Penjara Abu Gharib, Saddam dan Bush
Penjara Abu Gharib menjadi terkenal sebelum Iraq "dibebaskan" kerana penderaan tahanan yang dilakukan oleh tentera Saddam. Dan kini, ia menjadi lebih terkenal akibat terdedahnya penderaan dan penghinaan tahanan yang lebih memalukan yang dilakukan oleh tentera George W Bush dan Tony Blair pula.
Dalam sekelip mata saja, sifat kebiadaban "pembebas" telah menjadi begitu terserlah sekali, sehingga sukar dibezakan Bush dan Tony Blair daripada Saddam.Yang tidak berubah hanyalah Penjara Abu Gharib dan rakyat Iraq yang tertindas dan terdera!
Kemarahan umat Islam boleh dibayangkan sedikit sebanyak apabila kita membaca soalan-soalan yang dikemukakan oleh Awang Selamat ( Berita Minggu 9 Mei 2004) kepada Bush:
"Awang ingin bertanya Bush, sebagai seorang presiden yang membaca kitab setiap pagi, apakah perasaan anda bila melihat askar anda mengencingkan tahanan Iraq yang beragama Islam? Apakah perasaan anda bila menatap gambar seorang askar wanita anda menarik tahanan Iraq seperti anjing? Dan bagaimana pula dengan adegan seks yang dipaksakan ke atas lelaki sesama lelaki dalam penjara Abu Gharib?"
Penjara Abu Gharib menjadi terkenal sebelum Iraq "dibebaskan" kerana penderaan tahanan yang dilakukan oleh tentera Saddam. Dan kini, ia menjadi lebih terkenal akibat terdedahnya penderaan dan penghinaan tahanan yang lebih memalukan yang dilakukan oleh tentera George W Bush dan Tony Blair pula.
Dalam sekelip mata saja, sifat kebiadaban "pembebas" telah menjadi begitu terserlah sekali, sehingga sukar dibezakan Bush dan Tony Blair daripada Saddam.Yang tidak berubah hanyalah Penjara Abu Gharib dan rakyat Iraq yang tertindas dan terdera!
Kemarahan umat Islam boleh dibayangkan sedikit sebanyak apabila kita membaca soalan-soalan yang dikemukakan oleh Awang Selamat ( Berita Minggu 9 Mei 2004) kepada Bush:
"Awang ingin bertanya Bush, sebagai seorang presiden yang membaca kitab setiap pagi, apakah perasaan anda bila melihat askar anda mengencingkan tahanan Iraq yang beragama Islam? Apakah perasaan anda bila menatap gambar seorang askar wanita anda menarik tahanan Iraq seperti anjing? Dan bagaimana pula dengan adegan seks yang dipaksakan ke atas lelaki sesama lelaki dalam penjara Abu Gharib?"
Ia padahal tidak berbeza dengan kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Saddam yang beragama Islam terhadap rakyat Iraq yang juga beragama Islam, seperti yang digambarkan oleh Kenneth Pollock dalam "The Threatening storm: the Case for Invading Iraq:"
"Inilah rejim yang sanggup mencungkil mata kanak-kanak bagi memaksa ibu bapa membuat pengakuan. Inilah rejim yang akan mematahkan kaki anak berusia dua tahun bagi memaksa si ibu memberitahu di mana si ayah."
Penderhaka
Justeru, penderaan tahanan, tidak kira dilakukan oleh mana-mana rejim dan yang berkaitan dengan apa-apa agama, juga patut dikutuk dan ditentang berasaskan ketetapan Konvensyen Genava, kerana perbuatan itu tidak dapat diterima oleh umat manusia yang bertamadun, sama ada ia beragama Islam, Kristian atau agama-agama yang lain.
Oleh itu, kemarahan umat Islam terhadap Skandal Penderaan Tahanan Abu Gharib adalah wajar dan mudah difahami, tetapi sayugianya tidak terbawa-bawa oleh sentimen keagamaan yang menjadikan skandal terbabit sebagai konflik agama.
Wartawan-wartawan media Barat seperti
The Daily Mirror
dan
The New Yorker
dan sebagainya, kebanyakannya juga beragama Kristian, tidak takut dituduh sebagai "penderhaka bangsa"atau "pengkhianat agama" apabila menyiarkan gambar-gambar penderaan itu, demi mendedahkan skandal terbabit, sungguhpun mereka menyedari, ia tentu amat dimarahi pihak berkuasa berkenaan.
Melalui kerjasama media massa Barat dan Timur, perbuatan kejam askar AS dan Britain telah mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa dengan begitu luas dan cepat sekali. Ini membuktikan pencerobohan Iraq dan skandal penderaan askar AS dan sekutunya, ditentang oleh rakyat seluruh dunia yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran tanpa mengira bangsa dan agama.
Di bawah tekanan pendapat dunia, Presiden Amerika Syarikat, George W Bush terpaksa memohon maaf pada 7 Mei 2004 dan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld dipersalahkan kerana tidak memaklumkan kepada beliau lebih awal mengenai skandal terbabit.
Namun demikian, beliau menolak desakan supaya ketua Pentagon itu melepaskan jawatannya dengan alasan Donald Rumsfeld merupakan anggota penting dalam Kabinetnya. Donald Rumsfeld yang dianggap sebagai "angkuh dan menghina Kongres" itu juga enggan meletak jawatan, sungguhpun beliau mengaku bertanggungjawab penuh ke atas skandal itu.
Penderaan psikologi
Ini membuktikan hipokrasi dan kebankrapan apa yang dinamakan "ketelusan dan sikap bertanggungjawab" yang sering diagung-agungkan oleh sistem demokrasi Barat, terutama AS dan Britain, kerana menolak desakan memecat ahli Kabinetnya yang dianggap "penting", atau enggan meletak jawatan seperti yang lazim dilakukan oleh mereka yang benar-benar menghayati semangat demokrasi.
Perletakan jawatan Rumsfeld, malah Bush dan Tony Blair, adalah perlu kerana skandal penderaan itu bukan kejadian terasing, tetapi dilakukan secara sistematik terhadap ramai tahanan. Menurut Pengarah Operasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), corak penderaan fizikal dan psikologi, digunakan oleh pihak perisikan tentera secara sistematik untuk memperolehi pengakuan atau kerjasama tahanan mengenai sesuatu perkara.
Padahal pihak tentera Amerika sudah mengakui seramai 25 tahanan telah mati dalam penjara Iraq dan Afghanistan sejak Disember 2002. Ini bermakna yang terdedah hanya sebahagian kecil penderaan yang berlaku di dalam penjara yang dikawal oleh askar AS dan Britain.
Oleh itu, rakyat seluruh dunia hendaklah bersatupadu dengan rakyat AS dan Britain untuk terus mendesak agar Bush, Blair, Rumsfeld dan mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal terbabit, meletak jawatan dan sekaligus menarik balik pasukan penceroboh AS dan sekutu-sekutunya dari Iraq dan tempat-tempat yang didudukinya melalui kekerasan.
Kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menegaskan adalah tidak memadai bagi Presiden Amerika, George W Bush sekadar memohon maaf, tanpa meminta mereka yang bertanggungjawab untuk meletak jawatan, walaupun itu juga tidak memadai.
Pohon maaf
Demikian jugalah halnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang hanya meminta Bush supaya mengarahkan tenteranya menghentikan tindakan mendera tahanan perang Iraq dan memastikan ia tidak berulang.
Sekurang-kurangnya, bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendesak Bush dan Rumsfeld meletak jawatan serta-merta jika mereka benar-benar ikhlas memohon maaf terhadap kekejaman tentera AS di Iraq.
Di samping itu, rasanya Kerajaan Barisan Nasional juga perlu melantik sebuah Jawatankuasa Bebas untuk menyiasat penderaan sewaktu proses soal-siasat tahanan-tahanan ISA dan semasa mereka ditahan dalam Kem-Kem Tahanan, sejak akta zalim tersebut mulai digunapakai untuk menahan lawan-lawan politik BN sehingga sekarang, termasuk aduan-aduan yang dilaporkan kepada Suhakam oleh tahanan reformasi dan tahanan militan agama.
Seperti desakan beliau kepada Presiden Bush, beliau sendiri juga perlu mengarahkan pihak-pihak berkuasa yang terbabit supaya menghentikan tindakan mendera tahanan-tahanan ISA dan tahanan-tahanan lain yang sering berlaku sekarang.

