Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
Columns
Kes China Press: Ayam disembelih untuk mengajar kera!

Pada 5 Januari 2006, Ketua Pengarang Chong Siew Nam dan Ketua Pengarang Eksekutif Wang Siew Teng @ Wang Zhao Ping akhbar The China Press telah meletak jawatan atas desakan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

Mereka 'dikehendaki' berbuat demikian sebagai 'bertanggungjawab' untuk menebus kesalahan berhubung penyiaran sebuah berita pada 23 November lalu, agar edisi petang akhbar The China Press tidak dihentikan pengeluarannya.

Kesalahan tersebut membabitkan laporan mengenai seorang wanita yang disalahanggap sebagai rakyat China yang diarah ketuk-ketampi dalam keadaan bogel di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Berita tersebut tersebar luas dan dikatakan telah menjejaskan imej negara kita.

Wanita yang diaibkan itu kemudiannya disahkan sebagai rakyat Malaysia. Namun, jelas juga bahawa kesilapan akhbar itu juga bukan sengaja dilakukan dengan niat yang jahat, tetapi 'terkeliru' dengan kes empat wanita rakyat China yang juga diaibkan polis, yang didedahkan oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebelum itu.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS