Most Read
Most Commented
Read more like this

Ada penulis menasihati Khairy Jamaluddin supaya jangan meludah ke langit. Saya rasa nasihat itu agak tepat, terutamanya memandangkan kerajaan Malaysia, pada seawal 1989 lagi, telah mengambil pendirian mengaku sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan, seperti yang didedahkan oleh Chin Peng dalam bukunya alias Chin Peng, My Side of History , saya petik:

"As it transpired, one of the most important issues for us centred on whether the Malaysian government would recognise the CPM's role in accelerating the independence process leading to merdeka. Would Britain have granted independence to Malaya as early as 1957 had the military activities of our guerrillas not been a factor in the equation? This was explored at length during the private negotiating sessions. Finally, Rahim Noor, speaking in the Malay language from notes in a fully recorded meeting, made the annoucement that Malaysia did not deny or dispute the CPM's contribution to the struggle for independence. As to the extent of this contribution, he went on, there was no need to argue the matter in this forum. It should rightly be an issue left for historians." (p.490, alias Chin Peng, My Side of History)

Menurut petikan tersebut, yang jika saya tidak silap, tidak pernah dinafikan oleh kerajaan Malaysia hingga sekarang. Nyata sekali Datuk (sekarang Tan Sri) Rahim Noor, Ketua Polis Negara yang mengetuai delegasi rundingan damai dengan PKM pada 1989, telah secara rasmi membuat pengumuman bahawa Malaysia tidak menafi atau mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan.

Jika kerajaan Malaysia tidak menafi atau mempertikaikannya seperti yang diumumkan secara rasmi oleh Rahim, maka apa salahnya bagi Setiausaha Biro Antarabangsa DAP, Ronnie Liu, yang hanya mengulangi pendirian kerajaan Malaysia itu?

Rasanya, apa yang Khairy patut buat, bukan mencabar Kit Siang atau sesiapa sahaja, tetapi sebaliknya, jika khairy tidak dapat menerimanya, maka dia sepatutnya mencabar kerajaan Malaysia untuk berdebat sama ada pendirian yang diumumkan oleh Rahim Noor itu, masih merupakan pendirian kerajaan Malaysia sekarang.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS