Sistem meritokrasi perlu dikaji semula (Bhgn II)
Tindakan afirmatif untuk membantu pelajar dari kawasan pedalaman yang sosio-ekonominya rendah adalah dasar yang patut disokong jika ia dilaksanakan tanpa mengira kaum. Selain dari itu, dasar pemilihan pelajar untuk memasuki IPTA padahal dicampur-adukkan sistem kuota dengan meritokrasi.
Bila program matrikulasi dimonopoli oleh pelajar bumiputera, yang menjadi perhitungan ialah kaum bukan kasta sosio-ekonomi, kerana tidak dapat dinafikan di samping pelajar bumiputera daripada keluarga yang tidak mampu, wujud juga pelajar daripada keluarga yang mampu. Selepas mengikuti program matrikulasi, meritokrasi pula diamalkan, ini bermakna mereka daripada latar belakang keluarga yang tidak mampu terpaksa bersaing dengan mereka daripada yang mampu.
Lebih-lebih lagi, pelajar bumiputera yang terpaksa mengikut program STPM lebih tidak menguntungkan, kerana mereka terpaksa bersaing dengan pelajar bukan-bumiputera yang lebih unggul dari segi pencapaian akademi dan taraf sosio-ekonomi, demikian jugalah halnya dengan bukan-bumiputera yang berlatar-belakangkan keluarga yang tidak mampu.
Dasar dwi-standard kuota meritokrasi ini dimanipulasikan dengan bertukar-tukar persepsi. Jika kamu menuduh cara pemilihan tidak adil, maka ia akan dijawab kita menggunakan sistem meritokrasi tanpa mengira kaum. Jika kamu menyoalkan kenapa program matrikulasi tidak dibuka kepada semua kaum, ia akan dijawab kerana masih ramai pelajar bumiputera yang datang dari kawasan pedalaman yang sosio-ekonominya rendah!

Jika peratusan bumiputera yang berjaya memasuki IPTA atau kursus-kursus kritikal tidak memuaskan, maka nasionalis Melayu akan menekankan unsur sosio-ekonomi yang tidak menguntungkan dan hak istimewa bumiputera untuk meminta kuota yang lebih besar.
Jika peratusan bumiputera yang berjaya memasuki IPTA dan kursus-kursus kritikal memuaskan, maka mereka akan menekankan ini adalah akibat persaingan adil atas padang yang rata mengikut sistem meritokrasi, tiada pihak yang harus mempolitikkan isu ini atau menjadikan isu ini sebagai isu perkauman!
Di pihak nasionalis bukan-Melayu pula, yang selama ini berkeyakinan sistem meritokrasi akan lebih menguntungkan pelajar bukan-Melayu berbanding dengan sistem kuota. Namun selepas perlaksanaan apa yang dinamakan "sistem meritokrasi"(yang sebenarnya tidak merit), peratusan mereka yang berjaya memasuki IPTA sebaliknya kurang daripada yang diharapkan, malah di bawah kuota yang mereka perolehi selama ini, mereka tentu berasa tertipu dan sukar terima.
Suara lantang
Apatah lagi 128 pelajar cemerlang STPM , termasuk pelajar yang mengepalai senarai keputusan terbaik tahun 2003 juga gagal diagihkan kursus atau universiti pilihan mereka. Sudah barang tentu mereka akan mencari bantuan daripada parti politik yang mewakili kepentingan kaumnya, dengan itu, tidak dapat dielakkan isu ini akan jadi isu politik dan berbau perkauman, termasuk media dan pemimpin yang mempertahankan sistem meritokrasi - yang berlainan hanya mereka memihak kepada kaum bumiputera!
Kali ini, yang lebih lantang bukan Lim Kit Siang dan DAP, tetapi MCA dan MIC. Seperti Umno yang secara terang-terangan mendakwa parti itu membela kepentingan bumiputera, MCA dan MIC juga masing-masing mendakwa membela kepentingan kaum Cina dan kaum India. Dan maklumlah mereka itu sama-sama pandai berpolitik dan sama-sama perkauman !
Oleh itu, bila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu semua pihak termasuk media menghentikan tindakan menjadikan sistem meritokrasi dan isu kemasukan ke universiti awam sebagai satu isu perkauman, dan menasihatkan semua pihak supaya jangan memainkan politik murahan yang sentiasa hendak mencetuskan perasaan emosi rakyat, ia sebaliknya telah mengapi-apikan kemarahan 128 pelajar yang dihampakan dan parti-parti komponen BN yang cuba memainkan peranan masing-masing sebagai pelindung kepentingan kaum-kaum terbabit.
Yang lebih menghampakan ialah kesimpulan yang ditarik oleh Prof Datuk Dr Hassan Said, Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi dalam wawancaranya: "Ini adalah dasar, sama ada kita patut mengadakannya atau tidak, saya rasa kerajaan cukup bijak untuk memikirkan masa depan negara. Apakah yang anda mahu? Anda mahu kekayaan, kesaksamaan atau kemusnahan? Bagi kita, kita mahukan negara yang aman, maju dan seimbang dari perkongsian ekonomi dan sebagainya. Itulah langkahnya."
Kalau kerajaan cukup bijak, kenapa 128 pelajar cemerlang STPM dihampakan, dan dibiarkan ia menjadi isu politik dan perkauman? Kenapa menggertak dengan "kemusnahan"? Siapa yang tidak mahukan negara yang aman, maju dan seimbang dari perkongsian ekonomi ? Siapa pula tak tahu ini adalah dasar? Dasar tidak boleh dikritikkah jika ia merupakan dasar yang tidak sempurna dan kurang konsisten?
Daripada menuduh pihak lain sebagai mempolitikkan isu pendidikan dan mencetuskan emosi perkauman dan sebagainya, kenapa tidak mencari cara penyelesaian baginya, seperti pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?
Cuba fikirkan: negara kita sedang kekurangan tenaga doktor, akan tetapi 128 pelajar cemerlang lepasan STPM sebaliknya tidak diagihkan tempat dalam fakulti perubatan seperti yang dimohonkan, bukankah paradoks ini patut diselesaikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab?
Yang perlu diselesaikan bukan saja tempat bagi 128 pelajar yang terbabit, rasanya dasar sistem meritokrasi yang kurang sempurna dan tidak konsisten itu patut juga dikaji semula pada keseluruhannya, jika pihak berkuasa tidak ingin isu yang sama timbul lagi setiap kali keputusan pemilihan pelajar ke IPTA diumumkan. Suatu lagi penyelesaian yang wajib dan tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak ialah membina lebih universiti untuk menampung pelajar yang makin bertambah , rasanya kerajaan yang bijak tidak perlu diingatkan berulang-ulang kali!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.