PAS sudah berpatah balik, bagaimana pula DAP?
Setelah membaca surat Mata Kucing pada 22 Ogos lalu, saya rasa perlu untuk melanjutkan perbincangan terbabit untuk menjelaskan beberapa pandangan saya yang mungkin terkeliru atau dikelirukan.
Yang pertama, apabila saya menganggap PAS telah mengorak langkah starategik yang bijak, ia bukan merujuk kepada "dua manifesto" (BA dan PAS) yang bercanggah, tetapi kepada "Formula untuk kejayaan" yang menyatupadukan BA semula.
Formula tersebut berjanji "tidak memasukkan persoalan negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat pusat" dan "seandainya menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat yang mendukung Perlembagaan Persekutuan yang ada."
Menentang Negara Islam atau Negeri Islam dan pelaksanaan hudud dalam masyarakat majmuk kita ini tidak menegah kita untuk menghormati hak PAS untuk memperjuangkan idealisme politiknya yang kita tentang itu.
Sebagai sebuah parti politik yang berdaulat, di samping Manifesto Bersama BA, PAS memang berhak untuk mengeluarkan manifestonya di peringkat negeri jika ia rasa perlu. Dan PAS telahpun berbuat demikian dalam pilihanraya umum lalu. Namun, sama ada tindakan itu bijak atau sebaliknya, tergantung kepada isi kandungan manifesto berkenaan.

Negeri Islam
Dalam kolum saya minggu lalu , saya telah secara tidak langsung mempersoalkan kebijaksanaan PAS dalam mengemukakan manifesto negeri yang bertentangan dengan Manifesto BA dari segi Negara Islam/Negeri Islam dan pelaksanaan hudud. Antaranya:
- Saya telah menyentuh prinsip strategi kepentingan negeri (bahagian) tertakluk kepada kepentingan pusat (keseluruhan), dan menekankan di peringkat ini, PAS harus menjadikan negeri yang diperintahnya sebagai model negeri demokratik dan adil yang dapat diterima dan demi kepentingan rakyat Islam dan bukan-Islam, bukannya model negeri Islam yang eksklusif dan sesetengah dasarnya sukar diterima bukan-Islam.
Lantaran itu - tiga alasan yang dikemukakan oleh Mata Kucing , iaitu pertama, menjanjikan sesuatu (negeri Islam) yang jelas melanggari Perlembagaan Persekutuan yang merupakan batu asas penubuhan Malaysia; kedua, Manifesto PAS (negeri) membelakangkan Manifesto Bersama BA (pusat); dan ketiga, Manifesto Negeri PAS tidak sesuai digunapakai oleh Kerajaan Negeri BA sekiranya ia bakal ditubuhkan - hanya mengulangi apa yang saya analisa melalui aspek dan pendekatan yang berlainan.
Serangan BN
Yang berbeza hanya Mata Kucing menggunakan kontradiksi dua manifesto terbabit untuk menolak strategi baru PAS - "Formula untuk Kejayaan", malah meminta Keadilan untuk menyatakan pendiriannya.
Pendekatan saya berlainan sedikit. Saya sebaliknya menganggap Formula PAS untuk berpatah balik ke pangkuan BA sebagai langkah strategi yang bijak, lalu menggunakan prinsip "bahagian (negeri) tertakluk kepada keseluruhan (pusat)" untuk meminta PAS menyelaraskan dasar negerinya yang bertentangan dengan perjuangan total pusat , iaitu memperjuangkan sebuah negara demokratik dan adil berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Tidak dapat dinafikan, sungguhpun wujud kontradiksi seperti yang terhurai di atas, "Formula untuk Kejayaan" masih merupakan langkah positif PAS untuk menyelamatkan BA daripada terbubar, melepaskan BA daripada serangan BN mengenai Negara Islam dan Hudud anjuran PAS, dan memungkinkan pelaksanaan prinsip "satu lawan satu" yang amat penting bagi pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Bagi Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), saya tidak nampak kenapa mereka tidak mengalu-alukan perkembangan terbaru ini , meskipun mereka tentu juga menyedari kontradiksi yang wujud antara dua manifesto yang bakal diumumkan oleh BA dan PAS itu.
Perkembangan terbaru ini lebih menyukarkan DAP. Setelah menarik diri daripada BA, parti itu telah berpatah arang dengan PAS, dan dengan sedaya upaya cuba membersihkan imej parti itu daripada dituduh bersubahat dengan PAS dalam anjuran Negara Islam/Negeri Islam serta pelaksanaan hudud. Jika DAP sekarang mengalu-alukan Formula baru PAS itu, usaha selama ini mungkin disia-siakan.
Ambil kesempatan
Tetapi jika DAP terus menentang PAS walaupun ia telah berundur setapak dan kembali ke status sebelum DAP menarik diri daripada BA, DAP mungkin dianggap sebagai terlalu mementingkan diri, angkuh dan tidak menghargai dan mempertahankan kepentingan bersama parti pembangkang.
Andainya DAP masih menganggap BN sebagai musuh utama parti itu, tidakkah DAP perlu memikirkan kenapa langkah positif PAS yang dialu-alukan oleh parti komponen BA dan penyokongnya, sebaliknya ditentang BN dan DAP dengan nada yang sama?
Dalam hubungan inilah saya menggunakan prinsip strategik "apa yang ditentang musuh hendaklah kita sokong, dan apa yang disokong musuh hendaklah kita tentang". Prinsip tersebut tentu tidak sesuai digunakan dalam semua perkara, melainkan atas dasar-dasar yang tidak dapat dikompromikan.
Bagi DAP, mengambil kesempatan daripada perkembangan terbaru ini untuk memperbaiki hubungannya dengan PAS, mungkin tidak menguntungkan parti itu dalam pilihanraya umum akan datang. Tetapi berbuat demikian akan memberi sumbangan kepada strategi keseluruhan parti pembangkang dalam memperjuangkan sebuah negara Malaysia yang demokratik dan adil berlandaskan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dijanjikan oleh PAS.
Pilihan manakah yang lebih mirip dengan politik berprinsip dan selaras dengan kepentingan rakyat pada keseluruhannya? Nampaknya DAP tidak akan mengikut jejak PAS untuk berpatah balik. Bagaimanapun, saya harap kesimpulan saya ini adalah salah.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.