Sindrom pasca Perdana Menteri (Bahagian Akhir)
Tidak dapat dinafikan, jika Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh, dia tentu tidak akan membiarkan dirinya ditikam dari belakang. Jika tidak percaya, rujuk saja kes-kes Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apatah lagi Dr Mahathir kini sudah secara terus-terang mengatakan beliau sudah membuat pilihan yang salah, dan Datuk Seri Najib Tun Razak lebih layak menggantinya sebagai Perdana Menteri.
Namun, jelas sekali tiada pengikutnya yang dahulu, termasuk Najib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang berani atau sudi tampil untuk menyokongnya.
Malah, hampir semua Menteri, Menteri Besar dan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional terpaksa mengikrarkan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melibatkan diri mereka dalam segala perubahan dasar kerajaan, termasuk keputusan untuk menghentikan projek-projek besar.
Hingga sekarang, hanya bekas Setiausaha Politik Dr Mahthir, Mattias Chang yang bersumpah atas lima buah kitab suci, dan mendabik dada untuk mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times, Datuk Kalimullah Hassan untuk berdebat secara terbuka mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

Tetapi cabaran Chang tidak dilayan oleh sesiapapun. Malah, menurut Hishammuddin, debat antara bekas pegawai politik atau individu lain yang tidak ada kena-mengena dengan penggubalan dasar, tidak akan membantu menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir dan ia tidak membawa sebarang manfaat.
Jika Chang berlagak seakan-akan tukang lawak politik yang tidak diendahkan oleh mana-mana pihak, permintaan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin agar rakyat menerima teguran Dr Mahathir terhadap kepimpinan Abdullah sebagai sesuatu yang positif untuk menguji Perdana Menteri, juga berbunyi seperti ingauan mimpi yang tiada hujung pangkalnya, kerana kritikan pedas Dr Mahathir bukan untuk menguji, tetapi cuba hendak menyingkir Perdana Menteri jika boleh!
'Serangan Musa'
Menurut Kalimullah, Dr Mahathir telah mengatakan bahawa beliau tidak berkuasa untuk menyingkir Abdullah, tetapi parti (Umno) yang boleh berbuat demikian. Jika benar-benar berani hendak membela Dr Mahathir, sekurang-kurangnya Zainuddin perlu tampil dan menjawab kolum Kalimullah yang berjudul: And who, really, is demonising whom? Atau cuba menangkis serangan yang dilemparkan oleh Tun Musa Hitam dalam temubualnya dengan Bernama.
Dan nampaknya kedudukan Najib lagi sukar. Dia telah dipertanggungjawabkan untuk mengumumkan pendirian Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berdiri teguh menyokong kepimpinan Abdullah bagi menerajui parti dan negara. Pendirian MT itu menjelaskan bahawa tidak ada pemimpin Umno peringkat negeri dan pusat yang tidak menyokong kepimpinan Abdullah dan juga tidak ada puak dalam Umno.
Maklumat yang diterima PAS sebelum ini bahawa Dr Mahathir akan dipecat oleh MT Umno, terbukti tidak berasas. Saya tidak fikir di peringkat ini
, tindakan keras ini akan diambil terhadap Dr Mahathir, melainkan kedudukan Perdana Menteri Abdullah sudah terancam oleh Dr Mahathir atau Najib, sepertimana kedudukan Dr Mahathir terancam oleh Anwar dahulu.
Pada pendapat saya, jika salah langkah, kedudukan Najib akan menjadi lebih bahaya daripada kedudukan Dr Mahathir, kerana Najib akan dipandang sebagai proksi Dr Mahathir dalam sebarang agenda menyingkirkan Abdullah.
Jika ucapan atau tindakan Najib tidak dibuat dengan berhati-hati, dan boleh diinterpretasi sebagai tidak menyokong Abdullah atau wujud unsur berpuak-puak dalam parti, maka dia boleh dikenakan tindakan disiplin berasaskan pendirian MT Umno yang diumumkan Najib sendiri.
Kontradiksi dan konflik antara Dr Mahathir dan Abdullah memang telah mencapai peringkat krisis dan sukar diselesaikan. Namun, rasanya, Dr Mahathir juga sukar hendak memperluaskan kritikannya terhadap Abdullah kerana dia dengan bijak, telah berundur ke barisan belakang, dan telah berjaya melibatkan seluruh kabinet, seluruh MT Umno, malah seluruh kepimpinan Barisan Nasional untuk menghadapi dakwaan Dr Mahathir, yang pada hakikatnya juga, bukan memperjuangkan kepentingan negara seperti yang didakwaannya, tetapi sebaliknya memperjuangkan kepentingannya sendiri atau kroni-kroninya.
Pertemuan tiga pihak
Oleh itu, rasanya, tidaklah begitu bijak jika parti pembangkang, khasnya PAS menaruh harapan yang tidak realistik terhadap Dr Mahathir seperti ura-ura hendak menganjurkan pertemuan tiga pihak Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Anwar. Malah ada cadangan hendak menjadikan Dr Mahathir ketua pembangkang untuk melawan Barisan Nasional!
Parti pembangkang atau Barisan Alternatif hendaklah menyusun dan membina kekuatan sendiri, bersandarkan ideologi dan dasar progresif yang bermanfaat kepada rakyat dan negara, dan bukannya menaruh harapan atau semata-mata ingin mengeksploitasi kontradiksi dan konflik parti pemerintah.
Wajarlah mengelak daripada bersifat petualang atau oportunis sehingga bersedia untuk menerima mana-mana pemimpin Umno yang disingkir oleh partinya akibat pergelutan kuasa politik atau kepentingan peribadi, kerana parti pembangkang bukan tong sampah politik.
Respons yang keterlaluan atau andaian yang tidak berasas, seperti kononnya Dr Mahathir amat marah kerana Abdullah bersedia merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan Anwar atau MT Umno akan memecat Dr Mahathir dan sebagainya, akan mengelirukan masalah pokok, iaitu pergelutan kuasa dan kepentingan antara puak Abdullah dengan puak Dr Mahathir.
Apa untungnya mengajak Dr Mahathir mengetuai parti pembangkang? Tidak sedarkah pelawaan tersebut ditolak dan diejek oleh Dr Mahathir sendiri? Di mana asasnya pertemuan tiga pihak? Jika tidak berasas bermakna ia pasti gagal atau mustahil. Buat apa mencadangkan sesuatu yang pasti gagal atau mustahil?
Politik bukan perhitungan atau kemahuan sepihak sahaja dan tidak boleh membuat sebarang cadangan atau andaian tanpa asas. Analisis dan percaturan politik merupakan seni dan kemahiran yang memerlukan analisis dan kajian rapi, bukannya mengadu nasib secara oportunis atau menunggu peluang untuk memungut durian luruh tanpa berusaha!

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.