Isu air: Malaysia selalu tukar tiang gol? (Bhgn I)
Pertikaian air Singapura-Malaysia menemui jalan buntu. Kementerian Penerangan Perhubungan dan Kesenian Singapura merasa perlu untuk menerbitkan buku kecil yang berjudul "Water Talks? If Only It Could"untuk mendedahkan "fakta-fakta" agar meyakinkan rakyat dan dunia bahawa Singapura telah dianiayai oleh Malaysia.
Januari lalu, Menteri Luar Singapura Prof S Jayakumar telah membentangkan cerita pihak Singapura serta disiarkan dokumen dan surat-surat rasmi berkaitan pertikaian tersebut .
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berasa amat tersinggung. Kata beliau: "Saya rasa kurang senang. Anda tulis surat kepada teman wanita anda. Dan teman wanita anda kirimkan surat itu kepada semua teman lelakinya. Saya tak fikir saya nak lagi terlibat dengan perempuan seperti itu."
Ianya terus dibidas oleh bekas Pesuruhjaya tinggi Singapura ke Malaysia, Encik K. Kesavapany, dengan berkata :"Rundingan bukanlah satu kisah semarak asmara. Ia merupakan satu usaha serius yang dijalankan untuk menghuraikan masalah yang belum lunas dan yang baru, yang sering menghambat hubungan dua hala kedua-dua negara."
Luka lama belum sembuh, cabaran baru pula mendatang. Kali ini pihak kita tidak dapat membisu lagi. Maka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengiklankan satu siri jawapan selama lapan hari berturut-turut.
Ini disusuli pula dengan penerbitan buku kecil yang berjudul "AIR: Pertikaian Singapura-Malaysia FAKTA-FAKTA", untuk membuktikan negara kita sebenarnya bukan "kaki buli", tetapi hanya meminta harga air yang berpatutan.

Kesimpulan
Rasanya, perdebatan tersebut ada kebaikan juga. Sekurang-kurangnya rakyat kedua-dua negara dan dunia, berpeluang untuk mendengar dari kedua-dua pihak, dan dapat membuat perbandingan berasaskan "fakta-fakta" yang dikemukakan, sebelum membuat kesimpulan sendiri.
Dan lebih penting lagi, kedua-dua kerajaan terpaksa mengambil sikap yang lebih telus dan bertanggungjawab dalam menghuraikan pertikaian tersebut. Berikutnya, biar kita imbas kembali beberapa "fakta" yang telah diketengahkan dalam iklan-iklan berkenaan .
Fakta pertama: Fasal 17 Perjanjian Air 1961 dan Fasal 14 Perjanjian Air 1962 menyatakan bahawa harga air "adalah tertakluk kepada kajian semula selepas tamat tempoh 25 tahun".
Ini bermakna Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah selepas 1986 dan 1987, dan tidak hilang haknya untuk mengkaji semula harga air kerana gagal berbuat demikian pada 1986 dan 1987, seperti dakwaan Singapura.
Namun, soalan kita ialah: Kenapa selepas 1986 dan 1987, pihak berkuasa Malaysia tidak serta-merta mengkaji semula harga air mentah yang kita anggap amat tidak berpatutan, iaitu 3 sen Malaysia untuk 1,000 gelen air?
Menurut "fakta" yang didedahkan pihak Singapura , isu air hanya bermula pada 1998, ketika Malaysia mahukan pinjaman wang dari Singapura untuk membantu matawang kita, Singapura sebaliknya menyarankan Malaysia supaya memberikan jaminan untuk membekalkan air bagi tempoh jangka masa yang panjang kepada Singapura.
Semakan semula harga
Malaysia akhirnya tidak memerlukan pinjaman tersebut , namun kedua negara telah bersetuju untuk menghuraikan tunggakan isu dua hala, termasuk bekalan air jangka panjang kepada Singapura secara pakej. Perkara utama dalam pakej itu adalah:
Kemudiannya, dua lagi perkara ditambah ke dalam pakej itu:
Sudah
begitu lama kita menganggap kadar harga air yang dibekalkan kepada Singapura amat tidak berpatutan. Dan kita juga mengetahui hak kita untuk menyemak semula harga air dengan pihak Singapura.
Yang sukar difahaminya ialah kenapa kita hanya berbuat demikian sehingga 1998? Adakah kita lalai dalam menjaga kepentingan negara kita, atau kita sememangnya terlalu bermurah hati kepada negara jiran kita?
Sebaliknya, Singapura pula begitu bijak untuk mengeksploitasi kelalaian/murah hati dan keadaan terdesak kita (keperluan untuk meminjam wang), sehingga tergamak untuk mempertikaikan hak kita untuk menyemak harga air dengan republik itu, mengikut ketetapan Perjanjian Air 1961 dan 1962. Latar belakang ini mungkin merupakan punca yang mempengaruhi kelancaran rundingan tersebut.
Fakta kedua: Singapura menuduh Malaysia telah banyak kali bersetuju tentang harga baru air, tetapi kemudian menukar pendirian. Menurut iklan pula: Malaysia tidak pernah bersetuju dengan tawaran Singapura. Apakah fakta sebenarnya?
Surat rasmi
Persetujuan dalam ertikata termeteraikan perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua perdana menteri - Malaysia dan Singapura - memang belum dicapai. Jika tidak, isu ini tentu sudah selesai.
Namun tidak dapat dinafikan, dalam proses rundingan, nampaknya sukar hendak menafikan bahawa pihak kita memang pernah "menukar tiang gol" seperti yang digambarkan dalam dokumen dan surat-surat rasmi yang disiarkan oleh pihak Singapura, antaranya:
Dalam dokumen yang bertajuk "Perkara-perkara yang dipersetujui Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kanan Lee Kuan Yew dalam pertemuan empat mata dari 3.15 - 4.55 petang pada Selasa 15 Ogos 2000 Di Putrajaya", Perkara 1 berbunyi:
"Malaysia akan terus membekalkan Singapura 350 mgd air mentah sehingga 2061, pada premium 50% dari levi air antara negeri yang dikenakan Johor ke atas Melaka. Ini adalah
45 sen bagi setiap 1,000 gelen , memandangkan Johor mengenakan bayaran 30 sen kepada Melaka."
Manakala dalam surat Dr Mahathir kepada Kuan Yew pada 21 Februari 2001, terkandung antara lain, cadangan baru:
"Johor percaya harga yang sesuai adalah 60 sen untuk setiap mgd (Nota asal PM Mahathir mungkin bermaksud
60 sen untuk setiap 1,000 gelen
Dalam satu lagi surat Dr Mahathir kepada Kuan Yew pada 4 Mac 2002, dilampirkan "Pakej Lima Isu Malaysia dan Singapura, Saranan Malaysia", antara lain, di bawah 1.5 Harga Baru Bagi Air Mentah berbunyi:
"Bermula 1 Januari 2002, harga baru air mentah di bawah Perjanjian-Perjanjian Air 1961 dan 1962 adalah 60 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga 31 Disember 2006. Harga baru bagi air mentah di bawah kedua-dua perjanjian harus bermula dari 1 September 1986 dan 29 September 1987. Bermula 1 Januari 2007, harga baru bagi air mentah di bawah Perjanjian-Perjanjian Air 1961 dan 1962 adalah RM3.00 bagi setiap 1,000 gelen
sehingga 31 Ogos 2011."
Tidak munasabah
Dalam urutan peristiwa yang dikemukakan Singapura, tercatat pula: "Pada 2-3 September 2002, dalam pertemuan kedua peringkat menteri di Singapura, Malaysia mengesahkan semakan harga air sekarang 'harus berlandaskan peruntukan di bawah Perjanjian Air 1961 dan 1962'. Namun, Malaysia menyarankan formula yang dikait dengan harga purata NEWater dan air sulingan. Ini menghasilkan harga RM6.25 untuk setiap 1,000 gelen
air bagi air mentah sekarang. Malaysia juga menyarankan perbincangan bagi bekalan air pada masa depan hanya diadakan dalam 2059."
Berasaskan petikan-petikan tersebut, jawaban Malaysia jelas sekali terlalu lemah untuk menyanggah tuduhan pihak Singapura bahawa Malaysia selalu "menukar tiang gol"dalam proses rundingan.
Harga 3 sen bagi 1,000 gelen air mentah memang tidak munasabah, tetapi kenaikan 208 kali ganda menjadi RM6.25 juga sukar dianggap sebagai munasabah!
Perlu ingat, sungguhpun benar, jika Singapura perlu menggunakan NEWater sebagai alternatif kepada air tanpa proses Malaysia, perbelanjaannya akan bertambah RM478.4 juta mengikut kiraan kita, tetapi air mentah kita yang tidak dibekalkan kepada Singapura juga tidak akan bernilai dalam hubungan wang ringgit, jika ia terus mengalir dalam Sungai Johor !