Fanatik-fanatik bahasa Inggeris yang merbahaya
Selepas membaca tulisan Josh Hong yang bertajuk ' Kadku anyone? ' dalam kolumnya Jotting and Joshing , saya kagum dengan keberaniannya dalam membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada pendapat dua orang gadis Irish, bahawa bahasa Gaelic bahasa ibunda bangsa Celtic hampir terhapus akibat pilihan rakyatnya sendiri, dan tiada kena-mengena dengan hegemoni bahasa penjajah British.
Josh juga banyak memuji Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengenai "keberkesanan dan kerajinannya" dan kesediaan beliau melayan media. Ini mungkin benar.
Sungguhpun beliau berhak untuk menyatakan simpatinya, namun, simpati Josh terhadap "pragmatisme" Rafidah dalam menyokong bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi, dan keterpencilan beliau dalam melawan "fanatik-fanatik bahasa" sebaliknya boleh dipertikaikan.
Perlu diteliti bahawa "pragmatisme" Rafidah dalam menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi bukan sekadar menyanjung tinggi bahasa asing itu, tetapi ia telah terjelma menjadi dasar bahasa pengantar Barisan Nasional (BN), bukan saja dalam semua matapelajaran sains dan matematik di sekolah rendah, sekolah menengah, malah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kita.

Malah, mengikut laporan media, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman telah mendedahkan ada lebih 10 IPTA masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, termasuk ke peringkat ekstrem mengajar sastera Melayu dalam bahasa Inggeris!
Bahasa pengantar
Walaupun majoriti yang mengambil bahagian dalam perdebatan isu terbabit tidak mempertikaikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa asing, tetapi menguasai bahasa Inggeris tidak bermakna ia mesti dijadikan bahasa pengantar bagi matapelajaran sains dan matematik, malah dijadikan bahasa pengantar sastera Melayu!
Dengan lain perkataan, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa teknologi yang penting, namun ini tidak bermakna hanya bahasa Inggeris sahaja layak dijadikan bahasa teknologi, sedangkan bahasa lain, termasuk bahasa German, Perancis, Jepun, Rusia, dan juga bahasa Melayu, China dan Tamil, tidak layak dijadikan bahasa teknologi, malah dijadikan bahasa pengantar dalam sekolah rendah juga tidak boleh!
Padahal dalam Deklarasi Agenda Melayu, yang ditandatangani oleh tujuh persatuan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Penulis Nasional (Pena), Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan Persatuan Sastera Bandingan, dan orang perseorangan dalam bahagian " Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar Pendidikan" telah menegaskan:
"Bahasa Melayu telah terbukti berjaya menjadi bahasa ilmu, sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan negara, generasi demi generasi telah lahir dari sistem pendidikan kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Malangnya, kini kita sendiri sedang merungkai suatu sistem yang telah terbukti kejayaannya. Kini 80% mata pelajaran di sekolah dan sejumlah besar kuliah di institusi pengajian tinggi akan diajar di dalam bahasa Inggeris, bermula dengan pengajaran subjek-subjek dalam bidang sains dan matematik.
"Kesan langsung dari usaha meminggirkan peranan Bahasa Melayu ini ialah terjejasnya kewibawaan Bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Lebih parah lagi, pelajar-pelajar di sekolah-sekolah luar bandar turut dimangsakan oleh perubahan sistem secara mengejut ini."
Dan usul berikut telah dikemukakan: "Kami mengusulkan supaya fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan di negara ini dikekalkan dan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar diatasi dengan kaedah yang lebih tepat dan wajar. Malah, bahasa-bahasa utama di dunia seperti Bahasa Arab, Mandarin, Tamil dan bahasa-bahasa Eropah perlu digalakkan penguasaannya."
Bahasa ibunda
Sayangnya, bahagian agenda Melayu ini tidak dapat diperluaskan sebagai agenda bahasa ibunda bagi semua kaum di negara kita berasaskan prinsip pendidikan bahasa ibunda sebagai hak asasi manusia dan hak sesuatu kaum yang tidak wajar dinafikan.
Namun demikian, pendirian mereka untuk mempertahan dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik adalah wajar dan patut disokong sepertimana tuntutan kaum Cina dan kaum India di negara kita agar bahasa ibunda mereka dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah mereka.
Dari segi ini, penentangan dasar penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah, menengah dan IPTA oleh Dong Jiao Zong dan persatuan-persatuan Melayu terbabit, tidak boleh dianggap sebagai cauvinis atau "fanatik-fanatik bahasa" seperti yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Rafidah Aziz.
Di negara kita, mungkin wujud apa yang dinamakan "cauvinis" atau "fanatik-fanatik bahasa", namun yang amat merbahaya sekali tentulah mereka yang merupakan "cauvinis" dan "fanatik-fanatik" bahasa Inggeris yang sudi mengorbankan bahasa ibunda sendiri!
Jika berabad-abad kemudian, bahasa Melayu, Cina dan Tamil telah dihapuskan dalam negara kita melalui dasar bahasa pengantar Inggeris kerajaan, bila gadis muda Melayu ditanya oleh pelancong seperti Josh Hong, adakah mereka juga akan menjawab: "Ia hanya perkara pilihan,"dan "ibubapaku tidak fikir perkara ini penting"?
Maka pelancong terbabit juga akan menarik kesimpulan bahawa ini pilihan rakyat, tiada kena-mengena dengan hegemoni bahasa melalui proses globalisasi!