Pak Lah mahu tampil imej tersendiri?
Sewaktu berlangsungnya perhimpunan agung Umno lalu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, yang akan bersara Oktober depan, menjadi tumpuan semua pihak sehingga 'menggerhanakan' kehadiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Namun, Abdullah - sewaktu merasmikan perhimpunan agung tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada 17 Jun lalu, serta dalam ucapan penggulungannya - agak jelas cuba menampilkan imej beliau yang tersendiri.
Tentunya ia bukan secara kebetulan beliau berbuat demikian. Kali pertamanya, sewaktu menjadi tetamu di Malam Puisi anjuran Utusan Melayu pada 9 Mei lalu, Abdullah telah mendeklamasikan puisi karyanya sendiri bertajuk: Aku Cari Damai Abadi .
Melalui puisi tersebut, beliau menjelaskan falsafah hidupnya yang beriman: "Aku hidup kerana Dia Rabbi/Dialah teman/Dialah wali/Dia mencukupi/Aku hildup bererti/Menikmati damai abadi". Beliau secara tegas menolak tujuan hidup untuk "cari harta bertimbun-timbun" atau untuk "hidup bergaya sekadar berfoya-foya".
"Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit". Hasrat Pak Lah yang berkubang dalam Umno - yang sering dikaitkan dengan politik wang, politik kronisme dan nepotisme - hendak menjaga imej "bersihnya" (Mr Clean), memang sesuatu yang tidak mudah, jika bukan mustahil.

Berkongsi kebimbangan
Namun manifesto hidup beriman Pak Lah ini mungkin strategi beliau untuk menyelamatkan Umno daripada bahaya korupsi yang mengakibatkan perebutan kuasa melalui politik wang; dan bersaing untuk membuktikan Umno lebih Islam daripada PAS, dan sanggup menghargai Islam sebagai tenaga penggerak untuk "membawa umat Melayu menjadi lebih maju, lebih dinamik dan lebih progresif ".
Beliau memperturunkan ungkapan kata-kata ayahnya, Allahyarham Haji Ahmad Badawi untuk mengibaratkan nasib Umno, bahawa setiap umat akan menghadapi tiga ketika/tahap - Pertama, ketika kebahagiaan dan kekecewaan; Kedua, ketika gelora dan perselisihan; dan Ketiga, ketika kejatuhan dan kehancuran.
Beliau harap Umno sentiasa dalam tahap kebahagiaan. Namun beliau juga berkongsi kebimbangan Dr Mahathir bahawa hari ini orang Melayu kurang mengutamakan perpaduan. Apa saja boleh memecahbelahkan orang Melayu.
Menurut beliau: " Perebutan tempat dalam parti, sangkaan buruk yang tidak berasas kepada pemimpin, kekecewaan dalam mendapat peluang perniagaan, hasutan parti lawan, perasaan terlalu terselamat dan berbagai lagi, mereka bukan sahaja sanggup berpecah tetapi ramai yang sanggup bersubahat dengan orang yang bermusuh dengan kita untuk menggagalkan perjuangan kita, perjuangan nasionalils bangsa Melayu."
Kehilangan majoriti
Yang nyatanya, Umno sekarang sedang berada dalam tahap kedua, iaitu tahap gelora dan perselisihan. Dengan lain perkataan, jika Umno gagal mengatasi ancaman dalam parti, seperti yang tersebut di atas, kemungkinan besar, parti itu akan terjerumus ke tahap kejatuhan dan kehancurannya.
Prospek ngeri ini jelas merasuki ketenangan fikiran Pak Lah, menyebabkan beliau berulang kali memperingati ahli Umno bagaimana Parti Kongres India, ditewaskan pada 1977 setelah 38 tahun berkuasa; bagaimana Kuomintang (KMT) atau Nationalist Party yang memerintah Taiwan sejak tahun 1949 kecundang dalam pilihanraya presiden pada Mac 2000 setelah 51 tahun berada di tampuk kuasa ; dan bagaimana Parti Liberal Demokratik(LDP) Jepun kehilangan majoriti di Parlimen pada 1993, setelah 38 tahun berkuasa.
Di samping itu, Pak Lah juga mengimbas kembali era kegemilangan bangsa Melayu ketika Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tentang bagaimana ia menjadi pusat kuasa politik, kuasa maritim dan pusat kemakmuran perdagangan alam Melayu, dan bagaimana pula Keris Taming Sari, lambang kekuasaan bangsa Melayu hilang keramatnya kerana digunakan untuk bertarung sesama sendiri, akhirnya Hang Tuah juga tidak berupaya mempertahankan kejatuhan Melaka.
Hujah Pak Lah: "Hang Tuah lambang perwira bangsa itu adalah Umno.Umno yang telah teruk dicalar fitnah sepertimana Hang Tuah, tentunya hilang kredibiliti dan hilang tempat dalam kerajaan."
Jika kerajaan Barisan Nasional sekarang diibaratkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, dan Umno diibaratkan Hang Tuah, bukankah Umno dan Kerajaan BN sudah tertakdir akan menemui ajalnya seperti nasib Hang Tuah dan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulu?
Kemelut
Justeru terdesak oleh ancaman kemelut dalaman Umno dan dihantui prospek ngeri tentang kemungkinan kejatuhan Umno / BN, seperti kejatuhan Hang Tuah / Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka atau negara-negara lain yang tersebut di atas, Pak Lah mengambil strategi yang defensif dan konservatif untuk "mengurus kejayaan Umno" (baca: mengatasi kemelut dalaman Umno).
Namun, benarkah preskripsi falsafah hidup beriman Pak Lah itu mujarab bagi pemimpin yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan politik wang supaya dapat hidup dengan kaya dan bergaya? Dan benarkan mereka dapat mengambil iktibar kejatuhan kuasa-kuasa agung politik dalam sejarah?
Atau semua kuasa politik, tidak kira bagaimana agung sekalipun, sesudah melalui tahap gelora dan perselisihan, sudah pasti akan menujui tahap kejatuhan dan kehancurannya, demikiankah hukum sejarah yang tidak dapat dielakkan?
Di rantau ini, rejim politik autoritarian kecundang satu demi satu, dalam trend atau arah tujuan politik sedemikian, Umno rasanya juga tidak dapat mengelakkan gilirannya, hanya bila dan dengan cara apa saja!
Bhgn 1: Umno dalam peralihan kuasa
Bhgn 2: Mengapa Umno tidak amal demokrasi melalui pemilihan parti?

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.