Isu jambatan: Siapa menang?
Pembatalan projek jambatan baru oleh kerajaan mengejutkan semua pihak, namun tak sangka tentangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sekali, sehingga kerajaan Malaysia dituduh sebagai gagal mempertahankan kedaulatan negara.
Logik Dr Mahathir mudah saja: Kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Menurut beliau, dalam surat bertarikh 11 April 2002, Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong telah bersetuju jika negara kita mahu membina jambatan di sebelah kita.
Antara lain, surat terbabit telah memberitahu Dr Mahathir bahawa: "Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama."
"Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007."
Pembatalan projek jambatan baru oleh kerajaan mengejutkan semua pihak, namun tak sangka tentangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu kuat sekali, sehingga kerajaan Malaysia dituduh sebagai gagal mempertahankan kedaulatan negara.
Logik Dr Mahathir mudah saja: Kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Menurut beliau, dalam surat bertarikh 11 April 2002, Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong telah bersetuju jika negara kita mahu membina jambatan di sebelah kita.
Antara lain, surat terbabit telah memberitahu Dr Mahathir bahawa: "Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama."
"Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007."
"Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya, ini tidaklah ideal."
Benarkah kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti anggapan Dr Mahathir dan pemimpin negara kita yang lain?
Padahal kerajaan Singapura telah menegaskan pendirian mereka bahawa Malaysia tidak boleh membinakan 'separuh jambatan' untuk menggantikan tambak di sebelah negara kita kerana mengikut undang-undang antarabangsa, persetujuan kedua-dua pihak yang terbabit adalah diperlukan.
Jambatan unilateral
Menurut Menteri Kedua Menteri Luar Singapura Raymond Lim, pada tahun 2003, negara kita telah meminta Tribunal Antarabangsa mengenai Undang-Undang Laut untuk menghentikan kerja penambakan tanah di wilayah Singapura atas prinsip "sebarang kerja besar di Selat Johor, sekalipun dilakukan dalam wilayah Singapura, akan mempengaruhi Malaysia."
Justeru prinsip yang sama yang dikemukakan oleh kerajaan Singapura untuk menentang 'separuh jambatan' dibina di wilayah Malaysia secara unilateral. Bolehkah kita menentang prinsip yang dikemukakan oleh kita sendiri?
Oleh itu, persetujuan Perdana Menteri Goh pada tahun 2002 seperti tersebut di atas sudah tidak bermakna lagi jika dipandang dari segi perkembangan terbaru ini pada tahun 2003.
Tambahan pula persetujuan Perdana Menteri Goh tersebut adalah diberi atas 'pakej dua hala' yang meliputi isu-isu tertunggak termasuk keretapi, air, CPF dan ruang udara seperti yang dijelaskan satu persatu dalam surat yang sama.
Dalam keadaan ini, tidaklah wajar bagi Dr Mahathir terus menafikan hakikat sekiranya kita membina 'separuh jambatan' secara unilateral, nanti kerajaan terpaksa berhadapan dengan implikasi dan komplikasi undang-undang yang tidak memihak kepada kita, sekalipun beliau enggan mengaku bahawa sikap tegasnya tanpa memikir panjang telahpun menyusahkan negara kita.
Menurut Dr Mahathir lagi, peruntukan 'Wayleave Agreement' antara Singapura dengan Malaysia telah menegaskan bahawa:
"Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan gantirugi."
Beliau memetik peruntukan tersebut bagi mematahkan hujah bahawa jika saluran paip air terjejas akibat perobohan Tambak Johor dan digantikan dengan pembinaan jambatan baru di sebelah negara kita, ia boleh dianggap sebagai 'tindakan perang'.
Saya tidak pasti dalam konteks apa dan bagaimana hujah 'tindakan perang' dilafazkan. Namun, penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa tidak benar negara kita akan menghentikan bekalan air kepada Singapura, rasanya lebih relevan untuk meredakan kebimbangan Singapura berkaitan 'survivalnya' jika bekalan airnya dihentikan secara unilateral .
Sanggahan Dr Mahathir; "jika Singapura ingkar, ia mugkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya" adalah amat keras sikapnya dan tiada logik langsung.
'Diganggu emosi'
Untuk apa Singapura hendak 'ingkar' perjanjian dan membiarkan saluran paip airnya dijejas demi mengancam 'survivalnya' sendiri? Jika Singapura mengambil tindakan 'bunuh diri' seperti itu, bagaimana pula "ia mungkin merupakan tindakan perang" seperti hujah Dr Mahathir?
Lebih mengecewakan ialah beliau seakan-akan cuba menghasut apabila beliau menyeru: "Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa Inggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris)."
"Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita
apabila Inggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia."
Rasanya Dr Mahathir perlu meneliti semula atau belajar Dasar Luar Malaysia, khasnya mengenai hubungan Malaysia-Singapura yang telah ditegaskan:
"Penekanan yang khas diberikan kepada hubungan Malaysia-Singapura. Potensi kerjasama dua-hala yang terdapat dalam hubungan ini adalah amat luas. Walaupun begitu, hubungan tersebut selalu diganggu oleh emosi yang tercetus dari lipatan sejarah silam. "
"Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu lebih bertolak ansur di antara satu sama lain. Hubungan dua-hala yang dijalankan perlu berteraskan 'formula menang-menang' supaya dapat meraih sokongan rakyat di kedua-dua negara."
"Sebenarnya, hubungan Malaysia-Singapura perlu bertukar daripada acuan lamanya kepada satu hubungan yang lebih matang, saling-bergantungan dan yang memberi faedah bersama."
"Ini adalah penting kerana hubungan tegang antara kedua-dua buah negara akan membawa kesan yang negatif ke atas komuniti serantau."
Jika dasar luar negara tersebut dijadikan ukuran, maka tidak dapat dinafikan bahawa keputusan untuk membatalkan pembinaan 'separuh jambatan' secara unilateral adalah lebih 'matang' dan memanfaatkan hubungan Malaysia-Singapura, sekurang-kurangnya tidak terus memburukkan suasana yang sudahpun tegang selama ini!


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.