Regu tempang tanpa wawasan politik baru
Pemilihan MCA yang dianggap sebagai amat "meriah" dan mendapat liputan media yang amat "hangat", telahpun selesai pada 19-20 Ogos 2005. Sekarang para pemerhati politik sedang membuat analisa dan interpretasi masing-masing mengenai pemilihan kali ini.
Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Chan Kong Choy dilantik sebagai presiden dan timbalan presiden MCA pada tahun 2002 menurut formula Pelan Damai antara Team A yang diketuai Tun Dr. Ling Liong Sik dan Team B yang diketuai Datuk Seri Lim Ah Lek.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa legitimasi kepimpinan regu Ka Ting dan Kong Choy sering dipertikaikan kerana mereka dilantik tanpa pemilihan parti seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan MCA.
Dan regu Ka Ting-Kong Choy akhirnya mendapat legitimasinya dan mengukuhkan pimpinan mereka dalam MCA selepas menewaskan pencabar masing-masing Naib Presiden Datuk Chua Jui Meng dan bekas Setiausaha Agung Tan Sri Dr. Ting Chew Peh.
Dalam proses berkempen dan selepas mencapai kemenangan, Ka Ting mengisytiharkan dengan penuh yakin bahawa kini tiada lagi pakatan A, B dan C dalam MCA. Yang ada hanyalah MCA. Dan pemilihan kali ini adalah yang paling demokratik dan ia berlangsung secara bebas dan adil tanpa "Cai Tan" (Menu) dan "Xie Shang" (perundingan).
Namun, pengakuan Ka Ting itu tidak disetujui oleh Jui Meng dan Chew Peh. Kata Chew Peh, janganlah "tipu diri dan tipu orang lain". Jui Meng pula menuduh tindakan regu Ka Ting-Kong Choy turun ke semua negeri meminta mereka menyatakan ikrar taat setia dan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan mereka, adalah suatu amalan yang tidak pernah berlaku dalam pemilihan parti sebelum ini.

Dalam pemilihan Pemuda MCA, "Cai Tan" merupakan kompromi "Xie Shang" (perundingan), dan diakui secara terbuka oleh pimpinan Pemuda MCA dan digembar-gemburkan sebagai hasil perundingan yang demokratik.
Politik 'Cai Tan'
Sudah bukan rahsia lagi bahawa keseluruhan "Cai Tan" telah hampir diterima bulat-bulat, kecuali calon Timbalan Setiausaha Agung , Theng Book yang ditewaskan kepada Chai Kim Sen yang namanya tiada terdapat dalam "Chai Tan".
Berkat "Cai Tan", Ling Hee Leong yang terpilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda MCA hanya memperolehi 690 undi, berbanding dengan pemenang-pemenang "Cai Tan" yang lain yang memperolehi sekurang-kurangnya 1,000 (umpamanya Ketua Pemuda, Liow Tiong Lai memperolehi 1,433 undi, dan Setiausaha Agung Wee Ka Siong pula memperolehi 1,514 undi) .
Cuba fikirkan, jika bukan kerana pengaruh ayahnya, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, bagaimana Hee Leong yang baru setahun jagung dalam arena politik, dapat mengalahkan veteran seperti bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Loh Seng Kok? Dan adiknya Ling Hee Keat juga berjaya terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Pemuda MCA?
Adakah secara kebetulan, selepas Hee Leong diterima dalam "Cai Tan" pimpinan Pemuda MCA, Ka Ting pula secara terbuka mengatakan sokongannya kepada Ong Tee Keat sebagai calon naib presiden yang membabitkan saingan sengit sembilan penjuru?
Nampaknya, perkembangan dinasti politik di negara kita mungkin boleh mencatat rekod di rantau ini kemenangan kedua-dua anak Ling; kejayaan anak Presiden Gerakan, Dr Lim Keng Yaik Lim Si Pin tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan; terpilihnya anak bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mokhzani sebagai ahli exco Pemuda Umno; dan pemilihan tanpa bertanding menantu Perdana Menteri Abdullah, Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda Umno. Ini ditambah pula dengan nama-nama Najib, Hishammuddin dan Lim Guan Eng...!
Pemerhati politik juga menganggap pemilihan Chua Soi Lek dan Lim Siang Chai dan kekalahan Tan Chai Ho dengan perbezaan dua undi saja, membuktikan bahawa pengaruh Ling tidak boleh dipandang ringan. Malah ada laporan bahawa undi dari Johor yang diketuai Soi Lek hampir berjaya mensabotajkan Chan Kong Choy. Sehingga pada suatu ketika, khabar angin bertiup kencang, mengatakan Chew Peh menang timbalan presiden dengan majoriti 13 undi!
Kong Choy yang dianggap sebagai "pengkhianat" oleh kawan-kawan lamanya dari Team B dahulu, kali ini hampir pula disabotaj oleh hulubalang Team A. ungguhpun menang, namun dia boleh dianggap "tewas" dari segi "morale" atau semangat.
Beliau mungkin tertanya-tanya, adakah Ka Ting boleh menjadi tempatnya bergantung dalam jangka masa panjang? Oleh itu, regu Ka Ting-Kong Choy boleh dikatakan tempang atau berat sebelah akibat keputusan pemilihan yang tidak menguntungkan Kong Choy. Imej dua sepasang 'yang tidak terpisahkan' yang cuba ditonjolkan mereka sebelum pemilihan ini, sudah terjejas.
Kritikan umum
MCA yang diterajui Ka Ting juga menghadapi pelbagai kritikan pendapat umum, khasnya dari masyarakat Cina, termasuk dalam parti itu, antaranya:
Dianggap makin hari makin terpinggir dalam Barisan Nasional (BN) dan politik negara kita, terutama di segi penggubalan dasar atau agihan kuasa dalam ertikata "perkongsian kuasa" sebenar.
Tidak memiliki persepsi, wawasan dan idealogi politik baru yang melintasi garis kaum, progresif dan seiringan dengan perkembangan zaman untuk menyelesaikan masalah masyarakat Cina khasnya dan negara amnya.
Mengambil sikap 'nyah-politik' dan kompromi dari segi dasar, contohnya dasar kuota dan meritokrasi, dasar pengajaran/pembelajaran matapelajaran sains dan metamatik dalam bahasa Inggeris, pembinaan sekolah baru SJKC dan SJKT, menyokong Malaysia sebagai sebuah negara Islam, serta tiada pendirian tegas dalam memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme dalam negara kita, serta mengenai Agenda Nasional Baru yang dibawa oleh Umno baru-baru ini.
Tiada program jangka panjang dalam memainkan peranan politik, hanya memainkan peranan NGO biasa, seperti menyelenggarakan kolej dan universiti, mempromosi pembelajaran sepanjang hayat, menguasai media dsb.
Bila terdesak baru mengemukakan program-program simbolik untuk meredakan ketidakpuasan masyarakat terhadap MCA. Yang terbaru umpamanya, penubuhan Majlis Perundingan Ekonomi Cina Malaysia, pelancaran Pelan Induk Kampung Baru Cina, serta apa yang dinamakan budaya baru dan budaya politik baru, yang biasanya "indah khabar dari rupa"!
Jelas sekali, prestasi MCA yang 'nyah-politik' dan serba kompromi selama ini, dan ketandusan persepsi, wawasan dan ideologi politik dan kelemahan dalam menghadapi dasar-dasar konkrit BN yang tidak menguntungkan rakyat pelbagai kaum, pasti sukar memuaskan kritikan dan tuntutan masyarakat dan rakyat yang memperjuangkan proses pendemokrasian dan sistem politik baru yang lebih adil dan progresif.
Bagaimanakah regu Ka Ting Kong Choy yang tempang serta tanpa wawasan politik baru itu, sanggup menerajui bahtera MCA mengharungi arus songsang seperti tersebut di atas?