA berasa terasing, terhina dan tidak layak dilayani sebagai seorang insan yang bermaruah.
Dalam sesi soal-siasat, "tenik-teknik menggertak, mengecam, menakut-nakutkan, memujuk, merayu dan menyelamatkan anda, memuji anda dan macam-macam lagi, digunakan". Dan pasukan penyiasat pula boleh digolongkan sebagai yang bengis, yang berlembut dan yang berkhutbah mengikut keperluan.
Pelbagai seksaan fizikal dan mental digunapakai, termasuk mencaci, meludah, dan memukul bahagian badan (ingat mata lebam?); melucutkan pakaian, digertak diserang secara seksual dan dipaksa melakonkan aksi seks; disoal-siasat berhari-hari tanpa dibenarkan berehat; berdiri di bawah kipas atau dalam hawa dingin sehinga pengsan; dipaksa duduk di atas botol agar dubur ditembusi leher botol.
Paku pula dimasukkan ke lubang kemaluan; kuku dicocok jarum; dipaksa kencing seperti anjing atau meminum kencing; kepala ditutup dengan tong/tin lalu dipukul dengan kayu; kepala dimasukkan ke dalam mangkuk tandas yang kotor lalu ditarik air berkali-kali. Ada yang cuba membunuh diri kerana tidak tertahan diseksa, ada yang jadi tidak siuman setelah diseksa.
Al-Quran dan As-Sunnah
Selain mendokumentasikan segala kezaliman dan seksaan yang berlaku dalam sesi soal-siasat sejak tahun 60-an, Saari juga cuba membuktikan ISA adalah satu undang-undang yang haram di sisi Islam berdasarkan kepada empat faktor berikut:
ISA menyalahi dan melanggar sekurang-kurangnya 20 prinsip, ketetapan, panduan, perintah, tuntutan, larangan dan hak-hak yang telah digariskan secara jelas dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
ISA menyalahi dan menafikan hak seseorang untuk dibicarakan secara terbuka, dibuktikan terlebih dahulu kesalahan dan diberikan peluang membela diri sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan khalifah rasyidun wa salihun.
ISA menyalahi dan bercanggah dengan apa yang dipersetujui oleh ulama' dan Fuqaha'bahawa pemerintah tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum dan memenjara seseorang tanpa bukti, tanpa perbicaraan yang adil dan telus serta bertindak melakukan sesuatu yang tidak diperuntukkan oleh Syariah Islam.
ISA menyalahi dan mencabul hak-hak asasi manusia seperti yang telah disepakati oleh masyarakat dunia dalam beberapa deklarasi hak-hak asasi manusia, sama ada yang bersifat universal mahupun yang berlandsaskan kepada Islam.
Cubaan Saari menentang ISA dari segi Islam patut dialu-alukan, kerana kita yakin ISA yang zalim itu bukan saja haram di sisi Islam, ia juga pasti ditentang oleh agama Kristian , Buddha, Hindu dan lain-lain yang anti-kezaliman dan membela hak asasi manusia.
Nilai buku ISA Saari bukan setakat akedemik saja, seumpama buku ISA Rais Yatim yang ditulis untuk memperolehi gelaran Phd semata-mata. Tetapi ia menjadi prinsip sandaran untuk menentang undang-undang yang terkutuk itu secara lebih nekad dan berkesan lagi.
Demikianlah perbezaan seorang intelektual palsu dengan seorang pejuang tulen

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.