Kebebasan beragama sedang diuji
Ketika mula-mula membaca tentang kisah perkampungan Kerajaan Langit di Hulu Besut, saya tertarik dengan replika-replika gergasi berbentuk cerek, payung kuning, bulan sabit, dan bahtera "Nabi Nuh", dari segi seni dan dayacipta, dan keterbukaannya menerima penganut pelbagai agama dan bangsa sebagai pengikutnya.
Malah, saya turut tergerak hati untuk ke perkampungan tersebut bagi menjelajahinya dari dekat - pastinya bukan kerana terpanggil oleh Ayah Pin dalam mimpi seperti dakwaan pengikutnya - tetapi hanya didorong oleh rasa ingin tahu.
Sungguhpun replika Kerajaan Langit di bumi hanya dongeng semata-mata, tetapi falsafah menjadikan bumi "syurga" dan membuka pintu "syurga" kepada semua, rasanya begitu "berani" dan "romantik" sekali, dalam realiti yang serba hodoh dan serba menyeksakan!
Bukan tujuan saya untuk mempertikaikan sama ada ajaran Ayah Pin itu sesat atau bukan mengikut akidah agama Islam. Saya lebih berminat tentang hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Namun, sebelum sempat saya berangkat ke sana, perkampungan Kerajaan Langit bersama replika terbabit telah diserang dan diroboh oleh sekumpulan lelaki berjubah dan bersenjatakan parang dan bom api pada waktu dinihari 18 Julai 2005. Ini disusuli oleh tindakan petugas Pejabat Tanah Daerah Besut dan beberapa agensi yang berkaitan, hujung bulan lalu, seperti yang dilaporkan.
Sekarang perkampungan Kerajaan Langit sudah menjadi padang jarak padang terkukur, dan sisa-sisa replika-replika berkenaan juga telah diratakan oleh jentolak, dimuat dan angkut oleh lori, dan dibuang ke dalam sebuah lombong terbiar. Pendek kata, replika Kerajaan Langit sudah dihapuskan dari bumi nyata dan tinggal kenangan saja!

Mana peguam syarie?
Hingga sekarang, penyerang bersenjata itu belum didakwa di mahkamah, tetapi sebaliknya 45 pengikut Ayah Pin yang menjadi mangsa serangan itu, dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu untuk dibicarakan.
Mereka dituduh menghina pihak berkuasa agama kerana mengingkari fatwa yang mengatakan ajaran serta pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah.
Menurut laporan, tiada tuduhan bahawa Ayah Pin memaksa mana-mana pihak untuk mengikut ajarannya, malah dia membenarkan pengikutnya mengamalkan agama asal masing-masing.
Dari segi ini, ia mirip ajaran "De Jiao Hui" dalam masyarakat Cina, yang menyerapkan intipati ajaran Dao, ajaran Confucius, ajaran Buddha, ajaran Jesus dan ajaran Muhammad. Yang berbeza hanya Ayah Pin mendakwa dirinya sebagai Tuhan kepada segala Tuhan yang merupakan penjelmaannya.
Ayah Pin hanya belajar sehingga tingkat satu atau dua, tetapi rasanya dia memahami mustahaknya sifat toleransi, inklusif dan keterbukaan dalam agama. Oleh itu, apabila mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang Esa, dia tidak menafi atau memusuhi Tuhan-Tuhan atau Nabi-Nabi agama-agama lain, malah diserap dan disatukan sebagai penjelmaannya.
Sekarang 45 pengikut Ayah Pin telah didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu. Mereka mengaku tidak salah dan akan dibicarakan pada 1 September depan. Dilemma mereka ialah hingga sekarang masih belum dapat peguam syarie di Terengganu yang bersedia mewakili mereka.
Ini mungkin kerana peguam syarie di Terengganu takut disalahfaham sebagai menyokong ajaran Ayah Pin jika membela pengikutnya di mahkamah.
Namun, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Mohamad Burok berpendapat kesukaran mendapat peguam Syariah adalah kerana mereka meminta bantuan guaman secara percuma.
Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan pihak terbabit menghubungi Pusat Bantuan Guaman persatuannya, dan berjanji akan berbuat sesuatu untuk menjamin pengikut Ayah Pin tidak akan dibicarakan tanpa mendapat khidmat peguam.
Campurtangan negara gagal
Kes Ayah Pin telah menjadi isu negara malah isu antarabangsa yang berkaitan dengan imej dan akidah Islam, kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat .
Beberapa pendapat Salbiah Ahmad dalam rencananya - The mess we are in - patut dipandang berat oleh pihak berkuasa berkenaan demi menangani isu terbabit. Antara lain, Salbiah telah menegaskan:
- Oleh kerana Ayah Pin telah menjalani hukuman Mahkamah Syariah atas kesalahan mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri Terengganu pada 1997, dia sudah bebas untuk beragama pilihannya.
- Wujudnya interpretasi alternatif bahawa murtad bukan kesalahan jenayah. Apa sekalipun pandangan tentang murtad dan pemulihan yang diterima oleh pihak berkuasa agama negeri, ia tidak patut memperlakukan gangguan yang berterusan kepada yang terlibat.
- Campurtangan negara ( the state ) dalam kes murtad Ayah Pin telah gagal, dan dia patut dibiarkan untuk memilih kepercayaannya, dan mengamalkan kebebasan beragama tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada "keselamatan negeri".
- Negara dan mereka yang memegang tanggungjawab rasmi dikehendaki menyanjung Perlembagaan Persekutuan dan melindungi kebebasan-kebebasan asas rakyatnya, termasuk wanita, lelaki dan kanak-kanak dari perkampungan Kerajaan Langit. Menganggap sepi bermakna pihak negara bersubahat dalam keganasan yang terbabit.
- Perlunya keberkecualian negara dalam hal-ehwal berkaitan hati naluri ( conscience ), jika kuasa pemerintah terlalu rapat dengan sesuatu aliran pemikiran, ia tidak adil kepada aliran-aliran pemikiran yang lain.
Dari hujah-hujah tersebut, nampaknya kes Ayah Pin bukan mudah diselesaikan, kerana ia bukan saja melibatkan interpretasi murtad dan fatwa, tetapi juga melibatkan undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan, serta kebebasan beragama sebagai hak asasi manusia.
Yang pasti ialah imej Islam, toleransi agama, dan kebebasan beragama di negara kita sedang diuji!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.