Anwar tamatkan Mahathirisme?
Tanggal 2 September 2004 adalah tarikh yang amat penting bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tarikh tersebut selepas enam 6 tahun dipenjarakan Mahkamah Persekutuan menerima rayuannya, sekaligus membatalkan sabitan dan hukuman kes liwat ke atasnya.
Peristiwa ini menjadi titik-tolak kepada perjuangan Anwar dalam membuktikan bahawa tuduhan meliwat itu hanya rekaan bagi tujuan konspirasi politik untuk menjatuhkan maruah dan sekaligus kerjaya politiknya.
Anwar mengambil masa hampir setahun bagi mengisytiharkan secara rasmi bahawa mulai tahun depan, beliau akan menamatkan kembara kuliahnya di luar negara dan kembali ke tanahair untuk meneruskan perjuangan reformasi dari dekat dan secara langsung.
Pengisytiharan itu disambut baik oleh para penyokongnya walaupun keghairahan dan impaknya agak kurang, berbanding jika pengumuman itu dibuat sebaik saja beliau dibebaskan, atau sejurus selepas berehat seketika.
Tempoh jangka masa hampir setahun itu sebelum beliau membuat pengisytiharan tersebut mungkin membayangkan bagaimana sukarnya Anwar hendak membuat keputusan untuk kembali memimpin Barisan Alternatif (BA) yang kucar-kacir, serta berhadapan dengan bisik-bisik tentang kemungkinan beliau kembali ke pangkuan Umno, atau memainkan peranannya dalam arena politik antarabangsa.

Tamatkan spekulasi
Pengisytiharan tersebut amat penting dalam menghentikan segala spekulasi yang tidak berasas dan meyakinkan mereka yang was-was tentang kesetiaan Anwar terhadap idealisme gerakan reformasi.
Segala persepsi negatif termasuk Anwar semakin menjarakkan dirinya dan tersisih daripada penyokong gerakan reformasi juga dapat dipatahkan. Tidak dapat dinafikan karisma dan kehandalan Anwar berpolitik.
Hakikat bahawa beliau telah diterima sebagai bakal perdana menteri BA, jika gabungan parti pembangkang menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 1999 atau 2004, ada buktinya. Namun demikian, dalam suasana politik sekarang, tindakan terlalu menumpukan perhatian kepada jawatan perdana menteri, adalah kurang bijak.
Lawan tetap lawan
Ia mungkin dianggap sebagai agenda peribadi yang tidak begitu realistik dalam suasana gerakan reformasi yang agak lembap sekarang. Anwar mungkin akan jadi Perdana Menteri Malaysia pada suatu hari nanti, dan mungkin juga tidak. Tetapi lawan tetap lawan.
Para penyokongnya mengharapkan beliau seorang pemimpin dan pejuang reformasi tulen gerakan yang dicetuskan oleh beliau sendiri. Pembebasan Anwar merupakan titik perubahan yang penting dari kedudukannya yang pasif dan defensif, beliau telah berada dalam kedudukan yang proaktif dan ofensif.
Justeru, pada bulan September, Anwar telah membawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Nor ke mahkamah atas kesalahan menyalahgunakan kuasa untuk mencederakannya ketika dalam tahanan polis.
Kes ini telah diselesaikan di luar mahkamah. Rahim telah memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya, dan bersetuju membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya. Anwar telah mengumumkan bahawa pampasan tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan kes-kes yang membabitkan perjuangan reformasi.
Pada 18 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan penulis buku "50 Dalil mengapa Anwar tak boleh jadi PM", Datuk Khalid Jafri membayar RM4.5 juta kepada Anwar kerana membuat tuduhan palsu, termasuk tuduhan liwat terhadapnya dalam buku itu.
Khalid sudah meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit kencing manis.
Anwar lawan Mahathir
Perkembangan terbaru ialah Anwar telah memberi arahan kepada peguamnya untuk mengheret Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah jika beliau enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi RM100 juta kepadanya, kerana terus menuduh beliau seorang "peliwat".
Saya tidak faham kenapa Dr Mahathir masih begitu berani menuduh Anwar sebagai"peliwat", meskipun beliau sedar, sabitan tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004. Dan berasaskan kepada keputusan mahkamah tersebut, Anwar telah memenangi kes fitnah terhadap Kalid Jafri.
Adakah demi menafikan kewujudan "konspirasi politik"untuk menjatuhkan Anwar, maka Dr Mahathir tiada pilihan lain, melainkan terus menuduh Anwar sebagai seorang "peliwat", walaupun mahkamah telah membatalkan sabitan tersebut?
Ada " blogger " mengatakan, apabila Dr Mahathir membuat sesuatu, beliau tentu sudah memikirkan jalan keluar terlebih dahulu. Jika beliau dibawa ke mahkamah oleh Anwar kali ini, di manakah jalan keluarnya?
Bekas perdana menteri itu berhujah, tindakannya terus menganggap Anwar "tidak layak menjadi perdana menteri kerana dia seorang peliwat" adalah berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi Umno, dan tiada kena-mengena dengan keputusan mahkamah.
Pada tahun 1998, Dr Mahathir telah dibawa Anwar ke .mahkamah kerana menfitnah beliau sebagai seorang"peliwat", tetapi kes itu gagal. Kali ini, jika Dr Mahathir dibawa Anwar ke mahkamah atas dakwaan memfitnahnya sekali lagi, maka adakah keputusannya nanti sama, meskipun sabitan Anwar sebagai peliwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004?
Dalam prespektif politik negara sekarang, bagaimana pula hendak menginterpretasikan pertarungan terbaru antara Anwar dan Dr Mahathir yang nampaknya tidak dapat dielakkan itu?
Benarkah kes terbaru antara Anwar dan Dr Mahathir itu akan menandakan tamatnya Mahathirisme seperti ramalan saudara Azly Rahman dalam Kolum terbarunya?
Jika Anwarlah yang akan mengebumikan Mahathirisme, maka "faktor Anwar" tentu tidak boleh dianggap sepi lagi!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.