Wujud atau tidak perjanjian sulit?
Maklumlah jika wujud sesuatu perjanjian sulit, maka ia hanya diketahui pihak-pihak yang terbabit sahaja. Jika tidak, ia bukanlah perjanjian sulit lagi. Oleh itu, jika pembebasan Anwar Ibrahim adalah hasil sesuatu perjanjian sulit, ia tentu sukar diketahui, kerana tiada mana-mana pihak terbabit yang akan mengakuinya secara terbuka.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberi jaminan bahawa tiada campurtangan dalam kes Anwar menjelang Mahkamah Persekutuan membuat keputusannya; dan selepas Anwar dibebaskan, beliau terpaksa pula menolak desas-desus tentang wujudnya perjanjian sulit bagi membolehkan Anwar dibebaskan.
Ini bermakna kedudukan kehakiman di negera kita masih ada sesuatu yang tidak kena, dan belum lagi bebas!
Maklumlah jika wujud sesuatu perjanjian sulit, maka ia hanya diketahui pihak-pihak yang terbabit sahaja. Jika tidak, ia bukanlah perjanjian sulit lagi. Oleh itu, jika pembebasan Anwar Ibrahim adalah hasil sesuatu perjanjian sulit, ia tentu sukar diketahui, kerana tiada mana-mana pihak terbabit yang akan mengakuinya secara terbuka.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberi jaminan bahawa tiada campurtangan dalam kes Anwar menjelang Mahkamah Persekutuan membuat keputusannya; dan selepas Anwar dibebaskan, beliau terpaksa pula menolak desas-desus tentang wujudnya perjanjian sulit bagi membolehkan Anwar dibebaskan.
Ini bermakna kedudukan kehakiman di negera kita masih ada sesuatu yang tidak kena, dan belum lagi bebas!
Menjamin tidak akan campurtangan, mungkin menimbulkan implikasi-implikasi tersirat jika dikaitkan dengan kes Anwar secara konkrit:
1. Pengesahan kemungkinan wujudnya campurtangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kes Anwar bagi menjamin kejayaan konspirasi politik untuk menyingkir dan menganiayai Anwar seperti tuduhan Anwar dan para penyokongnya;
2. Pengesahan bahawa Abdullah boleh dan mampu campurtangan dalam kes Anwar jika dianggapnya perlu; dan
3. Menimbulkan syak wasangka tentang kemungkinan Abdullah telah campurtangan agar Anwar dibebaskan demi kepentingan politik beliau dan Umno, tetapi berlagak seolah-olah ianya kemenangan kebebasan kehakiman tanpa campurtangan beliau seperti yang dijanjikan.
Kes Zainur
Mereka yang pernah membaca "Cerita Zainur Zakaria Satu Drama dalam 4 Babak" (
The Zainur Zakaria Story A Drama in 4 Acts
) yang disebarkan oleh Kempen Bebaskan Anwar (FAC), rasanya amat sukar tidak diyakinkan bahawa pegawai kehakiman terlibat secara mendalam dalam konspirasi politik untuk menganiayai Anwar.
Ini termasuk bagaimana mereka diperalatkan oleh "Pejabat Peguam Negara" untuk menggunakan hukuman mati di bawah seksyen 57 ISA, sebagai alat tawar-menawar "untuk memeras bukti palsu yang melibatkan lima wanita (tiga sudah bekahwin dan dua belum), seperti yang dihekendaki untuk digunakan terhadap Anwar", seperti yang didedahkan dalam surat Manjeet Singh Dhillon, peguam Nallakaruppan, yang dihantar kepada Peguam Negara, Mokhtar Abdullah bertarikh 12 Oktober 1998.
Dari penghakiman kes Anwar baru-baru ini , terdedah juga bagaimana selepas 10 hari disoal-siasat yang intensif (baca: penyeksaan) dan 12 hari dalam tahanan, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang ditahan sebagai saksi, tetapi disoalsiasat sebagai pesalah, dan akhirnya didakwa dalam mahkamah selepas mengakui dia membenarkan Anwar meliwatnya. Pengakuan Sukma itu juga digunakan sebagai bukti untuk menganiayai Anwar selepas itu.
Di samping itu, episod-episod mata lebam Anwar, penganiayaan terhadap peguam Anwar dan cara perbicaraan dijalankan, kesemuanya tidak menampakkan keadilan dilaksanakan secara telus, sebaliknya seolah-olah terbukti wujud konspirasi politik yang diorkestrakan oleh pihak berkuasa tertinggi dengan rapi sekali.
Tidak dapat dinafikan, senario politik negara kita telah banyak berubah selepas Anwar merengkok dalam penjara selama enam tahun. Antara lain, Dr Mahathir, musuh ketat Anwar, telah bersara dan terhakis pengaruhnya dengan pesat sekali, dan Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri baru dan penguasaannya terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) makin hari makin kukuh.
Pilihanraya
Di bawah pimpinan beliau, BN telah mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum Mac lalu, dan Barisan Alternatif (BA) telah berpecah menjelang pilihanraya tersebut, dan dalam keadaan kucar-kacir selepas kalah teruk.
Lantaran itu, jika wujud kemungkinan kes Anwar yang menjadi bukti angkara kerajaan dalam menginjak-injakkan kebebasan kehakiman dapat diselesaikan apatah lagi melalui proses undang-undang agar bebanan kes Anwar dapat ditinggalkan, dan sekaligus imej kebebasan kehakiman negara kita dapat dipulihkan masakan keputusan Mahkamah Persekutuan seperti ini tidak dialu-alukan oleh Perdana Menteri Abdullah? Apa peliknya jika Abdullah menggunakan pengaruhnya agar Anwar dibebaskan?
Ini bermakna suasana dan senario politik sekarang amat menguntungkan penyelesaian kes Anwar. Sama ada perjanjian sulit yang merupakan tajuk kedai kopi itu wujud atau tidak, pembebasan Anwar nampaknya dialu-alukan oleh pihak-pihak terbabit, dan suatu persefahaman yang agak harmoni setakat ini kelihatan wujud di antara Anwar dan Abdullah. Malah permusuhan di antara Anwar dan Mahathir juga seakan-akan sudah menjadi sejarah.
Rasanya, suatu situasi menang-menang yang dilambangkan oleh slogan "buang yang keruh, ambil yang jernih" juga sedang dipupuk oleh setengah pihak!
Ketika dibebaskan oleh mahkamah, Anwar menegaskan: "Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada Pak Lah dan merayu supaya beliau terus melakukan perubahan dan pemulihan dalam politik di negara ini."
Ringkas dan bernas. Tiba-tiba Abdullah sudah menjadi seorang pemimpin Umno yang dapat diterima Anwar, walaupun beliau juga membuat kenyataan tentang komitmennya terhadap parti pembangkang.
Bila diminta mengulas mengenai perasaannya terhadap bekas Perdana Menteri Dr Mahathir, Anwar berkata: "Saya tidak berdendam terhadap Dr Mahathir."
Sikap pemaaf
Dr Mahathir juga dilaporkan membalas sikap pemaaf Anwar ini dengan berkata: "Saya fikir beliau seorang yang sungguh baik hati." Sungguhpun "agak terkejut"tentang pembebasan Anwar, Dr Mahathir terpaksa menerima hakikat yang mahkamah telah membuat keputusan bahawa Anwar tidak bersalah.
Reaksi Abdullah tentang pembebasan Anwar juga agak positif. Beliau menganggap keputusan mahkamah itu tidak akan menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.
Bila ditanya sama ada beliau akan berunding untuk berbaik semula di segi politik dengan Anwar, Abdullah berkata, beliau tidak pernah bergaduh dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Oleh itu, beliau bersedia berjumpa dengannya jika ianya adalah hasrat Anwar.
Ditanya tentang kemungkinan Anwar kembali menyertai Umno semula, beliau juga tidak menutup pintu Umno dan hanya mengatakan ini suatu soalan andaian yang patut diajukan kepada Anwar.
Di samping itu, Timbalan Perdana Menteri Najib Razak juga menegaskan kerajaan menerima baik hasrat Anwar untuk bekerjasama dengan kerajaan demi pembangunan rakyat dan negara.
Setakat ini, rasanya pembebasan Anwar dialu-alukan oleh semua pihak. Dalam pusingan pertama, beliau telah mengorak langkah strategi dan dengan mudah sahaja telah meletakkan dirinya dalam kedudukan yang unggul Dr Mahathir dibiarkan bersara dan dilupai sebagai harimau yang tidak bergigi lagi; bertapak di pihak pembangkang atas pendirian reformasi, tetapi menjalin hubungan baik dengan Umno dan kerajaan, terutamanya dengan Abdullah yang juga dianggap sebagai seorang reformis.
Dalam keadaan ini, siapakah yang berani mengatakan Anwar telah tidak relevan lagi dalam pergolakan politik negara kita? Beliau sudah barang tentu akan memainkan peranannya jika tidak salah langkah hanya peranan apa dan di gelanggang mana saja yang belum pasti lagi. Saya akan menyentuh aspek-aspek tersebut pada minggu-minggu berikutnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.