Kenapa berubah watak dalam sekelip mata?
Peristiwa 12 'katak' politik melompat kembali ke parti yang sebelum ini dianggap sebagai parti yang 'tidak relevan', tampaknya hanya menjadikan mereka sendiri yang tidak lagi relevan.
Wawancara
ketua kumpulan 12 - Ruslan Kassim oleh wartawan
Mingguan Malaysia
pada 22 Februari lalu, membuktikan hakikat ini.
Kerana takut diibaratkan sebagai 'melukut di tepi gantang', datang tidak menambah, pergi tidak mengurang, beliau terpaksa menekankan "kemasukan kami ini ibarat ikan pulang ke lubuk, sirih pulang ke gagang".
Akan tetapi, daripada jawapan-jawapannya kepada beberapa pandangan yang menyoal integriti pendirian politik mereka, maka terserlahlah sifat petualang politik mereka.
Apabila diminta mengulas tentang diri mereka yang dilihat sebagai tiada pendirian. Ruslan berkata, dia "tidak melompat", tetapi "kembali ke pangkuan Umno".
Tambahnya: "Semua yang diperjuangkan Keadilan sekarang sudah kelihatan diterjemahkan oleh Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib (Razak)."
Retorik kosong ini tentu tidak dapat meyakinkan sesiapapun, termasuk Abdullah sendiri!

Kepelbagaian idealisme
Apabila ditanya kenapa menyertai Umno yang sebelum ini dianggapnya 'tidak relevan' lagi, Ruslan mengakui bahawa pada masa ini, yang 'tidak relevan' bukannya lagi Umno, sebaliknya Keadilan dan isu Anwar (Ibrahim). Kerana dia sudah masuk Umno - maka sudah bertukar pendirian!
Bagi membuktikan bahawa dia dan kumpulannya bukan 'melukut di tepi gantang', Ruslan terpaksa tampil untuk menyerang Keadilan bagi menunjukkan mereka lebih Umno daripada Umno sendiri!
Maka Keadilan pun dituduh sebagai:
1) Mengamalkan budaya jumud, budaya membangkang yang sembrono, membangkang apa saja walaupun ia sesuatu yang menguntungkan agama, rakyat dan Negara, hanya kerana ia dilakukan oleh pemerintah.
2) Kekebalan berlaku untuk dua atau tiga tokoh, mereka ini tidak boleh disentuh.
3) Keadilan wujud ditunjangi pelbagai aliran, pemikiran dan latar belakang, termasuk dari reformis jalanan, akademik, bekas ahli Umno dan profesional. Kerencaman dan kepelbagaian itulah yang menyebabkan berlaku pertembungan apabila semua ingin memperjuangkan idealisme dan gaya masing-masing.
4) Merelevankan (bersama PAS) isu Anwar yang sudah tidak relevan lagi.
Kerencaman dan kepelbagaian idealisme dan gaya perjuangan Keadilan selama ini dipandang sebagai ciri atau kelebihan politik baru yang menjauhkan diri daripada politik perkauman Umno, iaitu politik yang berasaskan kepada mono-idealogi yang sempit dan eksklusif.
Ideologi perkauman
Ruslan yang sudah 'kembali ke pangkuan Umno' tiba-tiba memusuhi ideologi reformasi Keadilan yang menyanjungi kerencaman dan kepelbagaian dan bermesra kembali dengan ideologi perkauman Umno yang dihentamnya habis-habisan sebelum ini.
Kontradiksi atau ketidak-konsistenan Ruslan begitu menjolok sekali apabila dia menganggap kerencaman idealisme dan gaya perjuangan Keadilan sebagai suatu kelemahan yang tidak dapat diatasi, namun 'bersatu dalam kepelbagaian' dalam Barisan Nasional sebaliknya dianggap sebagai 'cukup sesuai'!
Kerelevanan isu Anwar tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang memperjuangkan keadilan kehakiman dan menentang segala kezaliman politik di negara kita. Jika Ruslan kini menganggap isu itu tidak relevan lagi, jelas sekali dialah yang mengkhianati kerelevanan isu tersebut, kerana berpaling tadah.
Justeru, kerana berpaling tadah, Ruslan sebenarnya tidak berupaya untuk menghilangkan ragu-ragu yang bangkit dalam proses kemasukannya semula ke dalam Umno, umpamanya mengenai:
Akuan bersumpah Zool Hilmi yang membabitkan amalan politik wang dalam proses melompat kumpulan 12 ke dalam Umno.
Kenapa watak Ruslan tiba-tiba berubah dalam sekelip mata?
Tidakkah Ruslan berasa bersalah kerana banyak melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan ke atas Umno dan pemimpinnya?
Orang kata Ruslan dan rakan-rakan masuk Umno kerana sukar mencari peluang perniagaan.
Adakah Ruslan masuk Umno sebagai membalas jasa Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob yang menarik balik kes saman malu terhadapnya.
Terdapat sindiran bahawa dulu Ruslan mengecam Datuk Seri Abdullah, malah ia dirakam dalam VCD atau kaset tetapi kini ia memuji beliau.
Kenapa Ruslan tidak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ahli Umno yang terluka dan tersinggung dengan perbuatannya sebelum ini?
Malu sendiri
Jika watak seseorang itu boleh berubah dalam sekelip mata, dulu menyanjung Anwar dan politik reformasi, kini menyanjung Abdullah dan politik BN, walhal keadaan politik negara kita pada asasnya tidak banyak berubah, maka yang berubah rasanya hanya pendirian mereka yang terbabit.
Jika proses melompat kembali ke 'pangkuan Umno' diselubungi suasana politik wang dan kepentingan diri yang membabitkan kes mahkamah dan peluang perniagaan, atau harapan politik yang lebih 'cerah'mengikut perhitungan untung-rugi peribadi, maka lebih baik orang itu menjadi 'melukut di tepi gantang', agar tidak 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.
Rasanya adalah lebih bijaksana jika Ruslan dan rakan-rakannya bisa 'melukut' sendiri dan lenyap saja daripada arena politik supaya tidak terus memalukan diri sendiri, terutamanya 'menjelajah turun ke bawah' ke seluruh negara untuk menconteng arang di muka sendiri.
Perlu diingat, sebarang serangan dan tohmahan terhadap pemimpin Keadilan adalah merupakan serangan dan tohmahan terhadap diri Ruslan dan rakan-rakannya sendiri, yang sebelum ini telah memainkan peranan yang sama!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.